Archive for August 13, 2010

subtitle ala khutol habib

Posted: August 13, 2010 in tawaran

Bismillah,

Alhamdulillah, setelah beberapa bulan tertangguh, akhirnya siap juga satu subtitle dari siri ala khutol habib (on the beloved path).Alhamdulillah berjaya juga disiapkan walaupun Ramadan telah pun tiba. Subtitle masih lagi kasar, dan banyak kesilapan. Subtitle ini dalam bahasa Inggeris. Setakat ini, baru siri 2 yang berjaya disiapkan. Sahabat boleh memuat turun di sini:

On The Beloved Path- subtitle [english] episode 2

Sempena Ramadan ini, marilah kita kuatkan usaha ke arah kebangkitan Islam. Semoga setiap kali orang mengambil manfaat dari usaha kita, Allah kurniakan ganjaran. May this Ramadan, we pull our best effort to please Allah.

Menarik! Bagaimana boleh saya bantu??

Tahniah~ Pertama sekali anda mesti ada siri ala khutol habib. Anda boleh download di internet atau copy dari rakan terdekat.

Kemudian, anda bolehlah install software subtitle. Saya mengunakan software yang  mudah, ringan dan percuma. Anda boleh download di sini – Aegisub Advance Subtitle Editor.

Selepas selesai install, run software tersebut. Tekan Audio > Open Audio File > episode yang anda suka. Lalu, anda bolehlah mulakan penterjemahan. Bagi memudahkan kerja dan meningkatkan kelajuan pengeluaran, kami hanya copy paste terjemahan ceramah tersebut dari laman web.  Sila klik Amr Khaled Official Website. Kemudian pilih episod yang anda ingin terjemah.

Apabila dah selesai, tekan File > Export. Sila export dalam file *srt. Akhir sekali, link-kan di bahagian komen post ini. Kami akan post-kan link tersebut.

Tapi, pastikan sebelum anda mulakan kerja, inform pada kami episod yang anda ingin usahakan. Agar tidak berlaku overlapping.

Saya nak bantu, tapi tak nak install software (komputer saya slow)

Tahniah~ anda boleh alih bahasa subtitle yang telah siap ke dalam bahasa Melayu. Download file subtitle, right click, open with Notepad. Anda hanya perlu tukarkan setiap perkataan ke dalam bahasa Melayu.

Saya nak bantu! tapi saya tiada komputer 😦

Tahniah~ anda boleh belikan kami sebuah peti sejuk.  atau doakan kami istiqamah dalam usaha ini.

*IKLAN – Sepanjang Ramadan ini, ISMA-Mesir mengadakan kelas Tarikh Islami. Setiap hari Isnin dan Selasa. Maklumat lanjut akan menyusul kemudian.*