Badar Kubro : Satu Penentuan

Posted: August 8, 2012 in Sirah

hanya gerhana

Perang badar adalah perang pertama yang dilalui oleh umat islam. Ia berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah bersamaan 17 Mac 624 Masihi. Pada mulanya umat islam diuji buat pertama kali diwajibkan berpuasa pada siang hari bulan Ramadhan, kemudian pada bulan yang sama diuji lagi berperang bersama rasulullah ketika mereka sedang berpuasa.
Jadi dapat dilihat bahawa Allah akan menguji hamba-hambanya setelah mereka beriman untuk meningkatkan darjat mereka dan mengapai redha-Nya. Bukan setakat dengan ujian hijrah yang muhajirin hadapi, namun ansar juga tidak ketinggalan untuk diuji dengan perintah puasa dan berperang.
Mereka menghadapi ujian ini dengan jayanya sehingga dijanjikan Allah bahawa ahli badar telah diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian. Dengan makna lainnya, pasti syurga untuk mereka. Hal ini dapat membuktikan bahawa berpuasa bukan melemahkan namun adalah satu perjuangan yang mampu membangkitkan umat islam.
Sebelum berlakunya perang badar, sudah tujuh kali Nabi Muhamad menghantar pasukan bagi menyekat kafilah dagang Quraisy yang menceroboh dalam kawasan Madinah. Pada kali kelapan itu, Nabi Muhamad sendiri memimpin pasukannya yang seramai 313 orang. Ramai para sahabat yang tidak turut serta kerana menganggap pasukan ini hanya memantau sahaja. Dan daripada 313 orang itu juga, lapan orang dibenarkan tidak turut serta atas sebab-sebab tertentu. Antara mereka adalah Uthman Affan, Talhah Ubaidillah dan Saad bin Zaid.
Disebabkan anggapan mereka itu jugalah, mereka keluar dengan cuma mengenderai dua ekor kuda dan 70 ekor unta yang ditunggang secara bergilir-gilir. Nabi Muhamad sendiri berkongsi seekor unta dengan Ali bin Abi Talib dan Marthad bin Abi Marthad. Mereka juga tidak membawa senjata yang mencukupi malah ada yang cuma bersenjatakan pelepah kurma sahaja.
Peperangan badar juga berlaku kerana keangkuhan Abu Jahal yang memimpin tentera Quraisy. Pada mulanya tujuan mereka keluar dari Mekah adalah mahu menyelamatkan kafilah dagang Quraisy yang dilaporkan dirampas oleh Muhamad dan pengikutnya. Tetapi kerana yakin dengan kekuatan mereka yang seramai 1000 orang maka Abu Jahal tetap mahu berperang dengan Muhamad walaupun sudah tahu kafilah dagang Quraisy sudah selamat sampai ke Mekah. Malah Abu Sufian sendiri menyuruh mereka pulang semula ke Mekah kerana tidak perlu lagi memburu Nabi Muhamad dan pengikutnya.
Jika dilihat dengan kemenangan yang berpihak kepada umat islam membuktikan bahawa bilangan dan kelengkapan yang diagungkan oleh Abu Jahal bukanlah factor kemenangan semata-mata. Keimanan, kesungguhan untuk berjihad dan rasa tawakal yang tinggi pada umat islam yang telah menurunkan bantuan daripada Allah sekaligus memenangkan umat islam.
Kerana pentingnya perang badar yang dilihat sebagi satu penentuan membuatkan Nabi Muhamad berdoa memohon pertolongan Allah. Ini kerana sekiranya mereka kalah, maka pasti tidak ada lagi manusia yang akan menyembah Allah di muka bumi ini.
Maka Allah memberi khabar gembiranya melalui ayat 9 surah Al-anfal,
“Ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhanmu lalu diperkenankan-Nya bagimu. Sesungguhnya Aku mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang dating secara berturut-turut.”
Badar Kubro ianya satu penentuan.

Rujukan:
Perang Badar: Perang penentuan, Abdul Latip Talib.

</p

sehebat Ramadhan~

Posted: July 12, 2012 in Sirah

gerhana,

tinggal 8 hari lagi aku akan menemui bulan yang bukan sahaja turutnya Al-quran dalamnya, malah terdapat peristiwa-peristiwa hebat yang berlaku.

sempena nak masuk mukhayam khoriji (MK) ni, jadi terasa untuk meneliti satu persatu jihad rasulullah dan para sahabat dalam bulan ramadhan ni. moga semangat berjihad tu berkobar-kobar dalam diri ini.

kita buat ‘timeline’ cam di FB supaya lebih jelas.

17 Ramadhan 2H : Perang Badar Al-Kubra

Ramadhan 5H : Persiapan Perang Khandaq

20 Ramadhan 8H : Futuhul Makkah

Ramadhan 9H : Perang Tabuk

Ramadhan 10H : sepasukan tentera pimpinan Saidina Ali ke Yaman membawa surat Nabi

Ramadhan 53H : Kemenangan tentera Islam di Rhodesia

Ramadhan 92H : tentera pimpinan Tariq Ziyad membebaskan Sepanyol

Ramadhan 129H : Kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan

Ramadhan 584H : tentera Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib

Ramadhan 658H : tentera pimpinan Saifudin Qutuz mengalahkan tentera tartar di Ain Jalut

Ramadhan 1433H : tepuk dada tanya iman?

tapi kali ni tidak mahu terang secara detail jihad-jihad ni, hanya ingin menyenaraikan dan membuktikan bahawa Ramadhan bukan bulan yang menjadikan umat islam lemah, malah lebih hebat lagi.

mungkin kita boleh kongsi bersama-sama selepas ini agar ramadhan kali ini menjadi sejarah dalam ‘timeline’ kita insyaAllah.

jom menjadi sehebat ‘Ramadhan’~

“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan”

Ramadhan shift~

Posted: June 23, 2012 in Kongsi Untuk Amal

gerhana,

Sedar tak sedar, hari ni syaaban telah menyinar selama 4 hari. Maknanya berbaki 26 hari lagi Ramadhan yang ku nanti akan menjelma. Patutlah bahangnya telah mula ku rasai.

