Masih Belum Terlambat…

Posted: November 28, 2008 in Sirah

hati

Pena ku menulis dengan hati begini..

Terguris hatiku kali ini dengan sebuah cerita yang ku baca..Walaupun aku hanya seorang hamba Allah yang suka berfoya-foya bergembira…Tapi,jauh di lubuk hati ingin menjadi seorang yang amat disegani..Jauh di hati ku inginkannya,tapi,perbuatan ku tidak sukup untuk mengiyakannya..

Di satu malam yang hening, tiba-tiba Allah mengilhamkan aku satu benda daripada yang sukar untuk aku tidak keluarkan air mata ku..Kisah Umar al Khattab..

Bermulanya kisah Umar al Khattab yang masyhur bukan lah seperti kisah Mohamed al Fateh yang dari kecil nya sudah pun disalutkan hatinya dengan Islam.

Tapi, si Umar ini pada awalnya adalah salah seorang taiko besar di kalangan Kafir Quraisy.

Dialah yang menjadi ketua minum arak..

Dialah menjadi ketua pencuri-pencuri..

Dialah yang juga menjadi ketua-ketua insan-insan yang membuli orang yang lemah..

Dialah juga menjadi taiko besar yang membunuh insan-insan tidak bersalah..

Bahkan dialah taiko besar menentang ajaran Rasulullah….

Siapa sangka, kerana kuatnya tentangan nya pada Rasulullah, sehinggakan rasulullah berdoa kepada Allah supaya salah seorang daripada dua Umar untuk memeluk Islam.

Dan Allah kabulkan doa rasulullah dengan memberi hidayah kepada Umar el khattab ketika Beliau berumur 36 tahun..

Ya..36 tahun..

Bukan satu umur yang muda bagi seseorang..

Jika bagi pemain bola,inilah masanya untuk bersara..

Jika bagi pemain badminton,ini lah masa untuk menggantung raket..

Tapi,bagi umar,inilah masanya…untuk berubah..

Hari ini ku mengira umurku…baru 20 tahun..mungkin muda lagi..tapi,kapan bila lagi kain kapan ku akan menyapa..dan sebanyak mana bekalanku untuk akhirat di sana..

Kalau dulunya hidup Umar yang penuh kegelapan dilupakan dan tiada yang ambil kisah kerana sumbangannya pada Islam..

Mungkin kita juga boleh begitu..

Kerana sejauh mana jahatnya kita sebelumnya..kita masih boleh berubah..Masih boleh diberi peluang oleh Allah selagimana peparu itu masih bernafas dan jantung masih lagi berdegup..

Hati boleh berkata..mulut boleh berdusta..Tapi,bukan di akhirat sana..

Berubah bukan mudah..tapi,jika tak berubah,seperti barah…membawa padah..

“semua ke syurga..kecuali “dia”,kubimbangi “dia”lah diriku…”-umar el khattab..

Jadikan aku dalam golongan yang sedikit ya Allah…aminnn..

Masih belum terlambat…ACE

Comments
  1. saffaa saidatul says:

    this entry has juz drop a tear,or tears..
    thanx for the writer.Jazakumullah..

  2. ain alyaa says:

    great!

  3. c's says:

    salam.. kdg kita terasa bila mencecah 20, dah rasa terlambat.. masa inilah baru nak sedar banyak perkara, nak buat banyak benda, tapi kadang kudrat tidak pula mengatakan ya.

    semoga apa yang kita lakukan.. kita bukanlah seseorang, atau membuat sesuatu yang luar biasa.. tapi sama-sama kita ikhlas keranaNya, perkemaskan langkah, iA, taufiqNya n barakahNya pasti ada..

    -salam maal hijrah-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s