Archive for the ‘sastera’ Category

secerah pawana

Posted: August 7, 2010 in sastera

gerhana,

hampir setahun aku biarkan kau menyepi

diam tanpa berita

membuatkan kau tertanya-tanya

ke mana gerangan si dia


gerhana,

ku ingin kau tahu

aku menyepi bukan menyendiri

aku menyepi mencari erti

aku menyepi membina diri

aku menyepi untuk berdiri


tanggal 10 jun itu

penuh erti

memberi aku sinar baru

mengejutkan aku dari lena yang panjang

menyedarkan aku dari tidur yang membuai


yang pasti sebelum itu

aku jatuh ditimpa tangga

aku sesat entah ke mana


namun,

aku gagahkan diri untuk mencuba

aku kuatkan diri untuk merasa

kumpul tenaga tersisa

bakar semangat jadi membara


akhirnya,

setelah perlahan-lahan aku bangun

melihat, memerhati dan merenung

aku begitu yakin

untuk berdiri mengapai cita hakiki

untuk berlari mengejar pelangi

untuk melonjak lebih tinggi


tika ini,

hidupku aku rasakan

secerah pawana

seindah suria

semalam hanya gerhana

moga hari ini dan esok

cahaya menyinar bercahaya


ya Allah, aku bersyukur nikmat iman dan ukhuwah yang kau kurniakan…aku pohon kau tetapkan aku di atas jalan ini…amin


KEPADA PEJUANG AGAMA ALLAH!

Posted: November 23, 2008 in sastera
katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang
kau sebok update isu semasa berbanding

AL QURAN 1juz sehari

katanya kau seorang pejuang
kau xpun berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha

katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal

QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang pejuang!!

-D’inferior-


Akhi Fil Islam..

Posted: October 30, 2008 in sastera

Akhi,

Terdengar sahaja khabar kehadiranmu ke mari,

Hatiku melonjak kegembiraan,

Itulah harapan dan cita-citaku selama ini,

Hadirnya jiwa suci pewaris perjuangan ini.

 

(more…)

Madah Seorang Hamba

Posted: September 10, 2008 in Life is Real, sastera

Bagaimana mungkin ku lafazkan setia,
Tatkala sungai yang cetek belum mampu kuredahi…

Mana mungkin untukku menggapai segala cita,
Sedang hutan belantara masih kugeruni…

Mampukah aku menjadi seorang hamba,
Apabila jiwa bergelora dahagakan duniawi…

Adakah aku benar-benar dianugerah keredhaan-Nya,
Sedang nikmat sebesar benua belum mampu kusyukuri…
(more…)

Dia sahabatku

Posted: August 4, 2008 in sastera

Aku dedikasikan puisi ini khas buat sahabatku, renungkanlah..

Dia sahabatku
entah siapa gerangannya
entah mana asalnya
perilakunya menarik mataku
perkenalan yang tidak diduga
tatkala diri ini keliru di jalan Allah yang satu

Dia sahabatku
makin aku selam hatinya
makin aku rapat dengannya
bait katanya menyentuh hatiku
keakaraban yang  tidak disangka
tika jiwa ini karam di muara hiasan dunia

Dia sahabatku
menjadi obor
kala aku meraba dalam kegelapan
buat mencari nur ilahi yang makin kelam

Dia sahabatku
menjadi tongkat
kala aku mendaki cerunan gunung
buat mengapai redha ilahi yang makin pudar

Dia sahabatku
menjadi bahtera
kala aku meredah lautan bergelora
buat menagih kasih ilahi yang makin sirna

Dia sahabatku
aku sedar aku yakin
Allah ciptakan dia untukku
sebagai teman dunia dan akhirat
kerna dia ku temu tika di jalan Allah
kerna dia ku kenal tika di jalan Allah
kerna dia ku akrab tika di jalan Allah

jika persahabatan ini takdir ilahi
jika persahabatan ini kehendak ilahi
jika persahabatan ini ketentuan ilahi
akan ku semai ia biar ia tumbuh
akan ku siram ia biar ia segar
akan ku baja ia biar ia subur
itu janjiku wahai sahabatku
moga bertemu dan berpisah kita
kerana khaliq Allah yang esa..

(post ni sempena ‘happy freindship day’ walaupun aku tidak tahu mana asal usul hari ni)

from inside

halaqoh cinta-Nya

Posted: July 10, 2008 in sastera

“halaqoh ini adalah halaqoh cinta kita…

jika sepasang kekasih berdating di taman,

kita tidak sabar-sabar dating dalam halaqoh,

jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi,

di bawah cahaya rembulan,

berdua-duaan,

jauh dari orang,

kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang,

tanpa takut dan bimbang,

jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,

kita berhibur dengan madah kalamullah,

jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas rangsangan nafsu,

kita berkasih atas landasan ukhuwahfillah,

bebas dari dorongan nafsu semata,

jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,

kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Pencipta kita,

jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,

kita sentiasa saling menjaga akhlak dan pekerti sesama,

saling menasihati agar makin berkualiti,

jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,

kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini Allah yang punya,

jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta,

keluarga dan maruah demi cinta,

kita sanggup korbankan segala-galnya demi cinta agung-Nya,

dalam masa yang sama mencintai keluarga  dan memelihara maruah setingginya.”

(petikan dari novel ‘Tautan Hati’-Fatimah Syarha)

from inside

Kisah Tujuh Budak Hitam

Posted: June 29, 2008 in sastera

Tujuh budak hitam,

Pakat nak naik jadi menteri,

Seorang jadi pemimpin bestari,

Tinggal lagi enam…

(more…)