Disebabkan ini mungkin ramadhan terakhirku di Mesir membuatkan aku berfikir sejenak. Merenung pengajaran dari ramadhan yang lepas, maka aku bersama-sama sahabat membuat beberapa strategi dan plan untuk menjadikan ramadhan kali ini adalah yang terbaik.

Ramadhan di Mesir memang mampu menaikkan amal ibadat dan terasa diri sangat dekat dengan Allah seperti mana ‘entry’  puasa di mesir1 dan puasa di mesir 2. Beruntung berada di Mesir. Namun, hampir semua itu disebabkan biah atau suasana yang membantu untuk rasa lebih bersemangat. Lagipun menyedari diri akan pulang ‘Back for good’ , jadi bergantung dengan suasana bukan idea yang praktikal lagi jika berada di Malaysia. Lantas diri ini perlu belajar agar bergantung dengan tolakan iman dalam diri sepenuhnya untuk melonjak lebih tinggi semasa ramadhan nanti.

Bertitik tolak dengan hujah itu dan setelah perbincangan dilakukan dengan beberapa sahabat, maka ada beberapa langkah yang akan diambil untuk memastikan iman mula meningkat dan pasti memuncak apabila tibanya ramadhan.

Selain meneruskan amalan fardhi seperti biasa, ada beberapa perkara yang menjadi penambaikkan.

Antaranya:

  • iktikaf di masjid selepas subuh sehingga duha 2x seminggu
  • mathurat kubra pagi dan petang setiap hari
  • puasa isnin dan khamis serta 13, 14, 15 syaaban
  • tilawah al-quran 1 juz setengah setiap hari
  • sedekah barang sekali seminggu
  • semarakkan ifthar jamaie 2 minggu sekali
  • beri peringatan tentang ramdhan 2 minggu sekali
doakan agar kami thabat atas perubahan ini.
moga ia menjadi sebab untuk kami bertemu lailatuqadar tahun ini.
let’s shift  for ramadhan~

“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan”

tragedi : 3 tahun berlalu

Posted: June 10, 2012 in Life is Real

gerhana,

apabila dengar lagu ni, mesti ingat dia

10 jun 2009, bermulanya titik perubahan dalam hidup kami.

aman, apa kata tahun ni kita wat rehlah lepas exam untuk bacth kita?

oh, menarik idea. aku sokong.

ha aku tau kau mesti nak ye…ok, sebelum kita exam written kita wat meeting ek.

alright~

aman, 10 hb ni lepas written pharma kita pi ain sukhnah,  survey tempat rehlah nak?

naik apa? sapa ikut?

emm, aku dah suruh saif tolong tempah kete, dia drive.

aku ajak otai dan eckm.

k, nice.

selepas habis written pharma,

aman, camne exam?

Alhamdulillah, bolehlah menjawab.

aman, eckm, jom makan dulu sebelum pergi. saif cakap die lambat sikit sebab avanza xdapat so kita naik hyundai matrix je.

jom la  kita makan nasi yaman.

tempat ni tak sesuai nak wat aktiviti sangat.

jom kita teruskan ke depan, mana tau ada tempat yang menarik.

ala perut aku rasa kembung la aman.

tu la tadi makan kambing lagi huhu, sabar dulu, nanti kita singgahlah mana-mana masjid.

ei tengok tu man, orang arab tengah kejar apa tu kat laut.

ya Allah, sekumpulan dolphin la.

subhanallah, tak sangka ada dolphin yang banyak kat perairan ni. ala rugi la tak bawa kamera. berhenti saif, kita pi tengok sat.

ha ni la tempat yang sesuai, luas, ade pantai yang bersih. k la ni. jom saif, pas ni kita pi mandi dulu mana-mana.

jom aku tau tempat yang ok.

ha laparlah pulak. aman, tadi nasi yaman kau tak habiskan. nak sikit.

ni ha, jom lah makan.

saif, banyaknya lori ni.

aah la saif…

saif, ke tepi…agrh!

11hb

pagi itu, otai datang dalam keadaan teresak-esak.

otai, janganlah nangis.

aman, kau sabar ye. kau tahu kan?

tahu apa, otai?

ammar…

nape dengan die tai?

dia dah tak da man.

Allah…

perginya seorang pejuang

rasanya baru semalam aku melihatnya begitu semangat

baru semalam aku makan bersamanya

mandi pantai bersamanya

tapi Allah lebih menyayanginya

dan pasti mati itu tidak mengenal usia

dari katilku, ku lihat akram sedang bertarung nyawa antara hidup dan mati

ku doakan yang terbaik buatmu teman

dan kini 3 tahun sudah berlalu,

ya Allah, rindunya aku padamu teman.

bagai baru semalam aku mendengar kalammu.

jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat

laksana anak-anak akhirat… melihat dunia dari jendela akhirat.

Al-fatihah buat sahabatku

ammar~

Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki~ ali imran:169

Dunia : Sekadar Pinjaman

Posted: June 2, 2012 in Life is Real

gerhana,

entah, kadang kala diri ini terasa mengerti akan kenyataan ini dunia adalah satu yang sementara.

selalu sahaja aku diingatkan dengan ayat-ayat al quran yang menyebut tentang hakikat ini.

Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (al hadid : 20)

dan juga dari tazkirah dan peringatan sama ada dalam jilsah atau di mana sahaja.

adapun aku melihat sendiri dengan mata kepalaku bahawa nikmat dunia amat mudah ditarik kembali

sama ada dalam situasi kawan-kawanku, pesakit-pesakit yang aku lawati dan juga masyarakat Mesir yang bagiku serba kekurangan ini.

namun ia masih tidak cukup sebenarnya untuk ditanam dalam diri ini jika ia masih belum berlaku atau benar-benar terjadi kepada diri sendiri.

bak kata pepatah,

berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya

alhamdulillah, hari ini Dia ajar aku.

Dia hendak aku merasai hakikat sebenar dunia ini sebagai pinjaman.

kehilangan sesuatu yang berharga, sesuatu yang bernilai, sesuatu yang engkau bergantung kepadanya, sesuatu yang engkau pasti tetap bersamanya.

namun ia tetap sebahagian dari dunia, ia tetap sementara dan pasti hilang jua.

oh betapa berat untuk aku laluinya, tetapi aku yakin dan pasti Dia tahu apa yang terbaik untukku.

yang pasti hanya Dia yang abadi dan dunia tetap sekadar pinjaman~

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. (ibrahim : 7)

Allahu akbar!

Gerhana,

Melihat ramai yang mengulas mengenai Melayu Sepakat Islam berdaulat (MSIB), membuat diri ini terpanggil untuk memberi sedikit pandangan tentang isu ini.

Mungkin sebelum pena menulis lebih jauh, suka untuk mengingatkan bahawa bacalah artikel ini dengan hati yang lapang dan bersikap terbuka kerana ini hanyalah pandangan atau pendapat yang boleh diterima atau ditolak sama sekali.

MSIB adalah slogan yang digunakan oleh ISMA dalam menyebarkan kefahaman dakwah yang difahami. Disebabkan ia masih baru dan agak menongkah arus masyarakat yang telah terpahat dengan kejelekan bercakap tentang melayu telah menyebabkan ia sangat tidak disenangi kebanyakan pimpinan dan NGO. Lebih-lebih lagi apabila ia bertentangan dengan strategi parti politik melayu islam, PAS dan UMNO di kala PRU 13 semakin menghampiri.

MSIB sepatutnya dipandang dalam skop  yang lebih besar dari berfikiran sempit yang hanya berkitar dalam politik kepartian semata-mata. Ia bukan hanya untuk meminta PAS dan UMNO agar duduk bersepakat dan menyokong dalam isu-isu Islam supaya agama Islam tidak dipermainkan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak lain.

Tetapi ia lebih tertumpu dalam skop untuk pentarbiyahan mujtama’ atau dengan kata mudah mengajak masyarakat untuk menyedari terutamanya melayu muslim tentang hakikat diri mereka. Disebabkan kurang 20% sahaja dari masyarakat Malaysia yang terlibat dengan politik kepartian dan 80% lagi masih dalam keadaan tidak sedar yang mereka sedang diserang lebih-lebih lagi orang melayu. Jadi, saya amat yakin ini adalah sebab utama slogan ini digunakan.

Masyarakat melayu muslim perlu dikejutkan dari lena yang panjang. Kita patut kembali bersama-sama membina jati diri melayu muslim yang dulu adalah tunggak kesultanan melayu melaka. Kita patut sedar yang kita dahulu adalah bangsa dakwah islam di nusantara ini. Oleh itu, masyarakat melayu muslim patut berasa izzah terhadap bangsa yang dulunya hebat. Seterusnya mengambil langkah dengan bersepakat dalam agenda untuk mengembalikan kemegahan islam yang pernah didaulatkan oleh kesultanan melayu melaka yang mempunyai hubungan rapat dengan khalifah uthmaniah.

Jika kita lihat keadaan generasi muda masyarakat kita yang berada dalam keseronokan mereka sendiri tanpa menghiraukan keadaan sekeliling membuatkan kita menjadi sedih. Itu belum lagi melihat mahasiswa kita yang dipergunakan untuk memenangkan agenda orang lain tanpa mengetahui agenda mereka yang sebenar iaitu membina peribadi melayu muslim. Jadi masyarakat melayu muslim perlu bersepakat dalam membina generasi yang mempunyai jiwa yang beriman, tekad yang  jitu, kesediaan berkorban dan berani menghadapi kesusahan. Kita perlu mendidik keperibadian, memulihkan rohani, memantapkan akhlak dan membina sifat kelelakian yang sebenar dalam diri umat islam. Dengan pembinaan inilah, formula kebangkitan semula bangsa melayu muslim dapat dilaksanakan secara menyeluruh sekaligus mendaulatkan Islam yang sememangnya adalah tertinggi.

Selain itu, MSIB juga dilihat untuk menyedarkan masyarakat dan pimpinan dari aspek perlembagaan agar memastikan hak-hak dan keistimewaan islam terjaga. Ini akan melumpuhkan gerakan-gerakan yang sedang giat berusaha mengeluarkan islam dari perlembagaan negara kita.

Kesimpulannya, saya sebagai aktiviISMA dengan lantang menyatakan kami memperjuangkan ISLAM sehingga BERDAULAT di tanah air dengan wasilah MELAYU berSEPAKAT atas prinsip-prinsip islam. Ini dibuat setelah melihat realiti orang islam di Malaysia yang majoritinya melayu 86.9% tanpa menafikan kehadiran cina muslim 0.2% dan india muslim 4.5%  kerana jika melayu tidak bersepakat maka pasti hak islam cina dan india muslim akan terabai.

Akhir kata, mari kita bersama MEMBINA GENERASI HARAPAN  dengan wasilah MELAYU SEPAKAT, ISLAM BERDAULAT agar kita mampu MEMBANGUN UMAT BERAGENDA.

