Tidur kah ramadhan kita?

Posted: September 19, 2008 in Kongsi Untuk Amal

Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia disisi Allah.

Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan oleh-NYA. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah.

.

Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini.

.

Ana kali ini membawa satu tajuk yang datang sekali setahun iaitu “Tidurkah ramadhan kita?.”

Sememangnya,Pabila terdengar ramdhan dan tidur,di kiri di kanan di depan di belakang pasti sudah sinonim dengan muslimin di bulan yang mulia ini..

Persoalan nya kenapa mesti tidur??

Mari kita imbau kembali apa yang ramadhan pernah muatkan untuk kita dalam lipatan sejarah..

Contoh pertama

Tarikh 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah pasti mengingatkan kita tentang peperangan Badar..

iaitu peperangan pertama umat islam menentang kafir quraisy yang jumlahnya melebihi 1000 orang..

Tapi,kenapa Allah swt memerintah kan peperangan ini dijalankan pada bulan ramadhan yang mana semua umat islam wajib berpuasa dan kemudian nya terpaksa pula pergi berperang..

Contoh kedua kita ambil

Kisah masyhur dalam kalender islam iaitu kejayaan Muhammad al fatih menakluk constantinapole..

Pada bulan ramadhan, tentera-tentera Sultan Muhammad Al fatih terpaksa menolak kapal di atas padang pasir untuk menyerang constantipole dari arah yang lain yang akhir nya Berjaya menembusi tembok kebal constantinapole..

Kita,ramadhan,apa yg kita buat??

Dan Contoh ketiga

Yang masih segar dalam lipatan ingatn muslimin semua

10 Ramadhan tahun 1393 H
Pada ketika itu,bukit gulam,semenanjung Sinai dan semenanjung Gaza telah dijajah oleh yahudi Israel..

Jadi,tentera-tentera mesir pada ketika itu yang telah tewas berkali kali dan buntu untuk menakluk semula semenanjung Sinai terpaksa meminta pendapat syeikhul azhar

dan syeikhul azhar denagn ilham daripada Allah swt telah memilih bulan ramadhan sebagai waktu peperangan dan akhirnya beroleh kejayaan…

antara peperangan lain yang berlaku sepanjang ramadhan…

1. Badar Kubra, berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah
2. Fathu Mekah, berlaku pada 10 Ramadhan tahun 8 Hijrah
3. Peperangan Al Qadisiyah, berlaku pada tahun 15 Hijrah
4. Pembukaan Andalus, berlaku pada Ramadhan tahun 92 Hijrah
5. Peperangan Ain Jalut, berlaku pada Ramadhan tahun 658 Hijrah
6. Pembebasan Sinai dari cengkaman Yahudi berlaku pada 10 Ramadhan tahun 1393 H

Kenapa agaknya bulan ramdhan yang dipilih sebagai tarikh peperangan2 penting dalam islam sedangkan pada bulan ini,umat islam dilarang untuk makan,untuk minum sehingga terbenam matahari..

kerana apa? kerana apabila perut kosong, jadi otak berjalan.. dan kekuatan otak ini lah mengatasi kekuatan nafsu diri,sama ada nafsu makan,nafsu marah dan nafsu syahwat..Jadi,kalau nafsu dah tewas,maka mudah la untuk berjihad..

Jadi pada bulan ini lah sepatutnya bulan untuk kita kuat bekerja,kuat untuk beribadah dan kuat untuk mengingati Allah….

Antara kelebihan ramadhan

Barangsiapa melakukan shalat sunat di bulan ini, Allah akan menuliskan baginya kebebasan dari api neraka. Barangsiapa melakukan shalat fardu baginya ganjaran seperti melakukan 70 shalat fardhu di bulan lain.

.

Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan.

Barangsiapa di bulan ini membaca satu ayat Al-Quran, ganjarannya sama seperti mengkhatam Al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Sebenarnya,kita sudah dalam ramadhan,Bahkan di akhir-akir ramadhan..Buka mata, buka fikiran,buka la al quran-al quran , bangunlah di malam-malam dan ingati zikir-zikir harian ..Jika kita asyik lena dibuai mimpi,adakah ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya..

Sidang jumaat yang Allah rahmati,

Uniknya bulan ramdhan kerana di dalam nya terdapat satu malam yang agung yang berkunjung Cuma sekali setahun..

Surah alQadr

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mungkin di sepuluh akhir ramadhan kita sudah mengimpikan hari raya lagi-lagi bagi yang sudah lama tidak beraya bersama keluarga..

Tapi,di sepuluh malam terakhir ini lah sepatutnya kita meningkatkan amalan-amalan malam,memperbanyakkan zikir-zikir dan al quran

Sekarang 10 akhir ramadhan sudah hampir menyapa..Apa tunggu lagi,sekiranya pada bulan ramadhan lah tempat kita untuk tidur tanpa amalan,maka bayangkan lah nasib kita di bulan-bulan yang lain pada mana iblis dan syaitan berkeliaran..jadi apa tunggu lagi, bangun…bangun ..dan bangun lah..jangan biarkan diri mu terlepas dari malam lailatul qadr yang mulia…mari mulakan momentum-momentum ibadah sebelum kita terhenti dek daya geseran takbir hari raya..

Mulimin yang dikasihi..

Sekiranya tidur menghalang kita berbuat kebaikan janganlah tidur..

Tapi,Kalau dengan berjaga di bulan ramadhan,kita berpeluang mengumpat mengeji dan bercakap kosong,maka tidur lah lebih baik,

Jangan biarkan bau mulut seharum kasturi ramadhan menjadi bau bangkai orang yang mengeji dan mengumpat,

Muslimin yang Allah kasihi.

Apa gunanya raya yang panjang,jika kita terlepas madrasah ramadhan,

Tidak ada gunanya di shopping complex kita melabur,jika ramadhan habis dengan tidur yang lebur..

Untuk apa hari raya kita berpesta,kalau 10 akhir ramadhan jadi sia-sia..

Bangun..bangun..dan terus bangun untuk kita laksanakan ibadah..jika bukan dalam madrasah ramadhan kali ini,bila lagi?

Tidur tiada salah nya,tapi,jangan kita berlebihan…

Comments
  1. pemenang says:

    weh menarik r…ade gak r masalah aku dalam bulan pose nih tibe2 ade idea lak nak selesaikan…tapi sape tulis ni eh? menarik r…

  2. Me says:

    dlm bln ramadan;
    amalan sunat=70 kali gnda amalan fardu
    amalan fardhu=70×70=4900
    amal jihad+da’wah=70×700=49000

    timbang2kan lah, rebutlah twrn selagi masih ada masa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s