Archive for the ‘Al-Quran’ Category

cinta tak berbalas

Posted: September 7, 2010 in Al-Quran

“jika kita sangat mencintai seseorang, tidak semestinya dia mencintai kita. jadi jangan kita terlalu pasti cinta Allah itu milik kita walaupun kita benar2 mencintainya”

aku terkedu. terpaku tatkala akh salam menyatakannya.

gerhana,

benar penyataan itu.

kadang kala dalam hidup, aku amat mencintai seseorang. namun belum pasti dia mencintai aku.

kadang kala, walaupun seseorang itu mencintai aku, namun sekali sekala ada juga yang dia tidak puas hati dan memarahi aku.

aku sebagai manusia biasa yang selalu lupa, pasti tidak lari dari melakukan kesilapan.

ya Allah, aku pasti

dalam aku mencari redha-Mu

dalam aku mengejar cinta-Mu

pasti ada terselit kelakuanku yang tidak menyenangi hati-Mu

lailahaila anta subhanaka inni kuntu minazholimin

namun aku teringat ayat Al-Quran yang akh irfan katakan yang menenangkan hatinya

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (azzumar:53)

ya benar

ayat ini amat melegakan keresahan aku ini

kerna Kau maha penyayang dan pengasih

dan aku pasti

aku pemburu cinta-Mu!

husnul khatimah

Posted: August 19, 2010 in Al-Quran

terlalu merinduinya...

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (ajal yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan (Al A’raf : 34)

gerhana,

benarlah wahyu Allah itu apabila ia berlaku benar-benar di depan mata.

ketika rakaat akhir solat terawikh,

tiba-tiba seorang jemaah terjatuh pengsan.

terkulai layu. terbujur kaku.

mengganggu konsentrasi jemaah yang sedang khusyuk.

mengejutkan jemaah yang sedang dibuai lamunan.

seusai solat, gempa seketika masjid.

dikhabarkan jiran ku menemui ajal.

menghembus nafasnya terakhir.

mulutnya berbuih.

badannya kejang.

pasti kesan serangan jantungnya.

innalillahi wainna ilaihi rojiun.

daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

diam seketika.

9 Ramadhan 1431.

Al-fatihah buatmu ku sedekahkan.

khusnul khatimah milikmu insyaAllah.

moga selepas mengingati mati timbul keinsafan diri.

———————————————————-
mengingatkan sejenak tentang penantian kita sebelum ke Mahsyar
———————————————————-
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata

guruh berdentum

Posted: August 15, 2010 in Al-Quran

gerhana,

telah lama rasenya tidak mendengar guruh di langit di mana bumi ku pijak.

semasa mendengar khutbah jumaat yang lalu, hampir beberapa kali dentuman guruh memeranjatkan seluruh jemaah.

terpadam segala alat elektrik.gelap gelita dan sunyi sepi. imam berkhutbah pon terhenti seketika.

terase gerun dan takut. teringat firman Allah:

‘dia yang memperlihatkan kilat kepadamu, yang menimbulkan ketakutan dan harapan, dan Dia menjadikan mendung.’ (12, surah Ar-Ra’d)

ketahuilah, kaum nabi Soleh iaitu kaum thamud dibinasakan dengan petir dan kilat.

moga selepas ketakutan timbul harapan.

Kajian Surah An-Naba

Posted: March 30, 2008 in Al-Quran

KAJIAN SURAH AN-NABA

(diolah dari Tafsir Hadaiq Ar-Ruh Wa Ar-Raihan)

Syeikh Al-‘Allamah Muhammad Ibn Abdullah

Al-Amin Al-Urami Al-‘Alawi Al-Harari As-Syafi’i

NAMA

An-Naba,’Amma,Tasa’ul

KATEGORI

Makkiyah (Sepakat Ulama’)

SUSUSAN

Turun selepas surah Al-Ma’arij (juz 29)

BIL AYAT

40 (Ada pendapat mengatakan 41)

PERKATAAN

173

BIL HURUF

970

FADHILAT

Diriwayatkan oleh Ubai Bin Ka’ab R.A bahawa Rasulullah S.A.W berkata [Sesiapa yang membaca Amma Yatasaalun..Allah akan memberinya minuman yang sejuk di Hari Kiamat]

Diriwayatkan oleh Abi Darda’ R.A bahawa Rasulullah S.A.W berkata [Pelajarilah surah Amma Yatasaalun(1) ‘Anin Nabail ‘Azim, Dan Pelajarilah Qaf Walquranil Majid (1), Wannajmi Iza Hawa (1), Wassamaizati Buruj (1) Dan Wassamai Wattariq (1)  Kerana sesungguhnya jika kamu mengetahui apa yang terkandung di dalamnya..maka kamu pasti tinggalkan segala urusan yang sedang kamu lakukan dan mempelajarinya..dan dekatkanlah dirimu kepada Allah dengannya, sesungguhnya dengan surah ini Allah mengampunkan segala dosa melainkan syirik kepada Allah]

Diriwayatkan oleh Abu Bakar R.A bahawa beliau berkata: Wahai Rasulullah, telah cepat tumbuhnya ubanmu! Rasulullah S.A.W berkata [ Yang telah menyebabkan cepat tumbuhnya ubanku adalah Hud, Al-Waqi’ah, Al-Mursalat, Amma Yatasaalun dan Izas Syamsu Kuwwirat]

SEBAB TURUN

Apabila diutuskan Rasulullah S.A.W dengan risalah Tuhan seluruh alam, untuk masyarakat Arab khususnya dan dunia amnya, baginda terus-menerus mengajak manusia untuk mentauhidkan Allah dan menyampaikan kepada mereka segala perintah Allah. Baginda juga membawa khabar tentang kebangkitan selepas mati dan menyampaikan kepada mereka Al-Quran.

Hal ini membuatkan manusia yang tidak beriman saling bertanya sesama mereka tentang hal ini. Di setiap perjumpaan di pusat-pusat pertemuan mereka, isu Rasulullah S.A.W pasti dibincang dan dipersoalkan. Tentang apa yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W  yang datangnya daripada Allah.

Mereka terus bertanya-tanya sesama mereka dan orang lain, apalah yang dibawa Muhammad ini, adakah dia seorang ahli sihir, penyair, ataupun tukang tilik? Maka turunlah surah ini.