Salam ukhuwah dari bumi mesir.

ABDUL RAHMAN RAMDZAN
AktivISMA

Rujukan:

Risalah Imam Hasan Al-Banna: Adakah kita golongan yang bekerja?

Kertas kerja 3 Seminar Agenda Umat: Siapa Sepakat Islam Berdaulat

terus thabat~

Posted: February 16, 2012 in Uncategorized

gerhana, diriku terkesan tatkala membaca email ini.
moga ia jadi pembakar semangatku untuk terus thabat bersama jamaah~

 

Assalamualaykum wbt,

Gembira rasanya melihat posting bertalu-talu dalam I-Medik setelah sekian lama sunyi 🙂

Diucapkan selamat kembali buat Karimah, walaupun tak pernah berjumpa, amat menghargai usaha melapor diri, diharapkan menjadi budaya bagi setiap dari kita yang pernah mengenali dan mengikuti program ISMA dimana jua kita berada.

Disini sukalah kiranya akak berkongsi tentang sesuatu yang menjadi pesan Rasululullah SAW, ya’ni Melazimi Sunnah dan Jamaah.

1). Ibnu Umar menceritakan, pernah suatu hari, ayahnya Umar Al-Khattab berkata dalam khutbahnya di Jabiah:” Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. bangun ketika bersama kami dan berkata,” Sesiapa di kalangan kamu yang menginginkan tempat tinggal di syurga, maka dia hendaklah melazimi jamaah, sesungguhnya syaitan itu bersama orang yang berseorangan dan lebih jauh dari orang yang berdua.”

2). Dari Arjafah, beliau berkata;” Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,” Tangan (pertolongan) Allah bersama jamaah, dan syaitan itu bersama dengan orang yang meninggalkan jamaah.”

3). Dari Usamah bin Syarik, beliau berkata,” Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,” Tangan (pertolongan) Allah itu bersama jamaah, maka barangsiapa yang mengasingkan diri dari jamaah, syaitan akan menyambarnya seperti mana serigala menerkam kambing yang terpisah dari kawanannya.”

Maka tidak syak lagi, bersama-sama dalam jamaah, bersama2 sahabat2 kita yang mempunyai satu objektif ke arah memartabatkan Islam, adalah sesuatu yang menjadi strategi individu yang cintakan syurgaNya (rujuk hadis 1) dan mengwaspadakan dirinya dari tipudaya syaitan (hadis2,3).

Jadi adalah tanggungjawab kita dengan segera menggabungkan diri semula dengan jamaah tatkala kita pulang, dengan cara melapor diri melalui apa jua medium yang ada, email, telefon, sms, twitter hatta facebook sekalipun. Tidak ada senggang waktu untuk berlama-lamaan ‘berehat’ kerana syaitan tidak putus asa membisikkan rasa malu, kekok, ingin buat hal sendiri dan akhirnya futur (keciciran) dari gerak kerja jamaah yang telah dilaziminya di alam belajar.

Pesanan ini juga kepada adik-adik dan sahabat-sahabat yang telah lama pulang, dan telah lama juga ‘berehat’, telah mula untuk menguzurkan diri, satu demi satu program dakwah dan tarbiyah. Email tidak dibalas, panggilan telefon tidak dijawab, ‘missed call’ dibiar, etika professional seolah2 ada ‘double standard’, tidak terpakai untuk panggilan dakwah. Tidak mahukah kalian, tempat tinggal disyurga?

Walaupun seruan berjemaah ini kita sahut seikhlas mungkin kerana Rasululullah SAW berpesan begitu, namun Allah yang maha Esa tetap mengurniakan kemanisan dalam susah payah beriltizam dan thabat (consistent)di jalan ini.

Pengalaman sendiri dalam kesibukan kerjaya dan menyambung pengajian peringkat tinggi, tidak sedikit saham jamaah dalam memberi semangat kepada diri ini (it’s a kind of simbiosis, where, as I was hoping I am helping out jamaah, I was ‘pushed’ and benefited from jamaah a lot). Persahabatan paling jujur ada dalam jamaah ini.

Sahabat pernah menemani ketika sakit bersalin, walau tidak diminta. Sahabat membantu mengazankan anak. Sahabat mengingatkan, Hari Maulidurrasul telah tiba, maka tersentaklah kita dari kesibukan dan cepat2 dipersiapkan aktiviti yang perlu untuk anak2. Sahabat memberi dorongan bentuk pendidikan bagaimana yang patut menjadi acuan untuk anak2. Meyakinkan kita tentang tahfizul quran generasi akan datang.

Sesaat tidak pernah rasa rugi bertapak atas jalan ini (meminjam moto seorang sahabat yang sangat benar)

Maka adik-adik sekalian, buatlah keputusan yang paling penting.

Lazimilah berjamaah, kerana itu seruan Rasulullah SAW….

Dr Rafidah

ref : buku Talbis Iblis karangan Ibn Al Jauzi

WORLD PNEUMONIA DAY – 12 Nov 2011

Posted: November 10, 2011 in medicine

 

PRESS RELEASE

“FIGHT PNEUMONIA. SAVE A CHILD”

PNEUMONIA – NUMBER 1 KILLER OF CHILDREN

Dato’ Dr Musa Mohd Nordin

Consultant Paediatrician & Neonatologist

Exco Member, Malaysian Paediatric Association (MPA)

Founding Member, Asian Strategic Alliance for Pneumococcal Disease Prevention (ASAP)

 

In 2008, an estimated 8.8 million children died before their fifth birthday. 1 in 5 of the deaths was due to pneumonia. Pneumonia kills an estimated 1.4 million children under the age of 5 years every year – more than deaths from AIDS, Malaria and TB combined. One child dies from pneumonia every 20 seconds. Most of these pneumonia deaths occur in developing countries.

