MSIB : Satu Penyelesaian.

Posted: May 18, 2012 in Kongsi Untuk Amal

Gerhana,

Melihat ramai yang mengulas mengenai Melayu Sepakat Islam berdaulat (MSIB), membuat diri ini terpanggil untuk memberi sedikit pandangan tentang isu ini.

Mungkin sebelum pena menulis lebih jauh, suka untuk mengingatkan bahawa bacalah artikel ini dengan hati yang lapang dan bersikap terbuka kerana ini hanyalah pandangan atau pendapat yang boleh diterima atau ditolak sama sekali.

MSIB adalah slogan yang digunakan oleh ISMA dalam menyebarkan kefahaman dakwah yang difahami. Disebabkan ia masih baru dan agak menongkah arus masyarakat yang telah terpahat dengan kejelekan bercakap tentang melayu telah menyebabkan ia sangat tidak disenangi kebanyakan pimpinan dan NGO. Lebih-lebih lagi apabila ia bertentangan dengan strategi parti politik melayu islam, PAS dan UMNO di kala PRU 13 semakin menghampiri.

MSIB sepatutnya dipandang dalam skop  yang lebih besar dari berfikiran sempit yang hanya berkitar dalam politik kepartian semata-mata. Ia bukan hanya untuk meminta PAS dan UMNO agar duduk bersepakat dan menyokong dalam isu-isu Islam supaya agama Islam tidak dipermainkan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak lain.

Tetapi ia lebih tertumpu dalam skop untuk pentarbiyahan mujtama’ atau dengan kata mudah mengajak masyarakat untuk menyedari terutamanya melayu muslim tentang hakikat diri mereka. Disebabkan kurang 20% sahaja dari masyarakat Malaysia yang terlibat dengan politik kepartian dan 80% lagi masih dalam keadaan tidak sedar yang mereka sedang diserang lebih-lebih lagi orang melayu. Jadi, saya amat yakin ini adalah sebab utama slogan ini digunakan.

Masyarakat melayu muslim perlu dikejutkan dari lena yang panjang. Kita patut kembali bersama-sama membina jati diri melayu muslim yang dulu adalah tunggak kesultanan melayu melaka. Kita patut sedar yang kita dahulu adalah bangsa dakwah islam di nusantara ini. Oleh itu, masyarakat melayu muslim patut berasa izzah terhadap bangsa yang dulunya hebat. Seterusnya mengambil langkah dengan bersepakat dalam agenda untuk mengembalikan kemegahan islam yang pernah didaulatkan oleh kesultanan melayu melaka yang mempunyai hubungan rapat dengan khalifah uthmaniah.

Jika kita lihat keadaan generasi muda masyarakat kita yang berada dalam keseronokan mereka sendiri tanpa menghiraukan keadaan sekeliling membuatkan kita menjadi sedih. Itu belum lagi melihat mahasiswa kita yang dipergunakan untuk memenangkan agenda orang lain tanpa mengetahui agenda mereka yang sebenar iaitu membina peribadi melayu muslim. Jadi masyarakat melayu muslim perlu bersepakat dalam membina generasi yang mempunyai jiwa yang beriman, tekad yang  jitu, kesediaan berkorban dan berani menghadapi kesusahan. Kita perlu mendidik keperibadian, memulihkan rohani, memantapkan akhlak dan membina sifat kelelakian yang sebenar dalam diri umat islam. Dengan pembinaan inilah, formula kebangkitan semula bangsa melayu muslim dapat dilaksanakan secara menyeluruh sekaligus mendaulatkan Islam yang sememangnya adalah tertinggi.

Selain itu, MSIB juga dilihat untuk menyedarkan masyarakat dan pimpinan dari aspek perlembagaan agar memastikan hak-hak dan keistimewaan islam terjaga. Ini akan melumpuhkan gerakan-gerakan yang sedang giat berusaha mengeluarkan islam dari perlembagaan negara kita.

Kesimpulannya, saya sebagai aktiviISMA dengan lantang menyatakan kami memperjuangkan ISLAM sehingga BERDAULAT di tanah air dengan wasilah MELAYU berSEPAKAT atas prinsip-prinsip islam. Ini dibuat setelah melihat realiti orang islam di Malaysia yang majoritinya melayu 86.9% tanpa menafikan kehadiran cina muslim 0.2% dan india muslim 4.5%  kerana jika melayu tidak bersepakat maka pasti hak islam cina dan india muslim akan terabai.

Akhir kata, mari kita bersama MEMBINA GENERASI HARAPAN  dengan wasilah MELAYU SEPAKAT, ISLAM BERDAULAT agar kita mampu MEMBANGUN UMAT BERAGENDA.

Salam ukhuwah dari bumi mesir.

ABDUL RAHMAN RAMDZAN
AktivISMA

Rujukan:

Risalah Imam Hasan Al-Banna: Adakah kita golongan yang bekerja?

Kertas kerja 3 Seminar Agenda Umat: Siapa Sepakat Islam Berdaulat

Comments
  1. ashraf ks says:

    Kita perlu mendidik keperibadian, memulihkan rohani, memantapkan akhlak dan membina sifat kelelakian yang sebenar dalam diri umat islam.

    الناس نيام فاذا ماتوا انتبهوا” – شيخ علي الطنطاوي”

    Bangsa kita, umat kita tidur, lena. Matikan segala mimpi2 dunia yg tidak menguntungkan Allah & Islam.

  2. Sugel says:

    9. Sedang anda fokus tentang isu nasional, anda juga prihatin dengan beberapa isu tertentu dalam masyarakat Melayu. Beberapa cabaran baru timbul daripada kemajuan masyarakat Melayu sendiri. Sebagai contoh, sedang orang Melayu menjadi lebih berkelayakan, dan memegang lebih banyak jawatan kanan, mereka semakin perlu untuk bersaing di peringkat global, bukan setakat di Singapura. Isu-isu lain timbul daripada perubahan dalam masyarakat kita, termasuk kebimbangan mengenai kesan daripada kehadiran pekerja asing dan golongan pendatang ke atas masyarakat Melayu. Selain itu, terdapat isu-isu lama yang sedang kami cuba atasi, seperti keluarga-keluarga yang hadapi masalah kewangan dan kehilangan flat HDB mereka. Saya fahami kebimbangan ini, dan kita akan terus menanganinya bersama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s