Archive for the ‘Da’wah Kreatif’ Category

jejak~

Posted: December 21, 2010 in Da'wah Kreatif

gerhana, lagi satu perkongsian sahabatku

Kutujukan khas nasyid jihad ini untuk sahabat seperjuangan, agar kita tidak sedikit pun merasa hina dan lemah atas segala dugaan, cabaran. Tetapkan hati, bertahan demi ilahi.

Jejak, Izzatul Islam :

Menapaki langkah-langkah berduri

Menyusuri rawa lembah dan hutan

Berjalan di antara tebing curam

Semua dilalui demi perjuangan

Letih tubuh di dalam perjalanan

Saat hujan dan badai merasuki badan

Namun jiwa harus terus bertahan

Kerana perjalanan masih panjang

Kami adalah tentera Allah

Siap melangkah menuju ke medan juang

Walau tertatih kaki ini berjalan

Jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

Wahai tentera Allah bertahanlah…

Jangan menangis walau jasadmu terluka

sebelum engkau bergelar syuhada’

Tetaplah bertahan dan bersiap-siagalah

Tetaplah bertahan dan bersiap-siagalah

*Gunung tinggi menjulang

Samudera luas membentang

adalah lahan peneguhan

Hutan rimba, padang gersang

Jadi ajang pembuktian

Hujan badai terik panas kerontang

pasti akan hiasi perjalanan

saat langkah telah diayunkan

pantang surut ke belakang

hingga sampai ke tujuan!

Bertahanlah.. dan bersiap-siagalah!

Menapaki langkah-langkah berduri

Menyusuri rawa lembah dan hutan

Berjalan di antara tebing curam

Semua dilalui demi perjuangan

Letih tubuh di dalam perjalanan

Saat hujan dan badai merasuki badan

Namun jiwa harus terus bertahan

Kerana perjalanan masih panjang

Kami adalah tentera Allah

Siap melangkah menuju ke medan juang

Walau bertatih kaki ini berjalan

Jiwa perindu syahid tak akan tergoyahkan

Wahai tentera Allah bertahanlah…

Jangan menangis walau jasadmu terluka

Sebelum engkau bergelar syuhada’

Tetaplah bertahan dan bersiap-siagalah!

Tetaplah bertahan dan bersiap-siagalah!

Tetaplah bertahan dan bersiap-siagalah!

********************************************

Akhi, perjalanan ini tak pernah senang.

Tak pernah aman dari kata-kata keji dan hinaan

Bersabarlah atas segala tuduhan

Jangan merasa terkesan

Inilah namanya cabaran dan dugaan

Andai engkau lemah, maka marilah pegang tangan kami bersama-sama

Janga memencilkan diri, jangan menjauhkan diri..

Hadaf kita telah jelas di hadapan sana

Wasilah telah digariskan oleh orang yang telah melalui jalan ini

Yakinlah dengan pertolongan ilahi

Kita pasti akan sampai ke destinasi

Maka bersabarlah wahai akhi…

Aku menyayangimu kerana Allah..

Advertisements

orang biasa?

Posted: October 29, 2010 in Da'wah Kreatif

Orang biasa sekadar melakukan perkara biasa-biasa kerana pemikiran mereka membuat mereka sanggup melakukan perkara biasa saja, bukan yang luar biasa. Mereka selalunya :

 

1. Sentiasa mahu selesa, selamat, tetap.

2. Sentiasa mahu senang dan bermalas-malasan

3. Seringkali mencari jalan mudah atau ‘shortcut’

4. Mengelak dari kesakitan, kegagalan dan seboleh mungkin, tidak mahu terlibat dengan perkara yang mengaggalkan. Sebab mereka rasa ia cukup menyusahkan.

5. Melihat orang lain dengan penuh kejengkekan, rasa meluat dan sakit hati.

 

lagu buat muhasabah..:)

Posted: May 27, 2010 in Da'wah Kreatif

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah, kejahilan hambaMu
Kusering melanggar laranganmu
Dalam sedar ataupun tidak
Kusering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagiku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah
Diri ini Yang mendamba cintaMu
Aku lemah Aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering depanMu
Sering jua kumemungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Bilakah diri ini kembali
Kepada fitrah sebenar
pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku, kau pimpilah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil tanpa pimpinan dari mu
Kau Pengasih Kau penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambamu
Selangkah ku kepadaMu Seribu Langkah kau padaku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMu
Tapi tidak pula aku snaggup kenerakaMu

Kutakut kepadaMu
Kuharap jua padaMu
Mogaku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Kita Anak-anak Akhirat

Posted: June 15, 2009 in Da'wah Kreatif

Jiwa mereka yang hangat bertanya mengenai akhirat

Laksana anak-anak akhirat,

Melihat dunia dari jendela akhirat…”

tingkap

Masih lagi segar di telinga kalam-kalam puncak yang didendangkan oleh sahabatku yang bernama Ammar.

Kata-kata penuh makna yang tidak perlu ku tapis untuk sampai ke hatiku.Kata-kata mutiara yang pasti ku ingati sepanjang perjalanan hidup ini supaya menjadi kalam untuk sentiasa mengingati akhirat..