In Malaysia, the prevalence of pneumonia in children under 5 is between 28-39%. It is the fifth highest cause of death in Malaysian children, contributing 4% of under 5 deaths.

This global tragedy becomes even more depressing by the universal finding that only 1 in 5 caregiver could recognize the danger signs of pneumonia and only 1 in 5 children with pneumonia actually received the life saving antibiotics! Pneumonia often mimics the common cold, starting with a fever and cough and parents may not realize that the condition maybe much more serious than the flu.

The World Health Organisation (WHO) and  UNICEF in their 2008 GAPP document outlined the Global Action Plan for Prevention and Control of Pneumonia. In summary, this child survival strategy embraced   the following 3 key elements:

  • Protection by handwashing, exclusive breastfeeding, improved nutrition, avoidance of indoor  pollution  (smoking, stove fires) and reducing risk factors (eg HIV).
  • Treatment by improving access to health care and appropriate management at health  facilities.
  • Prevention of pneumonia by immunizing against germs that are responsible eg measles, pertussis, haemophilus influenza B (Hib) and pneumococcus.

The implementation of the GAPP interventions to Protect (breastfeeding), Prevent (vaccinations) and Treat (case management) in the 68 high child mortality  countries would potentially avert up to 1.2 million post-neonatal pneumonia deaths annually by 2015, significantly contributing to MDG4 – reduce by two thirds, between 1990 and 2015, the under-five mortality rate.

The prevention strategy with  “pneumonia vaccines” have been shown to substantially reduce pneumonia morbidity and mortality in children. Malaysia introduced the pertussis, measles and Hib vaccines in 1960, 1982 and 2002 respectively. However, the pneumococcal vaccine is still NOT in the Ministry of Health (MOH), National Immunisation Program (NIP).

And unfortunately the pneumococcus is the number 1 cause of pneumonia deaths. More than 50% of pneumonia deaths are due to the pneumococcus. Apart from pneumonia, the pneumococcus can cause other serious diseases namely meningitis (inflammation of the lining of the spine and brain), bacteraemia (germs in the blood) and other less invasive but nonetheless very burdensome in terms of volume of morbidity and complications – otitis media (inflammation of the middle ear) and sinusitis (infection of the sinuses). For every case of pneumococcal meningitis each year there are probably 1,000 cases of pneumococcal otitis media. The 2 cases below illustrate the spectrum of diseases caused by the penumococcus.

Case 1: A 3 yr. old girl presented with a 3 week history of coughing and 6 days of high grade fever. She did not respond to oral antibiotics and was referred to hospital. On admission she was febrile, breathing rapidly and was grunting. Her CXR (attached) showed pneumonia of the entire right lung, with fluid collection. The lung fluid was drained and it grew the pneumococcus. She required respiratory support in the Intensive Care Unit (ICU) for 5 days, oxygen for another 5 days. Her repeat CXR showed residual lung damage and she was in hospital for a total of 4 weeks.

Case 2: The second case a 5 months old girl was less fortunate. She had fever 36 hours prior to admission,  was feeding poorly and vomited twice. She was noted to be more sleepy. Both her blood and cerebrospinal fluid grew pneumococcus. Despite ventilation in the ICU, intravenous antibiotics and close monitoring, she died within 10 hours.

Thus vaccination against invasive pneumococcal disease (IPD)  is a pivotal life saving strategy and reduces morbidity because:

  • it may prevent children from ever being infected
  • it reduces the transmission of the bacteria in the community thus reducing IPD in the other age groups (herd immunity)
  • it reduces the need for antibiotics resulting in lower rates of resistant bacteria

The pneumococcal vaccine first introduced in the USA in 2000, has since been shown to be  highly efficacious in a wide variety of populations studied in the USA, American Indians, Gambia and South Africa. The pneumococcal conjugate vaccine (PCV) is the first vaccine in 20 years to show a significant reduction in all-cause child mortality in a major randomized, controlled clinical trial in the Gambia, where 7 deaths were prevented for every 1000 children vaccinated.

The WHO in a position statement in 2007 declared “Recognizing the heavy burden of pneumococcal disease in children and the safety and efficacy of PCV7 in this age group, WHO considers the inclusion of this vaccine in national immunization programs as a priority”

Looking at the annual world birth cohort in 2008, only 7% have been immunized with the PCV and most of these were in the developed countries. More than 50 countries have incorporated the PCV in their NIP. In Asia only Singapore, Macau and Hong Kong have included PCV in their NIP.

Since the arrival of the PCV  to Malaysia in October 2005,only a meagre 10% of our birth cohort have been vaccinated against the pneumococcus and virtually all of these were in the private health sector. The vaccine is not available to the 70-80% of Malaysian children who attend the government health centres for their scheduled immunizations since the PCV is not in the nation’s NIP.

The Asian Strategic Alliance for Pneumococcal disease prevention (ASAP) has been at the fore front in the advocacy for the inclusion of PCV in the NIP of countries in the Asia Pacific. With her Malaysian partner, the Malaysian Paediatric Association, they were part of the Global Coalition against Child Pneumonia established in 2009, to advocate for global action to protect against, effectively treat and help prevent pneumonia.

Their annual event, World Pneumonia Day (WPD) which falls on 12 November 2011, was a call to address and to raise awareness about the increasing toll of pneumonia on children which the WHO & UNICEF appropriately labelled as the “Forgotten Killer of Children”. And timely too, this year’s event has focused on the theme “Fight Pneumonia. Save a Child”.

