Archive for the ‘Sirah’ Category

Badar Kubro : Satu Penentuan

Posted: August 8, 2012 in Sirah

hanya gerhana

Perang badar adalah perang pertama yang dilalui oleh umat islam. Ia berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 hijrah bersamaan 17 Mac 624 Masihi. Pada mulanya umat islam diuji buat pertama kali diwajibkan berpuasa pada siang hari bulan Ramadhan, kemudian pada bulan yang sama diuji lagi berperang bersama rasulullah ketika mereka sedang berpuasa.
Jadi dapat dilihat bahawa Allah akan menguji hamba-hambanya setelah mereka beriman untuk meningkatkan darjat mereka dan mengapai redha-Nya. Bukan setakat dengan ujian hijrah yang muhajirin hadapi, namun ansar juga tidak ketinggalan untuk diuji dengan perintah puasa dan berperang.
Mereka menghadapi ujian ini dengan jayanya sehingga dijanjikan Allah bahawa ahli badar telah diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian. Dengan makna lainnya, pasti syurga untuk mereka. Hal ini dapat membuktikan bahawa berpuasa bukan melemahkan namun adalah satu perjuangan yang mampu membangkitkan umat islam.
Sebelum berlakunya perang badar, sudah tujuh kali Nabi Muhamad menghantar pasukan bagi menyekat kafilah dagang Quraisy yang menceroboh dalam kawasan Madinah. Pada kali kelapan itu, Nabi Muhamad sendiri memimpin pasukannya yang seramai 313 orang. Ramai para sahabat yang tidak turut serta kerana menganggap pasukan ini hanya memantau sahaja. Dan daripada 313 orang itu juga, lapan orang dibenarkan tidak turut serta atas sebab-sebab tertentu. Antara mereka adalah Uthman Affan, Talhah Ubaidillah dan Saad bin Zaid.
Disebabkan anggapan mereka itu jugalah, mereka keluar dengan cuma mengenderai dua ekor kuda dan 70 ekor unta yang ditunggang secara bergilir-gilir. Nabi Muhamad sendiri berkongsi seekor unta dengan Ali bin Abi Talib dan Marthad bin Abi Marthad. Mereka juga tidak membawa senjata yang mencukupi malah ada yang cuma bersenjatakan pelepah kurma sahaja.
Peperangan badar juga berlaku kerana keangkuhan Abu Jahal yang memimpin tentera Quraisy. Pada mulanya tujuan mereka keluar dari Mekah adalah mahu menyelamatkan kafilah dagang Quraisy yang dilaporkan dirampas oleh Muhamad dan pengikutnya. Tetapi kerana yakin dengan kekuatan mereka yang seramai 1000 orang maka Abu Jahal tetap mahu berperang dengan Muhamad walaupun sudah tahu kafilah dagang Quraisy sudah selamat sampai ke Mekah. Malah Abu Sufian sendiri menyuruh mereka pulang semula ke Mekah kerana tidak perlu lagi memburu Nabi Muhamad dan pengikutnya.
Jika dilihat dengan kemenangan yang berpihak kepada umat islam membuktikan bahawa bilangan dan kelengkapan yang diagungkan oleh Abu Jahal bukanlah factor kemenangan semata-mata. Keimanan, kesungguhan untuk berjihad dan rasa tawakal yang tinggi pada umat islam yang telah menurunkan bantuan daripada Allah sekaligus memenangkan umat islam.
Kerana pentingnya perang badar yang dilihat sebagi satu penentuan membuatkan Nabi Muhamad berdoa memohon pertolongan Allah. Ini kerana sekiranya mereka kalah, maka pasti tidak ada lagi manusia yang akan menyembah Allah di muka bumi ini.
Maka Allah memberi khabar gembiranya melalui ayat 9 surah Al-anfal,
“Ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhanmu lalu diperkenankan-Nya bagimu. Sesungguhnya Aku mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang dating secara berturut-turut.”
Badar Kubro ianya satu penentuan.

Rujukan:
Perang Badar: Perang penentuan, Abdul Latip Talib.

