Apa pak cik bilal baca tok?

Posted: September 26, 2008 in Kongsi Untuk Amal

Selalu kita dengar jer lepas 4 rakaat taraweh ni,bilal salu baca satu doa..paham x doa tu?hehe

Mula2,awal doa tuh,bilal mintak keredhaan daripada Allah swt..

Bercakap tentang redha ni,teringat kawan kat mesir nama Ahmad Redha..Tapi ni redha yang lain..hehe

Hidup ni kena dapatkan keredhaan Allah..Kita hidup,makan Allah yang bagi,minum Allah yang bagi,bagi yang berbini,bini tu pun Allah yang bagi..hehe

Hidup ni,rasa bahagia tu dapat dirasa kalu dengan redha Allah swt..

Redha mana yang paling penting?tentulah bila Allah redha dengan ibadah yang kita buat..

Ada orang yang tak dapat redha Allah ni,hati nya kurang bahagia..Bila tengok jiran sebelah ada kereta baru,ada rumah baru malah ada bini baru..mula lah hati rasa macam-macam..nampak jer badan sehat,tapi hati tu yang dah mula panas..hehe

Moga dapat keredhaan Allah..doa-doa lah selalu..

Pastu,bilal sambung doa tu dengan “mintak dapat syurga dan dijauhkan dari siksa neraka..”

Kalau orang yang berpuasa ni,syurga yang Allah janjikan untuk mereka dinamakan sebagai Ar Rayyan..

Dikisahkan,pintu yurga ni ada lapan dan pintu neraka ni ada tujuh..

Kalau dipikirkan,kenapa tak balance pulak jumlahnya tuh..sebab apa agaknya Allah jadikan pintu syurga itu lebih banyak darpada pintu-pintu neraka ya saudara??

Kerana Allah begitu kasih kepada umat nabi Muhammad ini sehinggakan kita diberi peluang dan ruang yang banyak sekali untuk memasuki syurga Allah swt

Dan bukannya ruang dan peluang yang banyak untuk ke neraka Allah wt..

Cuma sekarang untuk kita pilih antara pintu yang lima belas nih,yang mana satu kita nak buka pintu nya??

Madrasah ramadhan dah nak berlalu..berlalu tanpa menunggu umat nabi Muhammad yang masih leka dan alpa..

Berlaku tanpa meninggalkan walau sedikit keberkatannya pada bulan-bulan yang lain

Terus berlalu membiarkan umat-umat yang bermimpi terus hanyut dibuai mimpi-mimpi indah sehingga syawal menyapa..

Dan terus juga berlalu membiarkan kita yang cuai dan rugi menunggu datang nya ramadhan pada tahun akan datang..

sampaikah kita ke situ?

Bagi yang sudah menggunakan ramadhan dengan sebaiknya,alhamdulillah..Itulah nama nya madrasah..

Jangan pulak lepas MADRASAH ramadhan,zohor nya ,ada la satu saf,asar nya pulak iman dan makmum jer,maghrib isya pulak macam chipsmore,sekejap ada sekejap takder..subuh pulak batang hidung pun tak ader..hehe

Kalau itulah hasilnya,kalau dibuat perumpamaan,seperti kalau kerajaan belanja beribu-ribu billion ringgit buat kursus kat Taiwan,last-last bila buat kerja,suma tidur dan tak tau apa-apa..buang bajet jer..hehe

Sepatutnya,lepas madrasah,kalau solat sunat tiap malam dapat sampai 23 rakaat,bulan-bulan lain dapat 2 rakaat pun alhamdulillah ada la hasilnya..

Tapi,kalau dapat 23 rakaat,wow…lagi la tinggi hasil madrasah ramadhan nya..

Ok la,makin jauh melalut ni,ala kulli hal nya,ada beberapa hari ramadhan yang tinggal,jadi gunakan lah sekolah ramadhan ni sebaiknya..

Tepuk tangan Tanya Iman….

Comments
  1. princess kacang says:

    beruntunglah hamba hamba yang sentiasa beringat~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s