hari ini dalam sejarah

Posted: August 21, 2010 in Sirah



ku harap kebebasanmu...

Zionis tidak jemu rancang misi lenyapkan Al-Aqsa — Dr Zainur Rashid Zainuddin

August 19, 2010

19 OGOS — Tarikh 21 Ogos adalah detik hitam bagi umat Islam di seluruh dunia. Genap 41 tahun lalu (21 Ogos 1969), maruah umat Islam tercalar dengan penghinaan apabila Masjid Al-Aqsa dibakar pelampau Yahudi yang disokong kuat Kristian Zionis.

Usaha terkutuk ini dilakukan penjenayah dari Australia, Michael Dennis Rohan.

Rohan menyalakan api di dalam Masjid Al-Aqsa untuk membakar dan sekali gus memusnahkannya. Api marak hampir saja memusnahkan keseluruhan Masjid al-Aqsa. Namun tindakan tangkas umat Islam di Baitulmaqdis selama sehari suntuk mengizinkan mereka memadamkan api berkenaan.

Rohan sebenarnya tidak bersendirian dalam melakukan jenayah keji ini. Dia mendapat sokongan rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid Al-Aqsa lenyap daripada muka bumi bagi meneruskan projek membina Yahudi, Solomon Temple atau Haikal Sulaiman di dataran Baitulmaqdis.

Penjenayah yang bertanggungjawab terhadap pembakaran itu ditangkap, namun dibebaskan tanpa hukuman. Mahkamah Israel sentiasa bersandiwara apabila memutuskan Rohan, seorang doktor perubatan sebagai tidak siuman dan hanya dihantar pulang ke Australia. Rohan pula dengan bongkaknya berkata, apa yang dilakukannya adalah tanggungjawab agama seperti dalam ajaran Talmud. Dia turut mendakwa berjaya melaksanakan misi diperintahkan tuhan.

Pihak Zionis memulakan perancangan dengan menutup saluran paip ke Masjid Al-Aqsa agar agenda jahat itu berjaya membuahkan hasil maksimum. Tentera Israel juga menghalang pasukan bomba dan warga Arab memasuki kawasan masjid pada hari berkenaan.

Tindakan biadab ini menyebabkan sebahagian besar Masjid Al-Aqsa rosak dan menjadi arang. Kemusnahan itu melebihi sepertiga kawasan iaitu kira-kira 1,500 meter persegi daripada 4,400 meter persegi keluasan masjid. Mimbar Salahuddin al-Ayyubi yang bersejarah, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab dan sebahagian besar serambi masjid juga hangus. Turut musnah atap masjid serta tiang indah dihiasi ayat al-Quran.

Pembakaran Al-Aqsa mengundang protes seluruh dunia Islam bermula dari Maghribi di Barat hingga ke Indonesia di Timur. Banyak pertemuan dan perundingan peringkat serantau dan antarabangsa diadakan bagi menghentikan kemarahan umat Islam. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga terpaksa mengadakan sidang tergempar dan mengeluarkan Resolusi 271 yang mengutuk Israel dan menyeru agar menghentikan segala usaha yang bertujuan merubah status Baitulmaqdis dan pengyahudian Masjid Al-Aqsa.

Pemimpin negara Islam pula bergabung dan bersetuju menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) berikutan pembakaran Masjid Al-Aqsa. Mereka mengadakan pertemuan tergempar di Rabat, ibu negara Maghribi serta menghasilkan resolusi mencegah apa jua usaha penodaan Masjid Al-Aqsa. Namun sedihnya resolusi itu hanya tinggal resolusi yang tidak berjaya dilaksanakan. OIC sebenarnya terbukti gagal dalam mewakili umat Islam bagi menangani keselamatan dan kesucian Masjid Al-Aqsa.

Kesan pahit daripada pembakaran Masjid Al-Aqsa pada 1969 terus dirasai dunia Islam hingga ke saat ini. Banyak lagi jenayah yang dilakukan terhadap Al-Aqsa.

Kini, selepas 41 tahun pembakaran Masjid Al-Aqsa, masih ada ribuan lagi pengganas Zionis dan Yahudi radikal yang terus menanti kelalaian umat Islam untuk memusnahkannya. Zionis sebenarnya bertungkus-lumus untuk mengyahudikan Masjid Al-Aqsa sejak peristiwa An Naksah (malapetaka yang berulang) iaitu peristiwa penjajahan Baitulmaqdis Timur dan Masjid Al-Aqsa pada 1967. Banyak lagi jenayah projek pengyahudian Al-Aqsa dilakukan, termasuk menghalang umat Islam menziarahi masjid ini dan memakmurkannya, menghalang usaha membaik pulih Masjid Al-Aqsa yang rosak, merampas Tembok Buraq yang menjadi sebahagian Al-Aqsa, mengadakan upacara agama Yahudi di dalam Masjid Al-Aqsa, siri pengeboman secara terancang ke atas masjid, siri pembunuhan umat Islam di Masjid Al-Aqsa, penggalian terowong besar dan panjang di bawah masjid ini, mengubah identiti Islam dan Arab kepada Yahudi di Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa serta pembinaan Sinagog Hover bersebelahan Al-Aqsa.

Terlalu banyak jenayah dilakukan Zionis terhadap Masjid Al-Aqsa yang menjadi jantung hati umat Islam. Al-Aqsa adalah kiblat pertama, masjid ketiga suci serta bumi Israk dan Mikraj. Masjid Al-Aqsa mesti diselamatkan daripada kemusnahan Zionis. Apa yang sudah dan sedang berlaku terhadap Al-Aqsa patut menyedarkan umat Islam daripada terus lena di buaian mimpi. — Berita Harian

* Penulis ialah Perunding Aman Palestin.

jom muhasabah diri

apa usaha kita selama ini untuk membebaskan palestin?

bebaskan palestin dengan membebaskan diri dari sifat-sifat jahiliah yang tersisa dalam diri kita

insyaAllah kejayaan itu makin hampir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s