Malam Tujuh Lekor..Apa pulak ni?

Posted: September 24, 2008 in Kongsi Untuk Amal

Bila tangan ku mula menaip lagi

Erm,arini dah brapa ramadhan aku habiskan depan computer..kata orang saja nak buang masa sementara menunggu waktu berbuka..Menunggu waktu berbuka apa,jam baru pukol 12..Lama lagi la ni..huhu

Actually,bila ditengok nun di luar rumah, jiran-jiran seangkatan dengan rumah aku ni dah start buat kerja luar rumah..Ada yang decorate rumah,ada yang ngecat rumah, ada yang cat rumah dia kaler merah,tabir benar aku nengok..Kat mesir mana ada rumah kaler merah..Suma rumah kaler satu pattern jer..hehe..Kaler coklet,nak mengelak debu katanya..Apa pun alasannya,tetap takder kalerpul mana..Rumah kat Malaysia jer yang kalerpul..

And Then ada jugak bukak radio,dah start dah DJ2 radio Dj Syanaz,Dj krol,buka lagu raya..wow,ertinya raya dah dekat..Tapi,yang paling mencuri tumpuan aku,kat luar rumah la,Pak cik jiran aku dah start pasang pelita…Wow lagi sekali,rupanya Malam tujuh lekor dah dekat..dan akhirnya Madrasah ramadhan dah nak tamat..Dalam keheningan aku termanggu meniti hari-hari ramadhan yang aku telah lalui.ruginya…ish3..

Tapi,yang menarik minat aku sekarang adalah Malam Tujuh Lekor..

Macam-macam benda dah aku pernah dengar pasal malam ni,,Ajaib sungguh..macam2 version crita ada..

Ok,ana start macam pidato la,definisi satu demi satu..

Menurut yang kita fahami,MALAM bermaksud waktu selepas siang yang berkeadaan gelap..

TUJUH pula membawa pengertian “nombor 1 digit yang berada selepas enam dan sebelum lapan..”

LEKOR pulak ana tak tau..yang ana tau,lekor ni ada satu jer,keropok lekor kat Kelantan..(orang2 kelate jgn marah ek)

Jadi,disimpulkan, MALAM TUJUH LEKOR bermaksud “waktu selepas siang yang berada selepas enam dan sebelum lapan berkenaan satu keropk di Kelantan”

Erks,betul ke maksud ni??hehe

Dikisahkan oleh orang-orang tua di kampong ku,malam tujuh lekor ni sebenarnya malam-malam akhir sebelum hari raya atau lebih tepat lagi seminggu sebelum hari raya..

Tapi,version lain yang saya pernah dengar,3 hari sebelum hari raya..yang mana satu betul,kita sama-sama lah mempertimbangkannya..

Banyak pendapat,jadi kita ambik pendapat yang jumhur orang Malaysia ambik..

Sebenarnya,Malam tujuh lekor ni membawa satu signifikan yang amat luas dalam umat Islam..

Mungkin kita dah di momokkan dengan crita-crita karut yang mana pada malam tujuh lekor ni banyak hantu berkeliaran..ish3..saper la yang buat crita ni??Padahal malam tujuh lekor ni sebenarnya adalah ambang di mana malam yang amat penting dalam ramadhan, MALAM AL QADR mungkin muncul..Kalau anak-anak kecil kita di momokkan dengan crita macam ni,macam mana anak-anak kita akan pergi ke masjid dan surau untuk bertaraweh,at last,anak-anak kecil ni aka nada kat rumah jer la…ibdah tinggal mana,hati jadi tak gembira..Sepatutnya,kita meluntur buluh biarlah dari rebungnya..fikirkan..

Memang difahami,cerita macam tuh memang dibuat untuk menakutkan anak-anak mudah dari bermain mercun,meriam dan buluh..dan lebh-lebih lagi bagi membantu ibu-ibu di rumah,tapi kalau ibadah paling afdal ditinggalkan,bila lagi kita nak melatih mereka??..aiya apa mau jadi la..hehe

Jadi,malas la nak crita hal-hal hantu ni..hehe..Malam tujuh lekor kita wajar jadikan untuk membaiki diri dan muhasabah..Check balik ramadhan kita..Walaupun kita dah di akhir ramadhan,TAPI,KITA MASEH DALAM RAMADHAN al-MUBARAK..

Gunakan ramadhan yang ada untuk tingkatkan amalan,banyak kan solat malam dan bacalah alquran.. 🙂

Kejar malam lailatul qadar sementara masa masih ada..

Biarkan pelita di luar rumah ,jadi api semangat untuk ibadah,

Jadikan lampu-lampu raya, amaran ramadhan tidak sia-sia,

Dan anggaplah bunyi-bunyi meriam,sebagai pengejut tidur untuk bangun qiam..

Malam tujuh lekor,malam untuk bangun dari tidur.. 🙂

Comments
  1. hanyagerhana says:

    tengkiu la pemenang,tak sangka pulak ko rajin baca hanyagerhana..hehe

  2. hanyagerhana says:

    weh keropok lekor kat tganu la.. klantan mane bley lawan haha

    – Jackster

  3. pemenang says:

    hoih..sape jackster ni ..x kenal r

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s