Muhasabah Cinta

Posted: March 10, 2009 in Da'wah Kreatif


Mungkin ramai yang pernah dengar lagu Muhasabah Cinta, nyanyian kumpulan Edcoustic dari Indonesia.Lagu ni tibe2 popular di Perlembahan Nil di kalangan dak2 medik selepas dinyanyikan oleh Voice of Mansurah dlm Seminar Perubatan tempoh hari, atau mungkin juga rentak lagunya yg seakan-akan ‘kejiwangan’. Ape2 pon, harapnye bkn sekadar rentak lagu yg menjadi buaian dan halwa telinga para mendengar, bahkan lirik yg cube disampaikan,iaitu cinta kepada Allah perlulah diberi penghayatan yg mane merupakan elemen penting dlm melahirkan hamba yg rabbani, hati yg sentiasa bertaut kpd Allah.

Cinta Allah, adalah satu perkara yang sepatutnya menjadi matlamat utama dlm kehidupan kite. Cinta Allah, satu pencarian yg memerlukan usaha keras utk mendapatkannya. Cinta Allah, yg mana dengannya segala ibadah dan amal soleh dilakukan ikhlas semata2 krn Allah.

قل إِن كَان ءَابَاؤُكُمْ وََأبْنَاؤُكمْ وَإِخْوَانُ ُ كمْ وََأزْوَاجُكمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وََأمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ

تَخْشَوْ َ ن َ كسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا َأحَبَّ إَِليْ ُ كمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ َفتَرَبَّصُوا

حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بَِأمْرِهِ وَاللَّهُ َلا يَهْدِي الَْقوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka). (Surah Al-Taubah 9: Ayat 24)

Untuk mendapatkan cinta Allah memerlukan hati yg sentiasa hidup dan sentiasa terrikat dengan Allah Taala. Dalam kitab التربية الاسلامية و مدرسة حسن البنا , Dr Yusuf Qardhawi menyatakan perkara yg perlu utk melahirkan hati yg sentiasa ‘hidup’:

1)الى وقاية ليسلم

2)والى غذاء ليحيا

3)والى علاج لبشفى

Menurut Dr Yusuf Qardhawi juga,hati yg hidup adalah hati yg seolah2 melihat Allah dan tempat hadirnya cahaya Allah. Nabi s.a.w. bersabda:

ان الله لا ينظر الى صوركم ولكن ينظر الى قلوبكم

Pada hari kiamat nanti, hati yg hiduplah yg akan menjadi wakil atau saksi utk mempersembahkan hamba itu kepada Allah sebagai wasilah penyelamat utk dirinya. Tanpa hati ini yg ditadbir oleh iman, diterangi dgn keyakinan, sesungguhnya insane itu sebenarnya mati dan segala kehidupannya adalah sia2.

Dengan itu, tarbiah yg sebenarnya amat perlu utk menghidupkan hati supaya tdk mati,mengawalnya supaya tdk rosak, dan sentiasa melembutkan nya supaya tdk menjadi keras seperti batu(rujuk Surah Al-Maidah:13, Surah Al-Baqarah:74, Surah Al-Hadid:16).

Comments
  1. abudi says:

    ‘hanya pada Allah cinta yang hakiki’

    tenang jiwa yang gelora
    terungkai fikiran yang kusut
    jika cinta itu dihamparkan padaNya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s