</p

Advertisements

sehebat Ramadhan~

Posted: July 12, 2012 in Sirah

gerhana,

tinggal 8 hari lagi aku akan menemui bulan yang bukan sahaja turutnya Al-quran dalamnya, malah terdapat peristiwa-peristiwa hebat yang berlaku.

sempena nak masuk mukhayam khoriji (MK) ni, jadi terasa untuk meneliti satu persatu jihad rasulullah dan para sahabat dalam bulan ramadhan ni. moga semangat berjihad tu berkobar-kobar dalam diri ini.

kita buat ‘timeline’ cam di FB supaya lebih jelas.

17 Ramadhan 2H : Perang Badar Al-Kubra

Ramadhan 5H : Persiapan Perang Khandaq

20 Ramadhan 8H : Futuhul Makkah

Ramadhan 9H : Perang Tabuk

Ramadhan 10H : sepasukan tentera pimpinan Saidina Ali ke Yaman membawa surat Nabi

Ramadhan 53H : Kemenangan tentera Islam di Rhodesia

Ramadhan 92H : tentera pimpinan Tariq Ziyad membebaskan Sepanyol

Ramadhan 129H : Kemenangan dakwah Bani Abbas di Khurasan

Ramadhan 584H : tentera Salahuddin Al-Ayyubi mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salib

Ramadhan 658H : tentera pimpinan Saifudin Qutuz mengalahkan tentera tartar di Ain Jalut

Ramadhan 1433H : tepuk dada tanya iman?

tapi kali ni tidak mahu terang secara detail jihad-jihad ni, hanya ingin menyenaraikan dan membuktikan bahawa Ramadhan bukan bulan yang menjadikan umat islam lemah, malah lebih hebat lagi.

mungkin kita boleh kongsi bersama-sama selepas ini agar ramadhan kali ini menjadi sejarah dalam ‘timeline’ kita insyaAllah.

jom menjadi sehebat ‘Ramadhan’~

“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan”

hari ini dalam sejarah

Posted: August 21, 2010 in Sirah



ku harap kebebasanmu...

Zionis tidak jemu rancang misi lenyapkan Al-Aqsa — Dr Zainur Rashid Zainuddin

August 19, 2010

19 OGOS — Tarikh 21 Ogos adalah detik hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 41 tahun lalu (21 Ogos 1969), maruah umat Islam tercalar dengan penghinaan apabila Masjid Al-Aqsa dibakar pelampau Yahudi yang disokong kuat Kristian Zionis.

Usaha terkutuk ini dilakukan penjenayah dari Australia, Michael Dennis Rohan.

Rohan menyalakan api di dalam Masjid Al-Aqsa untuk membakar dan sekali gus memusnahkannya. Api marak hampir saja memusnahkan keseluruhan Masjid al-Aqsa. Namun tindakan tangkas umat Islam di Baitulmaqdis selama sehari suntuk mengizinkan mereka memadamkan api berkenaan.

Rohan sebenarnya tidak bersendirian dalam melakukan jenayah keji ini. Dia mendapat sokongan rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid Al-Aqsa lenyap daripada muka bumi bagi meneruskan projek membina Yahudi, Solomon Temple atau Haikal Sulaiman di dataran Baitulmaqdis.

Penjenayah yang bertanggungjawab terhadap pembakaran itu ditangkap, namun dibebaskan tanpa hukuman. Mahkamah Israel sentiasa bersandiwara apabila memutuskan Rohan, seorang doktor perubatan sebagai tidak siuman dan hanya dihantar pulang ke Australia. Rohan pula dengan bongkaknya berkata, apa yang dilakukannya adalah tanggungjawab agama seperti dalam ajaran Talmud. Dia turut mendakwa berjaya melaksanakan misi diperintahkan tuhan.

Pihak Zionis memulakan perancangan dengan menutup saluran paip ke Masjid Al-Aqsa agar agenda jahat itu berjaya membuahkan hasil maksimum. Tentera Israel juga menghalang pasukan bomba dan warga Arab memasuki kawasan masjid pada hari berkenaan.

Tindakan biadab ini menyebabkan sebahagian besar Masjid Al-Aqsa rosak dan menjadi arang. Kemusnahan itu melebihi sepertiga kawasan iaitu kira-kira 1,500 meter persegi daripada 4,400 meter persegi keluasan masjid. Mimbar Salahuddin al-Ayyubi yang bersejarah, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab dan sebahagian besar serambi masjid juga hangus. Turut musnah atap masjid serta tiang indah dihiasi ayat al-Quran.

