Akhi Fil Islam..

Posted: October 30, 2008 in sastera

Akhi,

Terdengar sahaja khabar kehadiranmu ke mari,

Hatiku melonjak kegembiraan,

Itulah harapan dan cita-citaku selama ini,

Hadirnya jiwa suci pewaris perjuangan ini.

 

Akhi,

Sejak awal jejakmu ke sini aku memerhati,

Kelibatmu ke sana sini,

Aku semakin yakin,

Merekalah yang ku nanti,

Pencari Redha Ilahi.

 

Akhi,

Memori yang tak bisa pergi,

Bersantai di tepi Kasrul Ainy,

Wajahmu ceria sekali,

Dengan taman hijau menghiasi,

Buku Physiology mengelirukan yang memerhati.

 

Akhi,

Kita makan bersama,

Di Pyramid segi tiga,

Saling berkongsi cerita,

Bertanya khabar berita,

Saling menasihati antara kita.

 

Akhi,

Ingatkah pada Taman Bunga?

Kita berkelah di celahan bunga,

Senyum tawa mencetus ceria,

Udara bersih menyegar suasana,

Panorama Kaherah di keliling kita,

Periukku tersangkut di Pak Guard pula,

Tapi satu yang ku kagumi,

Kesungguhanmu terbukti,

Padamu ada kualiti.

 

Akhi,

Malam itu sejuk sekali,

Tapi hangat ukhuwwah dirasai,

Ta’aruf diri diulang kembali,

Agar hubungan mengikat hati,

Kapal Layar menjadi saksi,

Vokalis nasyid tak kering gusi.

 

Akhi,

Setiap kali aku melihat anak matamu,

Disitu ada harapan dan cita-cita,

Ada kesungguhan dan keazaman,

Untuk merubah diri dan suasana,

Teruskanlah dan bersungguh-sungguhlah!

 

Akhi,

Maafkan diriku,

Aku bukanlah yang terbaik buatmu,

Maafkan lewatku,

Dalam mungkir janji denganmu,

Maafkan lalaiku,

Andai rumahmu sepi dari kunjunganku.

 

Akhi,

Perangilah manusia dengan kasih sayang,

Balaslah cerca mereka dengan doa keampunan,

Jika mereka melukakan hatimu,

Maka rawat dan tenangkanlah duka mereka,

Kita tidak pernah berdendam kepada sesiapa.

 

Akhi,

Lewat dua tahun ini,

Renungkanlah…

 

AKHUKUM

Comments
  1. abudi says:

    uhibbukum fillah!

  2. princess kacang says:

    =)

  3. faqir ila Allah says:

    ya ALLAH! terharu ana baca, sungguh! uhibbukum fillah..maafkan ana andai tersalah silap.

  4. faqir ila Allah says:

    time belek-belek older post, ternampak entry ni, buka, hadir satu perasaan yang berbeza, beza berbanding kali pertama baca satu ketika dahulu, terserlah pengorbanan, jiwa-masa-harta, kini sudah tahun 5, merenung kembali apa yang dilalui pada detik2 lalu, terasa gembira dan duka, gembira kerana ALLAH memberiku peluang menyelusuri jalan ini, duka kerana diri ini masih tak mencapai tahap yang dingini…ikhwah, sama-samalah kita muhasabah..

  5. Admin says:

    seriusly, rindu tika waktu itu
    moga memori ini membuatkan kita thabat atas jalan ini hendaknya~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s