Tiga Aku

Posted: October 14, 2008 in Da'wah Kreatif

Aku satu

Aku dulu waktu sekolah menengah adalah orang yang hebat.Pengawas la katakana.Kalau nak dikatakan aku lah yang paling Alim..Tiap hari,aku pergi Masjid,sampai masjid jer terus solat sunat,lepas tu baca al Quran.Kadang-kadang,kalau ada masa,aku Qiam..Ajak member-member sekali.Waktu tu kalau orang sebut jer nama aku,memang dah tau la yang aku budak baik,orang pun tak pandang serong kalau aku buat sesuatu.Aku pun ahli pencegah maksiat sekolah.wow,hebat juga aku ni..

Makin lama,lepas SPM jer,aku masih lagi alim macam dulu,nak istiqamah la katakana.cumanya aku tak pergi ke masjid,kadang-kadang jer,sebab masjid kalau jalan kaki 15 minit dari rumah,dalam hati aku kata,”takper la,yang penting aku masih solat,tak la macam kawan-kawan aku yang lain,ada yang solat setengah-setengah”.Tapi,lepas SPM,paling best sebab aku ada awek cun.Memang admire aku time skolah dulu..Selalu la aku pergi dating lepas balik dari kerja..

Dan memang dasar budak gempak,dapat jer keputusan SPM,aku dapat pergi ke Universiti.Suasana Univrsiti ni memang best wa cakap sama lu.Awek lagi ramai cun-cun..Mak ayah jauh.bebas la buat hal masing-masing.Solat aku jaga lagi,tapi waktu ujung-ujung selalu nya.Tapi,kadang-kadang aku kantoi jugak.alQuran pun ntah kemana dah.dalam sebulan sekali cukup la kan..kadang-kadang,puasa pun aku malas.Tapi paling best lepas masuk U,aku and awek aku leh check in hotel,mak ayah aku jauh,aku pulak kat sini,banyak duit pulak tu…haha..bahagianya..

Aku Dua

Aku dulu waktu zaman-zaman sekolah pengawas juga,tapi pengawas perpustakaan.Takde la terkenal sangat,Cuma ikut arus jer,orang ke sekolah,aku pergi jugak,orang pergi ke masjid,aku pergi jugak,orang ke padang pun aku ikut jugak.aku tak la rajin sangat sampai nak pergi Qiam,tapi,solat dan quran tu,orang cakap cukup-cukup makan jer.awek?.hehe

Makin lama,lepas SPM jer,aku masih macam dulu.Tak berubah pun,solat kat rumah,quran setengah muka sehari.Kalau ayah ajak baru nak pergi surau,kalau takder sembahyang jumaat,tak tau la hari apa nak pergi masjid.hehe

Dan memang dasar budak gempak,dapat jer keputusan SPM,aku dapat masuk ke menara gading,Alhamdulillah,aku tak berubah,aku masih macam dulu,orang ada awek,aku ada jugak,tapi aku masih jaga solat,aku masih baca alquran,walaupun tak setiap hari.

Aku tiga

Aku ni pulak,dulu waktu zaman sekolah,aku pasif jer,nak kata jadi pengawas,tak mungkin la,aku yang selalu kena tangkap pengawas..Kalau nak kata pergi solat,aku yang selalu kena rotan sebab escape subuh,kalau nak kata baca alQuran,kalau takder kelas Pendidikan alQuran dan asSunnah,aku memang dah tak baca alQuran tu.pastu tiap minggu aku yang pergi dating kat kelas,Nampak jer oleh ustaz or warden,terpaksa la lari lintang pukang dengan awek aku..hehe

Makin lama pastu,Lepas SPM jer,aku dah tak tau nak buat apa.Tapi,timbul la jugak kesedaran dalam diri aku,kalau dulu,ustaz-uztaz or warden yang selalu paksa aku solat,sekarang aku ada inisiatif sendiri nak pergi solat,walaupun kadang-kadang kantoi jugak waktu solatnya..alQuran pulak,kadang-kadang aku buka,kadang-kadang aku baca,kadang-kadang jadi hiasan..Masjid pulak,kalau takde solat jumaat,memang tak pergi kot ke masjid ni..hehe..

Dan memang dasar budak yang kurang gempak,dengan result yang cukup-cukup makan,aku Berjaya masuk ke menara gading.Ada la seorang member lama ajak masuk Usrah,dalam hati aku kata “mesti boring macam kat sekolah dulu”.Tapi,disebabkan ajakan member,aku ikut jer la.Ajaib nya,Usrah yang aku ikut tak sama 180 darjah tak sama macam sekolah menengah.Usrah ni la yang mengajar aku istiqamah dalam solat istiqamah dalam baca alQuran.Walaupun tak se”alim” orang lain,paling kurang aku dapat rasai keindahan beramal dengan islam.Walaupun aku dulu seorang yang “kurang molek perangainya”,tapi,rasanya Allah masih boleh mengampunkan dosa-dosa ku yang dulu..Ya Allah,berilah hidayah pada hamba Mu yang lemah ini..aminn

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. bermaksud:

“Barangsiapa yang amalannya hari  ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama

dengan yang semalam, dia adalah orang yang rugi.

Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,

dia tergolong orang yang dilaknat Allah s.w.t.”

Comments
  1. *aku* says:

    terkesan dlm dri…

    syukran 2 da post!

  2. hanyagerhana says:

    nape xde pn watak aku dalam ni hehe

    – Jackster

  3. saffaa saidatul says:

    i luv this entry!!!
    Alf mabrouk!

  4. h.syaamilah says:

    realiti mmg byk org da jd g2..

    aku hrp smoga yg tkena kt idong 2 muhasbh diri..

    dan smoga hdupku msh dlm keredhaan Allah..

    AAAminn…

  5. khairaummah says:

    permulaan yang baik bukan satu jaminan. Hidayah itu milik Allah!

  6. tajul_alhafiz says:

    minx share ye utk dakwah….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s