Besarnya Nilai Seposen??

Posted: September 24, 2008 in Life is Real

Besarnya Nilai seposen??

Sepuluh sen?satu nilai yang dianggap kecik..lagi-lagi lepas duit satu sen dmansuh kan..maka makin kecik la nilai sepuloh sen ni..

Kalo pegi kedai runcit,kadang-kadang tauke akan Tanya,cik,ada sepuluh sen..Sebabnya,nak genapkan harga la kononnya..yang tak tahan nya,kalo gi shopping complex pun diorang tanya jugak..hehe..teringat mesir..”fi fakah ma`ak?”

Kalo gi telepon awam,sepuluh sen pun amat penting,dulu waktu sekolah rendah,duit sepuluh sen selalu ada dalam poket sebab nak tepon umah kalo ada “emergency”..

Sekarang pun guna lagi seposen sebab nak gores kad reload..leh jer guna syiling 20 sen or 50 sen,tapi apa leh buat,artikel tentang seposen..hehe

Masa kecik-kecik,ada sepuluh sen kira dah banyak duit,kalo kumpul-kumpul boleh jadi 100 sen..banyak tu..kalau korang kaya dulu,tak merasa la nikmatnya..hehe

Pastu,bila dah besar,nilai sepuluh sen ni jadi makin kecik..kadang-kadang pandang sebelah mata jer..

Tapi,bila dah jadi betol-betol besar,contohnya,jawatan amat besar sekali,nilai seposen ni amat besar sekali nilainya..tak percaya?

Hari ini,rakyat Malaysia dah diberi sedikit la berita gembira terutama yang nak balik kampong tu..Sebab nya,hari ini,kerajaan BN dah menurunkan sedikit harga minyak sebanyak SEPOSEN..duit raya katanya..hmmm..

Kira dah tinggi la nilai tu bagi mereka,sebabnya nak memperoleh sokongan rakyat kembali ketika politik Negara semakin bergelora akibat Tsunami politik baru-baru ni..

Kadang-kadang rakyat juga boleh hilang pedoman akibat harta dunia..Sehinggakan harga minyak boleh dipolitikkan sehingga lupa perjuangan asal iaitu untuk membela dan menjaga nasib rakyat..

Sebenarnya,bukan nak berpolitik nih,bahaya!!takut kena tangkap dek anak pak cik Hassan..(ada kawan namanya ISA hasan)..pinjam nama jap..

So,point sebanarnya,apabila politik Negara dah mula jadi kucar kacir,impak nya memang tak leh dijangkan..Bayangkan sejak politik Negara mula bergelora,kadar tukaran ringgit semakin menurun sehinggakan sampai kadar terendah dalam 14 tahun..

Semakin lama semakin dihimpit oleh permasalahan dalaman..

Rakyat mula hilang kepercayaan kepada pemimpin..

Masyarakat mula terbahagi kepada beberapa puak..mungkin kah terjadi seperti puak syiah dan sunni di zaman saidina Ali?wallahua`lam..

Politik ni bukanlah sebenarnya tempat untuk berebut jawatan..

Bukan tempat untuk membuka periuk nasi elektrik sama ada penasonik or nokia..

Dan bukan juga tempat untuk mencipta kemegahan dan nama..

Serta bukan juga tempat untuk memecah belahkan umat dan bangsa..

Mungkin kah kali ini,sepuluh sen akan menamatkan semua?

Tapi,sebenarnya tanggungjawab kita kita doakan lah supaya keadaan mula aman dan Negara kembali stabil..

Mungkin sebelum ini,kita doakan parti-parti tertentu yang akan memerintah..

Tapi,mungkin cuba kita doakan moga keadaan kucar kacir politik Negara segera diselesaikan..

Biar siapa pun yang memerintah,moga Allah kurniakan hidayah kepada nya untuk jadikan landasan islam jadi ikutan..kerana Islam itu kehidupan..

Kira jauh jugak melalut ni..Tapi,apakan daya..nilai seposen itu terlalu besar nilainya…biarpun bukan untuk kita,tapi bagi yang memerlukannya..

Hanya kerana seposen…

ace

Comments
  1. pemenang says:

    hoih najib..x paham r ape kaitan seposen ?

  2. hanyagerhana says:

    try bace btol2 pemenang.. ko jgn bace direct ikut ayat, songsangkan skt haha

    – Jackster

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s