 

 

Adakah berkahwin awal satu tuntutan pada masa sekarang? Persoalannya sekarang adakah seseorang yang muda yang umur meningkat ke 20 tahun dan telah menpunyai couple atau tidak, tapi mepunyai keinginan untuk berkahwin awal adalah jalan terbaik buat remaja masa kini.? Adakah dengan kahwin awal dapat menyelamatkan dari segala kejahatan(maksiat) kepada Allah?a

Cuba kita lihat perkahwinan itu sendiri ialah menghalalkan segala yg haram. Menurut Saidina Abbas r.a, bahawa tidak sempurna ibadat seseorang kecuali apabila ia sudah berkahwin. Persoalannya adakah kahwin itu suatu ibadat??

Saidina Abbas lebih cenderung untuk meletakkan perkahwinan itu sendiri merupakan suatu ibadat, ataupun ia dikira sebagai suatu kesempurnaan bagi perlaksanaan ibadah.

Yang dimaksudkan oleh Saidina Abbas iaitu tidak tenang hati seorang hendak beribadat kepada Allah SWT kerana dorongan syahwat yang telah ditakdirkan kepada keturunan Adam, kecuali setelah ia berkahwin. Walaupun seseorang itu kuat melakukan ibadat, seorang tok lebai yang baik budi pekertinya dan berakhlak mulia, namun ia terpaksa mengakui keperluan yang telah ditakdirkan oleh Allah SWT dari segi nafsu syahwat, maka kedudukannya sebagai tok lebai itu belum boleh menjadi suatu jaminan melainkan ia kembali ke fitrahnya yang semula jadi itu untuk berkahwin.

Lebih-lebih lagi di zaman yang penuh pancaroba; buka jendela di pagi hari, sudah lihat perkara-perkara yang boleh mengoda perasaannya. Sedangkan di zaman Saidina Abbas r.a itu pun beliau telah merasakan tidak selamat tanpa berkahwin, betapa pula di zaman sekarang yang begitu banyak pendedahan perkara-perkara yang membangkitkan keinginan seseorang terhadap syahwat.

Oleh yang demikian perkahwinan menjadi suatu perkara yang sangat mustahak kerana ia akan menjadi perisai kepada keimanan.

Tidak sempurna suatu ibadat kecuali ia dilakukan dengan kelapangan hati. Kelapangan dan ketenangan hati akan lebih mudah dicapai setelah Seseorang itu menempuh perkahwinan. Jika seseorang itu memerlukan makan minum dan pakaian serta tempat tinggal bagi menjaga kepentingan fizikal, demikian juga nafsu syahwat yang Allah kurniakan itu juga memerlukan penyelesaian. Jika itu tidak dilakukan maka pastilah ketenangan hati sukar dicapai.

Pernah Saidina Abbas r.a menghimpunkan anak-anak lelakinya yang masing-masing telah remaja, lalu beliau berkata kepada anak-anak remajanya itu:

“Wahai anak-anakku, jika kamu semua telah mempunyai keinginan untuk berkahwin, maka beritahulah kepada ku, InsyaAllah aku akan berusaha untuk mengahwinkan kamu. Kerana apabila seseorang manusia telah melakukan zina maka ketika itu Allah SWT cabut iman mereka dari hatinya.”

Keimanan adalah suatu hidayah kurniaan Allah SWT kepada hamba-Nya. Sekiranya iman itu telah dicabut lantaran hamba tersebut melakukan zina maka tidak mudah Ia hendak dibina kembali atau diperolehi semula. Kerana perbuatan zina itu adalah perbuatan orang yang fasik dan zalim yang tidak mendapat hidayah dari Allah SWT.

Demikian beberapa pendapat dan pandangan seorang sahabat Rasulullah SAW tentang perkahwinan dan keperluannya.

Sesungguhnya banyak keterangan di dalam al-Quran tentang adab-adab nikah, dengan adanya ayat-ayat yang mendorong ke arah perkahwinan itu. Terdapat begitu banyak kisah para nabi-nabi yang menjelaskan kehidupan mereka bersama isteri-isteri serta mempunyai anak dan cucu.

Terdapat di dalam ungkapan dan doa para nabi yang bermohon kepada Allah SWT semoga Allah SWT mengurniakan kepada mereka anak-anak dan cucu sebagai seuatu yang menjadi tenang mata memandang (Qurrota Aaayun). Doa-doa tersebut membuktikan bahawa nabi-nabi atau orang yang soleh melakukan perkahwinan.

Rasulullah juga menjelaskan di dalam hadithnya yang bermaksudkan: “Sekiranya kamu mempunyai anak-anak perempuan yang sudah remaja, lalu datang seseorang yang datang meminang, jika kamu dapati laki-laki yang masuk meminang itu baik akhlaknya, agamanya dan sebagainya, maka segeralah kamu menikahkannya.”

Hadith tersebut membayangkan ibu bapa mempunyai tanggungjawab untuk menikahkan anak-anak perempuan mereka yang remaja, kerana untuk menjaga kebajikan anak-anak remaja itu dan melindunginyadengan perkahwinan itu agar ia terselamat dan terjerumus ke lembah perzinaan yang membawa kepada keruntuhan akhlak dan iman.

Permasalahnya sekarang bila ditanya oleh couple2 jawapan yang mereka berikan “saya belum bersedia lagi” tapi apabila melihat kembali sudah pun bersedia keluar sekali, berpegangan tangan, jadi jawapan yg diberikan sama sekali tidak bersasas. Bukankah itu menunjukan kesediaan kepada “Mukadimah Zina??”