Pembakaran Al-Aqsa mengundang protes seluruh dunia Islam bermula dari Maghribi di Barat hingga ke Indonesia di Timur. Banyak pertemuan dan perundingan peringkat serantau dan antarabangsa diadakan bagi menghentikan kemarahan umat Islam. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga terpaksa mengadakan sidang tergempar dan mengeluarkan Resolusi 271 yang mengutuk Israel dan menyeru agar menghentikan segala usaha yang bertujuan merubah status Baitulmaqdis dan pengyahudian Masjid Al-Aqsa.

Pemimpin negara Islam pula bergabung dan bersetuju menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) berikutan pembakaran Masjid Al-Aqsa. Mereka mengadakan pertemuan tergempar di Rabat, ibu negara Maghribi serta menghasilkan resolusi mencegah apa jua usaha penodaan Masjid Al-Aqsa. Namun sedihnya resolusi itu hanya tinggal resolusi yang tidak berjaya dilaksanakan. OIC sebenarnya terbukti gagal dalam mewakili umat Islam bagi menangani keselamatan dan kesucian Masjid Al-Aqsa.

Kesan pahit daripada pembakaran Masjid Al-Aqsa pada 1969 terus dirasai dunia Islam hingga ke saat ini. Banyak lagi jenayah yang dilakukan terhadap Al-Aqsa.

Kini, selepas 41 tahun pembakaran Masjid Al-Aqsa, masih ada ribuan lagi pengganas Zionis dan Yahudi radikal yang terus menanti kelalaian umat Islam untuk memusnahkannya. Zionis sebenarnya bertungkus-lumus untuk mengyahudikan Masjid Al-Aqsa sejak peristiwa An Naksah (malapetaka yang berulang) iaitu peristiwa penjajahan Baitulmaqdis Timur dan Masjid Al-Aqsa pada 1967. Banyak lagi jenayah projek pengyahudian Al-Aqsa dilakukan, termasuk menghalang umat Islam menziarahi masjid ini dan memakmurkannya, menghalang usaha membaik pulih Masjid Al-Aqsa yang rosak, merampas Tembok Buraq yang menjadi sebahagian Al-Aqsa, mengadakan upacara agama Yahudi di dalam Masjid Al-Aqsa, siri pengeboman secara terancang ke atas masjid, siri pembunuhan umat Islam di Masjid Al-Aqsa, penggalian terowong besar dan panjang di bawah masjid ini, mengubah identiti Islam dan Arab kepada Yahudi di Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa serta pembinaan Sinagog Hover bersebelahan Al-Aqsa.

Terlalu banyak jenayah dilakukan Zionis terhadap Masjid Al-Aqsa yang menjadi jantung hati umat Islam. Al-Aqsa adalah kiblat pertama, masjid ketiga suci serta bumi Israk dan Mikraj. Masjid Al-Aqsa mesti diselamatkan daripada kemusnahan Zionis. Apa yang sudah dan sedang berlaku terhadap Al-Aqsa patut menyedarkan umat Islam daripada terus lena di buaian mimpi. — Berita Harian

* Penulis ialah Perunding Aman Palestin.

jom muhasabah diri

apa usaha kita selama ini untuk membebaskan palestin?

bebaskan palestin dengan membebaskan diri dari sifat-sifat jahiliah yang tersisa dalam diri kita

insyaAllah kejayaan itu makin hampir

Masih Belum Terlambat…

Posted: November 28, 2008 in Sirah

hati

Pena ku menulis dengan hati begini..

Terguris hatiku kali ini dengan sebuah cerita yang ku baca..Walaupun aku hanya seorang hamba Allah yang suka berfoya-foya bergembira…Tapi,jauh di lubuk hati ingin menjadi seorang yang amat disegani..Jauh di hati ku inginkannya,tapi,perbuatan ku tidak sukup untuk mengiyakannya..

Di satu malam yang hening, tiba-tiba Allah mengilhamkan aku satu benda daripada yang sukar untuk aku tidak keluarkan air mata ku..Kisah Umar al Khattab..

Bermulanya kisah Umar al Khattab yang masyhur bukan lah seperti kisah Mohamed al Fateh yang dari kecil nya sudah pun disalutkan hatinya dengan Islam.

(more…)

p blocker

Posted: November 25, 2008 in Sirah

Tahukah anda ape itu p blocker? Ha ianya bukan beta blocker mahupun adik-beradiknya. Tetapi ia adalah singkatan kepada prayer blocker atau dengan kata mudahnya penghalang doa untuk dimakbulkan antaranya dosa-dosa kitapic3. Jom ikuti kisah ini…

Nabi Yunus melarikan diri daripada kaumnya kerana tidak tahan dengan kerenah mereka yang menolak dakwahnya. Ini telah menimbulkan kemurkaan Allah swt lalu Dia menguji nabi Yunus. Allah menjadikan kapal layar yang dinaiki nabi Yunus terlebih muatan lalu hampir karam. Setelah semua muatan telah dibuang, namun kapal itu masih lagi dalam keadaan yang sama. Ini telah menyebabkan satu undian dijalankan agar memilih siapa yang patut dibuan ke dalam lautan. Akhirnya nabi Yunus telah terpilih. Maka nabi Yunus pun dicampak lantas ditelan oleh ikan paus. Disebabkan mukjizat seorang nabi, maka nabi Yunus tidak dihadam malah Allah menjadikan perut ikan paus sebagai tempat tinggal nabi Yunus. Duduklah nabi Yunus di dalam perut ikan paus itu dalam kegelapan. Berfikirlah nabi Yunus tentang ketelanjuran perbuatannya sehingga menyebabkan kemurkaan Allah. Maka menangislah nabi Yunus mengenangkan dosanya sambil memohon keampunan daripada Allah dengan memperbanyakkan sebutan

laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzalimin (surah Anbia’:87)

Setelah beberapa hari maka Allah terima taubat nabi Yunus. Lalu ikan paus itu pun memuntahkan nabi Yunus.

Jadi ikhwah, mari kita sama-sama muhasabah diri kita berapa banyak dosa yang telah kita lakukan. Banyakkan beristigfar dan amalkan doa nabi Yunus ini. Moga Allah ampunkan dosa-dosa kita agar ia tidak menjadi penghalang untuk Dia memakbulkan doa dan permintaan kita.

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab!

ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami agar ia tidak menjadi batu penghalang untuk engkau menerima kami sebagai tetamu-Mu…amin

from inside

hasbunallah wa ni’mal wakil…

Posted: November 22, 2008 in Sirah

‘hasbunallah wa ni’mal wakil’ diucapkan oleh nabi Ibrahim tatkaladia dilemparkan ke dalam api sehingga api itu menjadi dingin maka selamatlah Ibrahim. Kalimat ini juga yang diucapkan oleh nabi Muhamad saw pada perang badar sehingga Allah memberikan kemenangan.

Tatkala Ibrahim diletakkan di atas tungku api, Jibril bertanya kepadanya:

“Apakah engkau memerlukan pertolongan dariku?”

lalu Ibrahim menjawab:

“Aku tidak memerlukan pertolonganmu, hanya Allah sebagai penolongku”

Berkat kalimat ini juga, api yang membakar menjadi dingin dan laut yang menenggelamkan terbelah. Musa yang melihat lautan di depan matanya dan musuh mengejar di belakangnya lantas terus berkata:

“…sekali-kali tidak akan tersusul, sesungguhnya tuhanku bersamaku, kelak Dia akan memberi petunjuk kepadaku(sehingga kita akan selamat daripada Firaun dan tenteranya)” (Asy-syu’ara’:62)

maka dengan izin Allah, dia pun selamat.

Dalam sirah rasulullah juga, tika dia masuk ke dalam gua thur, Allah memerintahkan burung merpati membuat sarangnya dan labah-labah membuat rumahnya di mulut gua. Sehingga musyrikin berkeyakinan bahawa Muhamad tidak mungkin masuk ke dalam gua ini.