(more…)

Muhasabah Cinta

Posted: March 10, 2009 in Da'wah Kreatif


Mungkin ramai yang pernah dengar lagu Muhasabah Cinta, nyanyian kumpulan Edcoustic dari Indonesia.Lagu ni tibe2 popular di Perlembahan Nil di kalangan dak2 medik selepas dinyanyikan oleh Voice of Mansurah dlm Seminar Perubatan tempoh hari, atau mungkin juga rentak lagunya yg seakan-akan ‘kejiwangan’. Ape2 pon, harapnye bkn sekadar rentak lagu yg menjadi buaian dan halwa telinga para mendengar, bahkan lirik yg cube disampaikan,iaitu cinta kepada Allah perlulah diberi penghayatan yg mane merupakan elemen penting dlm melahirkan hamba yg rabbani, hati yg sentiasa bertaut kpd Allah.

Cinta Allah, adalah satu perkara yang sepatutnya menjadi matlamat utama dlm kehidupan kite. Cinta Allah, satu pencarian yg memerlukan usaha keras utk mendapatkannya. Cinta Allah, yg mana dengannya segala ibadah dan amal soleh dilakukan ikhlas semata2 krn Allah.

قل إِن كَان ءَابَاؤُكُمْ وََأبْنَاؤُكمْ وَإِخْوَانُ ُ كمْ وََأزْوَاجُكمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وََأمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ

تَخْشَوْ َ ن َ كسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا َأحَبَّ إَِليْ ُ كمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ َفتَرَبَّصُوا

حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بَِأمْرِهِ وَاللَّهُ َلا يَهْدِي الَْقوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka). (Surah Al-Taubah 9: Ayat 24)

Untuk mendapatkan cinta Allah memerlukan hati yg sentiasa hidup dan sentiasa terrikat dengan Allah Taala. Dalam kitab التربية الاسلامية و مدرسة حسن البنا , Dr Yusuf Qardhawi menyatakan perkara yg perlu utk melahirkan hati yg sentiasa ‘hidup’:

1)الى وقاية ليسلم

2)والى غذاء ليحيا

3)والى علاج لبشفى

Menurut Dr Yusuf Qardhawi juga,hati yg hidup adalah hati yg seolah2 melihat Allah dan tempat hadirnya cahaya Allah. Nabi s.a.w. bersabda:

ان الله لا ينظر الى صوركم ولكن ينظر الى قلوبكم

Pada hari kiamat nanti, hati yg hiduplah yg akan menjadi wakil atau saksi utk mempersembahkan hamba itu kepada Allah sebagai wasilah penyelamat utk dirinya. Tanpa hati ini yg ditadbir oleh iman, diterangi dgn keyakinan, sesungguhnya insane itu sebenarnya mati dan segala kehidupannya adalah sia2.

Dengan itu, tarbiah yg sebenarnya amat perlu utk menghidupkan hati supaya tdk mati,mengawalnya supaya tdk rosak, dan sentiasa melembutkan nya supaya tdk menjadi keras seperti batu(rujuk Surah Al-Maidah:13, Surah Al-Baqarah:74, Surah Al-Hadid:16).

Dia….

Posted: January 26, 2009 in Da'wah Kreatif

Dimana sahaja “dia” berada,

Pasti Islam akan agung semula…

Bila sahaja “dia” berbicara,

Pasti syaitan akan membencinya,

Bagaimana sahaja “dia” memimpin alam maya,

Tersenyumlah malaikat dengan bangga…

Untuk apa sahaja tujuan “dia” melangkahkan kakinya,

Nurnya takkan pernah berhenti menerangi insan sekelilingnya…

Semoga “dia” insan ini ya Allah,

semoga sentiasa pada agamaMu..amin..

baby

Kisah Musang dan Khuruf…

Posted: December 7, 2008 in Da'wah Kreatif

kambing

2790787079_9d14c25c53

Assalamualaikum pembuka bicara,

Buat pembaca hanya gerhana,

Cerita ini hanya direka,

Tajuk yang sama,cerita berbeza….

Setahu ana,kambing?khuruf yang dijadikan qorban adalah binatang syurga..

Selalu pabila terdengar tajuk cerita ni,teringat balik pada cerita Si musang dan kambing yang didodoikan buat anak-anak sebelum tidur..

Kali ini,sempena mengambil semangat raya korban tahun ini,dan semangat Tuan rumah yang bagi daging khuruf* tadi(hehe..tengkiu tuan rumah),ana bawakan satu cerita klasik yang diadaptasi kembali..

Diceritakan…

Disebuah kota yang bernama Nit Selap, tinggal segerombolan Khuruf yang hidup aman bahagia..

Setiap pagi,kambing-kambing ni keluar berburu dan bekerja untuk mencari rezeki..Boleh dikatakan bahawa kawasan tempat tinggal kambing-kambing ni adalah tempat yang paling mulia bagi kambing-kambing di dunia ni..dan juga subur..

(more…)