Badar Kubro : Satu Penentuan

Posted: August 8, 2012 in Sirah

hanya gerhana

Perang badar adalah perang pertama yang dilalui oleh umat islam. Ia berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah bersamaan 17 Mac 624 Masihi. Pada mulanya umat islam diuji buat pertama kali diwajibkan berpuasa pada siang hari bulan Ramadhan, kemudian pada bulan yang sama diuji lagi berperang bersama rasulullah ketika mereka sedang berpuasa.
Jadi dapat dilihat bahawa Allah akan menguji hamba-hambanya setelah mereka beriman untuk meningkatkan darjat mereka dan mengapai redha-Nya. Bukan setakat dengan ujian hijrah yang muhajirin hadapi, namun ansar juga tidak ketinggalan untuk diuji dengan perintah puasa dan berperang.
Mereka menghadapi ujian ini dengan jayanya sehingga dijanjikan Allah bahawa ahli badar telah diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian. Dengan makna lainnya, pasti syurga untuk mereka. Hal ini dapat membuktikan bahawa berpuasa bukan melemahkan namun adalah satu perjuangan yang mampu membangkitkan umat islam.
Sebelum berlakunya perang badar, sudah tujuh kali Nabi Muhamad menghantar pasukan bagi menyekat kafilah dagang Quraisy yang menceroboh dalam kawasan Madinah. Pada kali kelapan itu, Nabi Muhamad sendiri memimpin pasukannya yang seramai 313 orang. Ramai para sahabat yang tidak turut serta kerana menganggap pasukan ini hanya memantau sahaja. Dan daripada 313 orang itu juga, lapan orang dibenarkan tidak turut serta atas sebab-sebab tertentu. Antara mereka adalah Uthman Affan, Talhah Ubaidillah dan Saad bin Zaid.
Disebabkan anggapan mereka itu jugalah, mereka keluar dengan cuma mengenderai dua ekor kuda dan 70 ekor unta yang ditunggang secara bergilir-gilir. Nabi Muhamad sendiri berkongsi seekor unta dengan Ali bin Abi Talib dan Marthad bin Abi Marthad. Mereka juga tidak membawa senjata yang mencukupi malah ada yang cuma bersenjatakan pelepah kurma sahaja.
Peperangan badar juga berlaku kerana keangkuhan Abu Jahal yang memimpin tentera Quraisy. Pada mulanya tujuan mereka keluar dari Mekah adalah mahu menyelamatkan kafilah dagang Quraisy yang dilaporkan dirampas oleh Muhamad dan pengikutnya. Tetapi kerana yakin dengan kekuatan mereka yang seramai 1000 orang maka Abu Jahal tetap mahu berperang dengan Muhamad walaupun sudah tahu kafilah dagang Quraisy sudah selamat sampai ke Mekah. Malah Abu Sufian sendiri menyuruh mereka pulang semula ke Mekah kerana tidak perlu lagi memburu Nabi Muhamad dan pengikutnya.
Jika dilihat dengan kemenangan yang berpihak kepada umat islam membuktikan bahawa bilangan dan kelengkapan yang diagungkan oleh Abu Jahal bukanlah factor kemenangan semata-mata. Keimanan, kesungguhan untuk berjihad dan rasa tawakal yang tinggi pada umat islam yang telah menurunkan bantuan daripada Allah sekaligus memenangkan umat islam.
Kerana pentingnya perang badar yang dilihat sebagi satu penentuan membuatkan Nabi Muhamad berdoa memohon pertolongan Allah. Ini kerana sekiranya mereka kalah, maka pasti tidak ada lagi manusia yang akan menyembah Allah di muka bumi ini.
Maka Allah memberi khabar gembiranya melalui ayat 9 surah Al-anfal,
“Ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhanmu lalu diperkenankan-Nya bagimu. Sesungguhnya Aku mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang dating secara berturut-turut.”
Badar Kubro ianya satu penentuan.

Rujukan:
Perang Badar: Perang penentuan, Abdul Latip Talib.

</p

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s