Ada Apa Dengan Zulhijjah?

Posted: November 6, 2010 in Hadith Nabawi

gerhana,

kawanku mengingatkan…

Kita maklum dengan kelebihan 10 malam terakhir Ramadhan, adakah kita maklum dengan kelebihan 10 hari terawal Zulhijjah?

“Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah.
Para sahabat baginda bertanya, “Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)?”
Ujar Baginda, “Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)” [HR Bukhari]

“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. [HR Ahmad]

Apakah yang baik dilakukan pada 10 hari yang hebat ini?

  1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan
  2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah.
  3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padaNya
  4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa
  5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat
  6. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah).

k selamat beramal kerana Allah~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s