Kisah Musang dan Khuruf…

Posted: December 7, 2008 in Da'wah Kreatif

kambing

2790787079_9d14c25c53

Assalamualaikum pembuka bicara,

Buat pembaca hanya gerhana,

Cerita ini hanya direka,

Tajuk yang sama,cerita berbeza….

Setahu ana,kambing?khuruf yang dijadikan qorban adalah binatang syurga..

Selalu pabila terdengar tajuk cerita ni,teringat balik pada cerita Si musang dan kambing yang didodoikan buat anak-anak sebelum tidur..

Kali ini,sempena mengambil semangat raya korban tahun ini,dan semangat Tuan rumah yang bagi daging khuruf* tadi(hehe..tengkiu tuan rumah),ana bawakan satu cerita klasik yang diadaptasi kembali..

Diceritakan…

Disebuah kota yang bernama Nit Selap, tinggal segerombolan Khuruf yang hidup aman bahagia..

Setiap pagi,kambing-kambing ni keluar berburu dan bekerja untuk mencari rezeki..Boleh dikatakan bahawa kawasan tempat tinggal kambing-kambing ni adalah tempat yang paling mulia bagi kambing-kambing di dunia ni..dan juga subur..

Jadi,adalah satu lagi spesies haiwan dari mana ntah datang nya merasa cemburu dengan kehidupan kambing-kambing ini dan mula membuat rancangan JAHAT..iaitu nak makan sekor demi sekor kambing-kambing nih dan jajah tanah kambing yang subur ni..dan binatang yang dimaksudkan adalah si Musang..

Macam-macam la dakyah jahat dan mungkar yang dirancang oleh musang-musang ni.Daripada buat perangkap samar samapi la bina kereta kebal.Tiba-tiba,satu hari,ketua musang mendapat satu idea iaitu buat kandang besar sekeliling kawasan kambing-kambing ni,dan pastu tembak dan  sembelih sekor demi sekor kambing ni untuk buat sup,kari,masak lemak dan sebagai nya..

Jadi,semakin hari-semakin sikit la jumlah kambing di kawasan tu.Jadi ketua kambing pun rasa amat-amat sedih kerana hal sedemikian dan membuat rancangan untuk berperang dengan musang yang menjajah negara nya.Tapi apakan daya,disebabkan jumlah penduduk kambing begitu sikit,sukar la untuk mencapai kemenangan,jadi,mereka pun meminta saudara sekambing mereka yang lain untuk memberi pertolonga.Namun,kambing-kambing yang mengaku saudara ni tak tolong sikit pun.Bukan setakat tak tolong berperang,malah tak mendoakan pun saudara kambing-kambng mereka ini..

Kata saudara,rupanya hanya pada nama..SAUDARA SEKAMBING..

Tapi ketua kambing tidak berputus asa,demi mempertahankan negara suci kambing Nit Selap,mereka rela bekorban..

Sehingga ke hari ini,mereka masih lagi berjuang menentang Musang-musang ini..

Dan buat pembaca ini hanyalah sebuah analogi apa yang terjadi Palestin,di kala kita berhari raya.Mereka juga berhari raya,cuma keadaan nya berbeza..Penuh pancaroba di kala kita bersuka riya..Penuh halangan ketika kita kegirangan..Penuh tangisan dikala kita ketenangan..

Bayangkan seekor kambing untuk hari raya korban boleh mencecah hampir 1500 genih dikala di mesir cuma 600 genih.

Kerana apa?kerana kambing-kambing ini dibawa masuk melalui jalan terowong yang sememangnya susah untuk dilalui..

Bayangkan beratus-ratus jemaah haji palestin terkandas, dikala mesir menghantar beribu-ribu jemaah haji ke mekah dan madinah..

Kerana apa?kerana dihalang oleh polis-polis negara mesir untuk melalui nya..

Bayangkan mereka berlapar semata-mata kehidupan..Dikala kita sedang enak menjamu daging khuruf dan kambing di hari raya..

Kerana apa?Kerana mereka sanggup bekorban emi menjaga masjidil aQsa dan agama..

Semoga Hari raya kali ini lebih bermakna untuk kita..Semoga Korban kita tahun ini diterima oleh Allah,dan semoga Hari raya mereka juga lebih sempurna dan bahagia..aminnn…

Jika korban kita di Mesir,Kambingnya korban dijanjikan syurga..Tapi korban mereka di sana,diri mereka yang dijanjikan syurga..

Kullu `am We enta Thoib..selamat hari raya aidiladha..ACE

Comments
  1. ain alyaa says:

    hurm..nice..overall..ana suka post enta..

  2. Me says:

    Palestin…. berbahagialah di akhirat kelak bagi mereka yang berjuang untuknya, melalui apa jua cara yang mereka ada.. jazakallahu khairan jaza’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s