Dalam hal ini Agama sudah jelas membawa kepada kita. Dengan panduan yang baik demi kesejahteraan umat itu sendiri. Dalam konteks masalah ini banyak pandangan ulama dalam hal masalah ini.dengan banyaknya masalah sosial, rogol, sumbang mahram dan sebagainya. Adakah masalah ini akan belanjutan sehingga generasi yang akan datang?? Dalam masalah ini saya bawakan pendapat Dr.Abdullah Nasih Ulwan yang menyarankan perkahwinan segera dan pengislahan persekitaran sahaja yang boleh menyelesaikan masalah sosial ini. Tentu usaha kita terhad tanpa bantuan pihak berkuasa.

Perkahwinan adalah satu syariat, tuntutan dan kewajipan dalam membina masyarakat yang unggul. Allah s.wt telah mensyariatkan perkahwinan sebagai satu jalan keluar kepada pelbagai perkara. Bukan bermaksud mensyariat kahwin awal bermaksud kawin di bawah umur mengikut undang-undang yng berbeza setiap Negara. Tiada sempadan umur layak berkahwin dalam islam. Usia “shabab” atau belia remaja dalah waktu sesuai untuk mendirikan rumah tangga berdasarkan seruan Rasulullah S.A.W

يا معشر الشباب من استطاع منكم البأءة فليتزوج فاءنه أغض للبصر و أحصن للفرج و من لم يستطع فعليه بااصوم فاءنه له وجاء

Maksudnya: “Wahai pemuda(belia) sesiapa yang mampu dikalangan kamu untuk (berjima) maka berkahwinlah, Sesunguhnya ia menundukkan pandangan kamu, memelihara kemaluan mu(kehormatan) dan bagi sesiapa dikalangan kamu yang tidak mampu dengannya adalah dengan berpuasa. Sesungguhnya ia adalah pencegahnya”

Pada usia inilah tenaga, kekuatan dan kehendak seks itu berkumpul. Rasulullah S.A.W juga menyarankan agar memilih pasangan yang di kalangan mereka yang muda kerana masing-masing akan melayan kehendak pasangan, melaksanakan tangungjawab rumah tangga. Bagi wanita pula, inilah masa sesuai untuk melahirkan zuriat yang sihat dan generasi yang baik demi kesejahteraan ummah.

Bagi permasalah ini pula akan timbul bagi pasangan yang tidak mampu dari segi ekonomi. Kalau nak kahwin kena ada duit. Kalau tak macam mana nk tangung isteri dan anak2?? Melihat pemasalahan ini memang ia tidak dapat dinafikan ia adalah sangat penting tetapi kita perlulah berusaha melihat di hadapan dengan lebih positif. Dan inilah yang di anjurkan dalam Islam. Kerja dengan niat yang baik adalah ibadat. Janganlah kita bimbang akan rezekinya. Sebab Tuhan yang memberikan rezeki. Bahkan rezeki itu sendiri tidak akan datang melainkan kita berusaha bersungguh-sungguh.

SARANAN & HUJAH

Hujah yang mengalakkan kahwin segera awal boleh dikeluarkan dari dalil-dalil berikut:

وأنكحوا الأيامى منكم والصالحين من عبادكم وامائكم ان يكونوا فقراءيغنهم الله من فضله والله واسع عليم

Maksud firman Allah swt: “Dan kahwinlah orang-orang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin,Allah swt akan memberikan kemampuan kepada mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas pemberiannya lagi Maha Mengetahui”.

Al-Qurtubi menafsirkan ayat tersebut dengan menyarankan kepada penjaga agar memberikan kemudahan dan bantuan untuk melaksanakan perkahwinan mereka.

Arahan “kahwinlah” menunujukan mereka yang mempunyai kuasa dalam memberikan arahan. Tanggungjawab ini tepikul kepada penjaga sama ada lelaki atau wanita.

Janganlah sampai takutkan kemiskinan maka pihak yang dipertanggungjawabkan sangup menghalang anak jagaannya daripada berkahwin .Tidak sepatutnya bagi seseorang yang beriman dengan Allah swt meletakkan ketakutan sebegini kerana ia bukanlah merupakan suatu asas yang kukuh.

Dari Abu Hurairah r.a bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila meminang seorang lelaki yang kau redhai Agamanya,akhlaknya dan amanahnya maka kahwinkanlah ia,jika tidak dilakukan, terjadilah ia fitnah dan kerosakan yang meluas”.(at-Tirmizi)

Jelas baginda menganjurkan kepada penjaga agar kahwinkan anak mereka dengan lelaki yang mempunyai agama, akhlak, amanah. Ini kerana sifat tersebutlah yang menjamin sesuatu keluarga itu bahagia. Ada pun meletakkan syarat-syarat tambahan di takuti memberatkan bagi jagaannya mencari jodoh seterusnya mebawa fitnah kerosakan di dalam masyarakat.

Dari Ali r.a sesungguhnya Rasulullah saw telah bersabda : “ Tiga perkara jangan kau tangguhkan, Solat apabila tiba waktunya, Mayat apabila sampai, dan Bujang yang ditemukan sekufunya”.

Dari fatimah binti Qais , Sesungguhnya Rasulullah saw telah megarahkannya mengahwini Usamah bin Zaid pada ketika itu berusia belum menjangkau 16 tahun. Nikahlah kamu akan Usamah bin Zaid” Maka aku enggan. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda “Nikahlah dengan Usamah bin Zaid”. Maka aku nikahinya. Maka Allah swt telah memberikan kebaikan kelapangan(Riwayat muslim)

Dari saidina Umar bin al-Khattab r.a sesungguhnya telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, Janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Jelas pada kita bahawa Nabi telah memberi garis panduan yang jelas kepada kita. Dan Nabi juga memahami keinginan remaja apatah lagi dengan nafsu yang kuat. Nabi memberi kaedah seperti puasa. Dengan berpuasa dapat menahan dari seseorang dari mengikut hawa nafsu. Seperti pepatah “Nasfu kamu jika tidak disibukkan dengan Allah maka ia akan mennyibukkan dirimu dengan perkara-perkara batil”. Dengan itu jelas bahawa perkahwinan di usia muda adalah satu rahmat kebaikan dan dapat menyelamatkan seseorang itu dari fitnah dan maksiat. Antara-antara kelebihan-kelebihan perkahwinan awal adalah mendekatkan diri kepada Allah swt dan agama. Adalah ibadat dan sempurna ibadat dengan berkahwin, menjaga dan menyelamatkan hubungan sesorang itu dengan ikatan yang sah dapat melahirkan zuriat dan keturunan yang baik, menjaga dari hilangnya kemanisan perkahwinan itu, masa dengan pasangan adalah lebih dan dapat merancang dengan baik, budaya “ becouple” ketika kahwin adalah terbaik.

perkongsian dari
alfutuwwah.blogspot.com

kekuatan kita

Posted: May 14, 2011 in Life is Real

gerhana,

luahan seorang sahabat ~alhikmah004

Sahabat yang dikasihi,

Dengan sistem pelajaran yang ada sekarang, anak-anak kita, purata cuma mendapat 2 atau 3 A saja dalam UPSR, setelah mengorbankan 6 tahun dalam alam persekolahan.. bererti mereka cuma belajar cemerlang dalam 2 atau 3 mata pelajaran sahaja. Umur masa tu, dah 12 tahun..
Imam syafie waktu tu dah boleh keluar fatwa… Cuba bayangkan kewibaan Imam Syafie dengan anak kita yang berumur 12 atau 13 tahun.

Mungkin Imam Syafie, adalah contoh yang ekstrem, tapi rata-rata orang masa tu, umat Islam masa tu dah cukup matang bila umur 16-17 tahun. Dah boleh jadi pemimpin dah.
Sultan Muhammad Fatih memimpin tenteranya, dan Usamah (r.a.) juga anak bekas seorang hamba sudah dipilih oleh Rasulullah memimpin pasukan perang ketika umur yang sama..

Semalam seorang remaja (saya tidak gemar mengguna perkataan ini) lelaki, berumur 18 tahun, mengeluh sebab beliau kena daftarkan diri ke Uitm Kuala Pilah Negeri Sembilan. Ditanya kenapa mengeluh ? Ketika tu beliau ke klinik datang buat pemeriksaan kesihatan untuk kemasukan universiti. Beliau menjawab, “Jauh ! Dan mau ibubapanya datang bersama semasa pendaftaran kemasukan nanti”. Sedangkan jarak perjalanan Shah Alam dan Kuala Pilah cuma 2 jam setengah dan beliau dah ada kelengkapan perhubungan seperti hand phone dan kita maklum bahawa sekarang tiada masalah perhubungan pengangkutan. Saya masih ingat lagi ketika saya mendaftar seorang diri di UKM Bangi, naik bas dari P Pinang… Waktu tu, nak telepon pun kena cari public phone.. dan bukan banyak pun. Naik turun dengan beg besar, daftar asrama dll..

Bezanya kita dengan mereka adalah cara mendekati Quran , mempelajari dan mengamalkannya.
Kita meletakkan Al Quran sebagai bahan ekstra yang akan dilihat dan dipelajari jika ada ekstra time !
Tetapi mereka melihat Al Quran sebagai manual yang seronok dan wajib didekati, difahami dan akan diambil sebagai petunjuk dan panduan utama dalam kehidupan. Sebab itulah mereka lahir sebagai hamba Allah dan Khalifah di bumi ini. Pemimpin di bumi ini !

Sistem pelajaran hari ni, segitu sistematik, diolah supaya bila kita keluar, kita akan jadi pekerja-pekerja yang akan meneruskan sistem yang ada, dan kita menjadi pengikut atau hamba utk berkhidmat dan meneruskan sistem ini. Kata Hassan Al Banna, seorang ulamak muktabar, sistem pendidikan harini, menjadikan kita membesarkan anak-anak untuk jadi ayam-ayam daging untuk diguna dan disembelih oleh sistem.

Berbual dengan seorang rakan di kedai semasa menunggu pesanan makanan sampai, beliau menggatakan ” sungguh, kita nampak sistem pelajaran kita ni cantik dan sistematik, tetapi tak dapat bawa anak-anak kita sebagai pemimpin, kalau adapun segelintir anak-anak kita yang ada “ektra” . Itu pun mereka dibekalkan dengan nilai-nilai mulia yang kalau ada, untuk taat kepada sistem.

Kita tengok diri kita, bagaimana kita beri perhatian kepada Quran dan apa yang dibawanya !!
Hari ni , baca Quran menjadi pilihan terakhir, waktu malam Jumaat atau bila ada kematian.
Sekolah tahfiz atau institusi agama menjadi pilihan terakhir atau Dumping Field untuk ibu bapa yang tak dapat selesaikan anak-anak myang bermasalah.

Jom kita letakkan semula Al Quran dan penggunaannya di tempat yang betul dalam diri kita dan anak-anak , dalam pendidikan dan masyarakat.
Mulakan pada diri kita dan kemudian keluarga !!

InsyaAllah kita akan bangun semula sebagai umat yang memimpin manusia dan umat seluruhnya. Wibawa inilah yang kita hilang sebab hilangnya Al Quran dalam diri kita.. Benarlah panduan-panduan yang ada dalam Al Quran, membawa kita cemerlang, umat cemerlang di dunia dan ketika kita kembali menemuiNya.

Inilah yang ditakut dan dibenci oleh musuh-musuh kita dan musuh Allah..

Wassalam