Cara Untuk Melawan Firaun

Posted: March 7, 2010 in Kongsi Untuk Amal

Mesir adalah satu-satunya tanah yang pernah diperintah para Firaun. Kerana Firaun adalah gelaran bagi pemerintah Mesir. Tapi, kenapa kita nak menentang Firaun (yang sinonim dengan pemerintah yan zalim)?

Kerana mereka yang memikul jalan dakwah akan sentiasa berhadapan dengan ujian dan musuh.

Jadi bagaimana caranya kita menentang Firaun?

Rujuk Quran surah al-Muzzammil.

Hadaf surah ini sangat jelas dari awal permulaan ayat lagi:

(2) قُمْ الَّيْلَ إِلَّا قَلِيلًا (1)  يَأَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ

Wahai orang yang berselimut! (1) Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) (2)

Inilah bekalan untuk para pendakwah. Bekalan yang cukup kuat untuk menentang Firaun. QIAMULAIL. Kenapa? Kerana memikul tugas dakwah adalah kerja yang berat dan payah. Allah berfirman: {إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا}  “sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya)“.

Lalu, apakah kaitan antara Qiamulail dan dakwah??

(6) {إِنَّ نَاشِئَةَ الَّيْلِ هِيَ أَشَدُّ وَطْءا وَأَقْوَمُ قِيلًا}

Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

Solat malam lah yang membina para Rijal. Solat malam membina para pendakwah yang membahagikan rutinnya pada dua: Dakwah pada siang hari dan Ibadah di malam hari. Seperti yang dinyatakan Allah dalam ayat seterusnya:

(8){وَاذْكُرْ اسْمَ رَبِّكَ وَتَبَتَّلْ إِلَيْهِ تَبْتِيلًا} (7) {إِنَّ لَكَ فِي اَلنَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلًا}

(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya; (7) Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan. (8)

Selepas Allah memceritakan tentang Qiamualail, Allah  datangkan kisah nabi Musa dan Firaun, dalam ayat:

(16) {فَعَصَى فِرْعَوْنُ الرَّسُولَ فَأَخَذْنَهُ أَخْذًا وَبِيلًا} (15) {إِنَّا أَرْسَلْنَا إِلَيْكُمْ رَسُولًا شَهِدًا عَلَيْكُمْ كَمَا أَرْسَلْنَا إِلَى فِرْعَوْنَ رَسُولًا}

Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul.(15) Maka Firaun menderhaka kepada Rasul itu, lalu Kami menyeksakannya dengan azab seksa yang seberat-beratnya. (16).

Lalu, apakah kaitan Qiamulail dan kisah nabi Musa dan Firaun??

kuat pulak Firaun ni....

Qiamulalil adalah bekalan utama untuk menghadapi golongan-golongan taghut, pemdusta dan takabbur seperti dalam kisan nabi Musa.

Seolah-olah Allah berkata pada kita: “Wahai para pendakwah, solatlah kamu di malam hari supaya kamu bertambah kuat untuk berdakwah kepada manusia di siang hari”. Cukup kuat sehingga kita mampu menghadapi Firaun!

Surah ini adalah surah Makkiyah yang diturunkan ketika awal penyebaran Islam di Mekah. Walaupun masih di peringkat awal penyebaran Islam, telah disentuh mengenai jihad fi sabilillah. {..وَءاخَرُونَ يُقَتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ..}. Kerana Qiamulail adalah antara persediaan untuk menghadapi musuh-musuh Islam dan supaya kita tetap di jalan ini….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s