gerhana,
Sedar tak sedar, hari ni syaaban telah menyinar selama 4 hari. Maknanya berbaki 26 hari lagi Ramadhan yang ku nanti akan menjelma. Patutlah bahangnya telah mula ku rasai.
Disebabkan ini mungkin ramadhan terakhirku di Mesir membuatkan aku berfikir sejenak. Merenung pengajaran dari ramadhan yang lepas, maka aku bersama-sama sahabat membuat beberapa strategi dan plan untuk menjadikan ramadhan kali ini adalah yang terbaik.
Ramadhan di Mesir memang mampu menaikkan amal ibadat dan terasa diri sangat dekat dengan Allah seperti mana ‘entry’ puasa di mesir1 dan puasa di mesir 2. Beruntung berada di Mesir. Namun, hampir semua itu disebabkan biah atau suasana yang membantu untuk rasa lebih bersemangat. Lagipun menyedari diri akan pulang ‘Back for good’ , jadi bergantung dengan suasana bukan idea yang praktikal lagi jika berada di Malaysia. Lantas diri ini perlu belajar agar bergantung dengan tolakan iman dalam diri sepenuhnya untuk melonjak lebih tinggi semasa ramadhan nanti.
Bertitik tolak dengan hujah itu dan setelah perbincangan dilakukan dengan beberapa sahabat, maka ada beberapa langkah yang akan diambil untuk memastikan iman mula meningkat dan pasti memuncak apabila tibanya ramadhan.
Selain meneruskan amalan fardhi seperti biasa, ada beberapa perkara yang menjadi penambaikkan.
Antaranya:
- iktikaf di masjid selepas subuh sehingga duha 2x seminggu
- mathurat kubra pagi dan petang setiap hari
- puasa isnin dan khamis serta 13, 14, 15 syaaban
- tilawah al-quran 1 juz setengah setiap hari
- sedekah barang sekali seminggu
- semarakkan ifthar jamaie 2 minggu sekali
- beri peringatan tentang ramdhan 2 minggu sekali
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan”