jihadul akbar

Posted: November 27, 2008 in Kongsi Untuk Amal

kingdom02Perang? Zaman kini sibuk membicarakan tentang perang. Perang memerangi keganasan atau apa sahaja alasan supaya perang itu dihalalkan. Oleh itu, nak kongsi dengan sahabat sekalian pandangan Umar tentang perang. Jom dengar apa kata dia…

Dalam surat ini, Umar bagaikan bertempik dari alam baqa’ kepada mereka yang ingin berlumba dengan Israel dalam kemampuan persenjataan sehingga mereka lebih kuat dalam persenjataan berbanding Israel. Beliau menjerit memberitahu mereka:

“Jangan kamu lupa dengan senjata kita yang telah menumbangkan Kisra dan Caeser. Mereka lebih hebat berbanding Ben Gurion dan Sharon. Dengan senjata tersebut kita telah membuka Syam dan Iraq. Sesungguhnya ketika itu kita lebih gagah berbanding Israel ketika ini…

Jangan sekali-kali kamu lupa dengan senjata taat dan takwa…

Jangan kamu lupa untuk menewaskan nafsu, syahwat, kedengkian dan kemelampauan kamu, sebelum kamu cuba menewaskan Israel…

so, ayuh jihadul akbar yakni jihadul nafs!

‘syukur ke hadrat-Mu ya Allah kerana menerima kami sebagai tetamu-Mu…’

from inside

Leave a comment