Kita Kehilangannya!

Posted: October 29, 2008 in Kongsi Untuk Amal

 

Bismillahir Rahmanir Rahim

 

Meneliti kembali sejarah ummah. Selama umurnya 1431 tahun lebih kurang. Kita dapat melihat pelbagai fasa dan situasi sepanjang umurnya. Bermula lahirnya, zaman gagah dan lemahnya. Perbandingan yang teliti dan tajam boleh merasai dan menilai perkara ini. Perbezaan ummah di era kita dan era salafus soleh (3 kurun Muslimin pertama). Unsur penting di era nubuwwah yang kita kehilangannya kini adalah unsur QUDWAH. Peribadi yang menjadi QUDWAH adalah peribadi yang menjadi contoh dan ikutan kepada orang lain, dalam segala aspek dan sudut. Maka peranan dakwah hanya akan dipikul oleh mereka yang menjadi qudwah pada orang lain.

Nabi Muhammad s.a.w adalah peribadi contoh. Pada baginda ada qudwah. Segala aspek kehidupan baginda adalah qudwah bagi kita. Sepertimana yang kita laungkan “Ar-Rasul Qudwatuna”. Dengan qudwah ini dakwah Islam di fasa awal sangat berjaya jika diukur pada marhalahnya (pengasasan dakwah). Baginda menjadi qudwah sebelum perutusannya sebagai rasul lagi. Jujur, amanah, cerdas, tekun dan segalanya ditonjolkan oleh baginda sepanjang 40 tahun pertama kehidupannya (sebelum kerasulan). Baginda menunjukkan qudwah dalam akhlak, muamalah (perniagaan), kejayaan dalam kehidupan berkeluarga, kepimpinan, dan sebagainya. Ini terbukti apabila Abu Sufyan bertemu Hercules pemimpin Rom, dan menceritakan perihal Rasulullah, Hercules bertanya, “Apakah dia yang mengaku Rasul itu seorang yang dipercayai?”. Abu Sufyan menjawab “Ya”. Maka Hercules berkata “Mereka yang tidak mendustakan manusia tidak akan sekali-kali berdusta di atas Tuhannya”. Begitulah pengiktirafan manusia atas qudwah baginda. Selepas kerasulan, qudwah itu semakin bersinar. Rasulullah mendidik sahabat dengan qudwah yang ada pada dirinya. Dari aspek rohani/hubungan dengan Allah, baginda bersolat malam hingga bengkak-bengkak kakinya, maka para sahabat menyusul mencontohi baginda. Dalam aspek pengorbanan harta untuk Islam/infaq, maka Rasulullah yang menjadi qudwah. Rasulullah kaya atau miskin? Rasulullah adalah seorang yang sangat kaya. Syariat Allah menetapkan 1/5 harta rampasan perang (ghanimah) adalah milik Rasulullah. Tapi, apakah yang dilakukan dengan harta tersebut? Rasulullah menghabiskannya untuk orang miskin dan memerlukan. Sehingga mashur di kalangan kita baginda mengikat perut dengan batu menahan lapar. Pulang dan bertanya kepada para isteri tentang makanan yang ada di rumah, bila tiada makanan, terus berniat puasa. Inilah qudwah. Inilah contoh. Tidak hairanlah, Abu Bakar menginfaqkan seluruh hartanya untuk Islam, dengan qudwah murabbinya mendidiknya sedemikian. Begitulah dalam segala aspek yang lain.

Dakwah Islam terus berkembang, walaupun setelah kewafatan baginda. Islam milik Allah yang pasti akan menang. Tetapi dengan syarat mematuhi sunnatullah/sunan kauniah/hukum alam, wujudnya unsur qudwah yang hebat dalam zaman itu. Qudwah para sahabat mendidik tabien. Segala tarbiyah nabawiyah dicurah keatas generasi tabien. Qudwah para sahabat diakui Rasulullah s.a.w dalam sabdanya “Para sahabatku seperti bintang, dengan siapa sahaja kamu contohi, kamu akan mendapat petunjuk”. Keimanan mereka terbukti dalam perang Badar Al-Kubra, kesabaran dalam perang Tabuk, kepercayaan/thiqah dalam perjanjian Hudaibiah, pengorbanan dalam Hijrah, ukhuwwah/setiakawan dalam Baitur Ridhwan, dan pelbagai lagi bukti sejarah yang sahih. Memimpin pemerintahan Islam dengan qudwah sebegini. Khalifah Umar yang berjalan di jalanan mencari rakyat yang memerlukan khidmatnya.

Maka ikhwah, usahakanlah dan carilah jalan membina diri dan rakan. Merancang pembinaan diri dalam segala aspek. Iman dan akidah, akhlak dan ukhuwwah, ilmu dan amal, taqwa dan istiqamah dan seterusnya. Bagi yang yakin anda menemui jalan tersebut, kuatkan azam dan istiqamah atas keyakinan anda dan berdoalah agar Allah mengurniakan keteguhan/thabat atasnya.

“Semoga Kita Menjadi Qudwah Bagi Ummat Ini, Amin”

 

Comments
  1. abudi says:

    moge Allah pilih kita tok jadi qudwah umat ini… amin

  2. jalan lurus says:

    “kita kehilangannya” kupasan yg sgt jelas, tahniah.

    benar sekali, qudwah yg hilang, ummat islam sdn masing2 selesa dan bangga dgn celupan peribadi & gaya hidup barat & jahiliyah. Kata-kata Umar Al-farouq ” Kita adalah kaum yg dimuliakan dgn Islam, jika kita mencari selainnya maka kita akan dihinakan Allah.” Itulah antara punca kepada apa yg berlaku pd Ummat Islam kini.

    Moga makin ramai qudwah yg berjaya kita didik&lahirkan seterusnya menaikkan kembali kegemilangan islam sepertimana generasi pertama didikan rasulullah mencapainya.

    Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s