spongebob squarepants

Posted: October 19, 2008 in Life is Real

Suka tengok spongebob squarepants? Mesti ramai di kalangan kita yang meminatinya termasuk diri ini yang tidak terlepas dari menonton aksi lawak si span ni. Tapi bukan cerita ini yang mahu diperkatakan tapi sifat span itu sendiri.

Span yang berlubang penuh satu badannya masih mampu menampung air yang banyak. Jika span ini kita rendam dalam air susu, maka susu jugalah keluar apabila diperah. Apabila direndam pula dalam air oren, maka orenlah terhasil jika diperah darinya.

Begitulah analoginya kita sebagai manusia ini. Sangat mudah terpengaruh dan suka menjadi sama dengan orang sekeliling kita.

Inilah yang saya perhatikan apabila pulang ke Malaysia baru-baru ini. Kawan-kawan satu sekolah yang dulunya solat, puasa, qiam sama-sama dan boleh dikatakan alim, kini berubah menjadi entah apa-apa. Bukannya tiada iman di dada tapi semuanya sebab pengaruh kawan-kawan baru yang lain tindak-tanduknya. Punah perisai kawan saya ni yang penat dibina di sekolah dulu dek kerana mereka ni. Sedih rasanya melihat kawan lama begini sebab mereka bukannya budak sekolah lagi tapi mahasiswa universiti yang mampu berfikir.

Gejala couple yang menjadi trend di universiti tempatan hari ini membuatkan orang yang tidak bercouple itu ganjil. Tidak tertahan iman senipis daun bawang, kalau setiap masa kawan asyik bercerita pasal couple dan memerli jika tiada couple. Apatah lagi jika kawan-kawan asyik mengajak ke kelab malam. Hampir setiap malam tiada di rumah membuat kawan saya tak keruan untuk mengikut mereka.

Betulah kata nabi, manusia akan mengikut persekitarannya. Jika baik persekitaran, maka baiklah dan sebaliknya. Baru terfikir betapa pentingnya baiah solehah. Marilah bersyukur kepada Allah kerana memilih kita untuk diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman lantas menjadikan kita sebahagian daripada mereka. Jadi pandai-pandailah membuat keputusan yang bijak dalam memilih kawan dalam bersahabat.

Sabda nabi, jika bersahabat dengan penjual minyak wangi, maka tercalitlah kewangian pada baju tetapi jika bersahabat dengan tukang besi maka terperciklah habanya.

‘bijak memilih kawan, hidup menjadi aman’

from inside

Comments
  1. najib says:

    ‘bijak memilih kawan, hidup menjadi aman’ aku suka quote nih,ertinya,kalau bijak pilih kawan,leh jadi aman ke?aman mana satu nih,aman nik ke?aman jais?hehe

  2. Atiqah says:

    yess..i like ur writing…(”,)

  3. saya says:

    yeeaahh…mari ramai2 kite jadi aman supaya dpt bnyk kawan yg bijak2

  4. dak umah najib says:

    kita sokong aman nik je r kot, sbb dia dak umah kita, mn r tau nnt dia nk blanje mkn ke

  5. tetamu kehormat umah najib says:

    btol2.. sokong aman nik je r.. kalo x xleh tgk bola kt lptp die..

  6. are-ku says:

    aku nak sokong aman mane?
    aman jais ke aman nik ke aman ramadhan ek?
    kompius-kompius
    aman damai r
    haha

  7. carrot susu says:

    aman palestin! huhu

  8. adam says:

    aman malaysia xde ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s