gerhana,
tinggal 8 hari lagi aku akan menemui bulan yang bukan sahaja turutnya Al-quran dalamnya, malah terdapat peristiwa-peristiwa hebat yang berlaku.
sempena nak masuk mukhayam khoriji (MK) ni, jadi terasa untuk meneliti satu persatu jihad rasulullah dan para sahabat dalam bulan ramadhan ni. moga semangat berjihad tu berkobar-kobar dalam diri ini.
kita buat ‘timeline’ cam di FB supaya lebih jelas.
17 Ramadhan 2H : Perang Badar Al-Kubra
Ramadhan 5H : Persiapan Perang Khandaq
20 Ramadhan 8H : Futuhul Makkah
Ramadhan 9H : Perang Tabuk
Ramadhan 10H : sepasukan tentera pimpinan Saidina Ali ke Yaman membawa surat Nabi
Ramadhan 53H : Kemenangan tentera Islam di Rhodesia
Ramadhan 92H : tentera pimpinan Tariq Ziyad membebaskan Sepanyol
Ramadhan 129H : Kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan
Ramadhan 584H : tentera Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib
Ramadhan 658H : tentera pimpinan Saifudin Qutuz mengalahkan tentera tartar di Ain Jalut
Ramadhan 1433H : tepuk dada tanya iman?
tapi kali ni tidak mahu terang secara detail jihad-jihad ni, hanya ingin menyenaraikan dan membuktikan bahawa Ramadhan bukan bulan yang menjadikan umat islam lemah, malah lebih hebat lagi.
mungkin kita boleh kongsi bersama-sama selepas ini agar ramadhan kali ini menjadi sejarah dalam ‘timeline’ kita insyaAllah.
jom menjadi sehebat ‘Ramadhan’~
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan”