Cabaran Tarbiyyah Tawakkal

Posted: March 8, 2011 in Life is Real

hanya gerhana, suka nak kongsi artikel ni
tidak lari daripada kehidupan mahasiswa
moga mendapat manfaat~

Cabaran Tarbiyyah Tawakkal Kepada Pelajar Sekolah

Dan dalam apa sahaja yang kamu memperselisihkan, putusannya kepada Allah. Demikian itulah Allah, Pemeliharaku; kepada-Nya aku mempercayakan (tawakal), dan kepada-Nya aku berkesesalan. (Surah Asy-Syura: 10)

“Kalau sekiranya kalian bertawakkal dengan tawakkal yang sesungguhnya kalian akan diberi rezeki seperti burung yang berangkat dengan perut kosong dan kembali kenyang.”(HR Tirmidzi)

Anak-anak kita hidup di dalam environment yang memprogramkan mereka untuk meletakkan tawakkal kepada pencapaian dunia, yakni keputusan peperiksaan yang baik atau keupayaan untuk memperolah apa sahaja sijil kerana itulah jaminan kepada kebahagiaan kehidupan suatu hari nanti.
Dan terkadang semua itu menghantui fikiran mereka hinggakan merosak citra kita untuk melatih mereka menjadi para daie disebabkan oleh pelbagai alasan study yang mengganggu mereka untuk konsisten dalam mengikuti progam-program tarbiyyah dan avtiviti dakwah.
Inilah yang berlaku kepada seorng al-akh remaja, sehinggakan beliau gagal untuk menghadiri satu dauroh yang wajib bagi dirinya. Namun alhamdulillah Allah swt. menghadiahkan beliau satu peristiwa untuk membulatkan tawakkalnya kepada Allah swt..
“Akhi, makmal kimia semalam mengajarkan ana erti tawakkal. Ana sudah siapkan semua apparatus dengan baik untuk ujikaji tersebut tetapi masih mendapat hasil yang salah. Hinggakan cikgu pun telah menyemak dan memang tiada silap apa yang ana lakukan” kata Adik ini.
“Jadi?” jawab murabbi.
“Iyelah, afwan, memang sebelum ini fikiran ana rungsing untuk menghadapi STPM hingga mengabaikan program-program tarbiyyah, tapi sekarang baru ana benar-benar faham walaupun sehebat mana persiapan dan usaha kita, hasilnya Allah swt. yang tentukan.” jawab Adik.
“Alhamdulillah…” jawab murabbi.
“Jadi utamakan tarbiyyah yang hasilnya memang pasti, menang atau syahid!” luah Adik dengan penuh semangat. Allahuakbar !

Comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s