Inilah pertolongan Allah kepada hambaNya yang mendekatkan diri dan yakin kepdaNya. Dari sini terlihatlah bahawa ada tuhan yang maha berkuasa, yang maha memberi pertolongan, maha melindungi dan maha mengasihani ketika mana seorang hamba itu menyandarkan semua urusan kepadaNya.

(Jangan bersedih-Dr Aidh Abdullah Al-Qarni)

‘cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung’

ya Allah, kami memohon agar engkau pilih kami sebagai tetamu-Mu… amin

from inside

sacrifice!

Posted: June 17, 2008 in Sirah

assalamualaikum

moga rahmat Allah sentiasa bersama kita

memetik kata-kata Full Metal Alchemist:

‘people cannot gain anything without sacrifice something’

begitulah kehidupan kita hari ini, kita sanggup berkorban apa saja untuk dapatkan sesuatu.

  • pelajar belajar bagai nak rak untuk dapatkan kecemerlangan
  • pemain bola akan berlatih bersungguh-sungguh untuk pastikan kemenangan
  • bapa bekerja keras untuk menjadikan keluarganya dalam kesenangan
  • hatta kekasih akan berusaha untuk menawan hati pasangannya

tapi jika kita selusuri liku-liku hidup kekasih Allah-nabi Muhammad yang kita sanjungi, tak sedikitpun pengorbanan yang dilakukan untuk kepentingan dirinya malah semuanya buat ummah yang disayangi.

Jeritan di lembah Nakhlah

baginda rasul yang ma’sum dihalau dari Makkah yang merupakan tempat keluarga, anak-anak, tempat tinggalnya dan negaranya. beliau dihalau dan diasingkan. kemudian beliau mencari perlindunagn di Taif, malah disambut dengan dusta dan penolakan yang keji. batu-batu, seksaan, caci maki dan umpatan semuanya dicampakan ke arahnya.

kedua matanya mengalirkan air mata, kedua kakinya mengalirkan darah dan hatinya perih kerana musibah. kemana sepatutnya ku berlindung? kepada siapa sepatutnya ku meminta bantuan? kepada siapa sepatutnya ku mengadu? kepada siapa sepatutnya ku menghadap? Hanya satu: kepada Allah yang maha kuat, maha kuasa, maha tinggi dan maha menolong.

segera baginda rasul menghadap kiblat, mengadu kepada tuhannya dan bersyukur kepadaNya. dari mulutnya terucap kalimat-kalimat pengaduan munajat yang penuh kejujuran, dan permohonan yang keluar dari dalam jiwa. dia berdoa sambil menangis dan mengadu kerana dizalimi dan disakiti.

hayati pengaduan seorang hamba mulia kepada rabbul izzati di Nakhlah:

“ya Allah, kepada-Mu kuadukan lemahnya kekuatanku, kekurangan siasatku dan ketiadaan upaya menghadapi manusia.

wahai zat yang maha pengasih di antara para pengasih, tuhan orang-orang lemah.

engkaulah tuhanku, kepada siapa hendak Engkau serahkan diriku?

kepada saudaraku yang bermasam muka kepadaku?

atau kepada musuh yang Engkau kuasakan urusan ku padanya?

selagi engakau tidak marah kepadaku, maka aku tidak peduli.

cuma ampunan-Mu lebih luas bagi diriku.

aku berlindung dengan cahaya wajah-Mu yang menyinari semua kegelapan sehingga dengannya menjadi baik urusan dunia dan akhirat dari kemarahan-Mu kepadaku atau keenganan-Mu menerimaku.

keupayan-Mulah keredhaan hingga Engkau redha.

tidak ada daya dan upaya selain dengan-Mu, ya Allah”

selawat dan salam atas baginda junjungan Rasulullah s.a.w, betapa cintanya baginda kepada umatnya. ya Allah, suburkanlah cinta kami sepertimana kuatnya cinta kekasih-Mu buat kami. tak layak rasanya cinta suci itu buat kami, namun kekasih-Mu tetap merindui ikhwannya…subhanallah!

ikhwah, mampukah kita berkorban sepertimana baginda demi meneruskan perjuangan dakwahnya?

tepuk dada tanya iman!

(rujukan: Don’t be sad, Dr ‘Aidh bin Abdullah Al-Qarni)

from inside