tidak puas hati

Posted: October 16, 2010 in Life is Real

gerhana, suka rasanya nak kongsi email ni~

moga boleh ambil iktibar

Assalamualikum, sahabat2 yang dikasihi. 

Saya diamanahkan untuk membuat video kegunaan hari ini. Namun, saya tidak berpuas hati kerana tidak berjaya menyampaikan mesej yang saya nak. Jadi, saya akan sampaikan dalam emel saja.

1. Tidakkah kita merasa rugi jika hari ini kita hanya bertemu secara jasadi dan hanya dapat nikmat makan? sedangkan ada nikmat yang lebih lazat dari nikmat makan, iaitu: NIKMAT UKHUWWAH.

“..dan ingatlah MIKMAT Allah, ketika kamu dahulu bermusuhan, maka Allah menyatukan hati-hati kamu, dengan kurnia-Nya kamu menjadi bersaudara..” (Ali Imran:103) 

Ketahuilah, ukhuwwah adalah nikmat yang paling lazat Allah campakan ke dalam hati orang mukmin. Dan ukhuwwah itu sentiasa seiring dengan iman. Tiada iman tanpa ukhuwwah dan tiada ukhuwwah tanpa iman. 

“sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara” (al-Hujarat) 

2.  Maka, jika kita rasa benci/menyampah/meluat tengok kawan kita, ketahuilah iman kita sedang lemah. Ada kekurangan dalam iman kita. Bukankah seseorang itu tidak beriman selagimana dia tidak mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri?? 

Maka saya seru sahabat2 yang disayangi untuk sama2 memantapkan iman dan meningkatkan amal. Apakah kita menyangka orang yang culas tentang solat akan dikasihi?

3. Oleh itu, JAM6 nanti, mari kita sama2 cuba lahirkan perasaan sayang terhadap kawan2 kita. Sama2 lihat muka kawan2 kita dengan kecintaan. Sama2 berlapang dada. Buangka segala buruk sangka dan iri hati.Semua ini tidak dapat terlaksana berlaku jika iman kita teruk.

“..walaupun kamu menginfaqkan segala kekayaan di muka bumi, nescaya kamu tidak akan dapat menyatukan hati mereka, tetapi Allah telah menyatukan hati2 mereka.” (al-Anfal:63)

Kita tak nak segala usaha kita untuk menjayakan JAM6 ini sia-sia. Hanya makan2 dan undi2. Ingatlah, Ukhuwwah adalah kekuatan kita yang paling utama.

saya bukanlah orang terbaik untuk bercakap tentang ini. sendangkan sayalah yg paling banyak buruk sangka dan iri hati. semoga saya orang pertama mengambil iktibar dari emel ini.

Semoga Jamuan Gen6 hari ini penuh dengan ruh kasih sayang. /lessthanthree/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s