Momentum Ramadhan Kita..

Posted: September 11, 2009 in Kongsi Untuk Amal

2784606166_d8e533f1ab1373418162_d97edd92fa

Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. – Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

Hmmm,Hari ini kita dah masuk ke alam 10 Hari terakhir puasa Ramadhan.

Kalau nak dikira,pejam celik pejam celik jer,lapar kenyang,lapar kenyang,Ramadhan dah nak habis.Kalau tengok masjid atau surau-surau d Malaysia ni, boleh la buat kesimpulan untuk terawikh nya,semakin lama semakin sedikit.Yang tinggal d surau dan masjid hanyalah yang ramainya warga-warga “regular” masjid yang berambut putih dan bertongkat kayu.Yang berbadan tegap dan berwajah licin di awal ramadhan jer leh nampak.pada akhir-akhir ni,ada la juga,tapi,kurang ramai.Saf masjid dari sepuluh cuma tinggal 5 jer.Entah kemana hilangnya mereka..hmmm..

Detik hati ku,”busy rasanya,biasalah,kerja akhir-akhir ramadhan ni banyak yang nak disiapkan,nak cuti raya tak lama lagi…”

MOMENTUM..

Momentum ni dari segi bahasa fizik nya bermaksud “produt of mass and velocity”….erks,what is this????

Ramadhan pulak adalah bulan ke 9 dalam kalender Islam.

Itu cuma dari segi pemahaman perkataannya satu per satu..

Momentum ramadhan yang  saya maksudkan adalah kadar kelajuan ibadah per hari-hari dalam ramadhan…atau dalam bahasa mudah nya,bagaimana ibdah kita pada awal ramadhan,tengahnya,dan akhirnya..tepuk dada tanya diri sendiri..

Momentum Ramadhan setiap individu ni berbeza.Ada yang macam lari 100 m,50M awal nya mendahului tapi, 50 m Last kena tinggal pulak oleh orang lain.

Ada yang macam Micheal Johnson berlari 400m,pada awal nya lambat dan tapi padaakhirnya pecut dengan kelajuan tinggi.Alhamdullah,yang hujung-hujung tu lah penting untuk dapatkan kenikmatan ramadhan.Kerana pada malam-malam terakhir ni lah umat manusia ramai yang berlumba-lumba nak beribadah.Jadi,kita yang lambat sikit momentum ni,kenalah tambah halaju sikit pada Ibadah kita,kerana kita dah semakin hampir dengan “garisan penamat” ramadhan.Kalau masih tak nak tambah halaju ibadah tu,alamat nya kena tinggal la dek orang lain.hehe

Tapi,sebenarnya,apa yang kita impikan pada Ramadhan adalah apabila momentum ibadah tu macam larian Usain Bolt.Dari awal lagi dah laju dan akhirnya pun laju.Jadi,buat kita yang dah sedia “laju” dengan ibadah ramadhan ini seperti memabaca alQuran,berpuasa(ehem2),solat terawikh nya,dan solat malam nya,marilah kita sama-sama tambah pula halaju ibadah yang sedia ada,supaya Ibadah kita lebih maju dari ramadhan yang dulu.

Dan bagi kita yang kurang laju pulak,masa ni la jugak nak tambahkan kelajuan,Paling kurang,madrasah ramadhan itu masa ada,dan juga dengan harapan,Malam LailatulQadar itu masih berkesempatan untuk kita ibadahi..

Menutup post kali ini,suatu hadis untuk kita,hamba Allah di bulan ramadhan..

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? Baginda s.a.w. bersabda:

“Bacalah doa: Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku).”

(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Wallahu’alam…

Comments
  1. Jackster says:

    btol tu, masih ada masa.. huhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s