Cinta : Ingatan buat diri yang hina ini

Posted: September 6, 2008 in Kongsi Untuk Amal

Adakah wajar cinta manusia itu dijadikan penghalang untuk memperoleh redha Allah, Kekasih yang Maha Agung? Mengapa dicampakkan perasaan cinta ke dalam hati setiap makhluk-Nya jika perasaan itu akan menghilangkan ketaatan kepada-Nya dan menjadikan pengabdian kepada manusia melebihi pengabdian kepada Pencipta?


Gambar Hiasan

Tidaklah cinta manusia itu menjadi satu kesalahan sebaliknya ia membuktikan betapa Allah Maha Mengetahui, betapa Allah Maha Bijaksana dalam menciptakan satu perasaan yang cukup kuat yang mampu merendahkan gunung yang tinggi, mencetekkan lautan yang dalam, dan meringankan setiap beban di dunia ini. Namun apakah yang menjadi kesilapan sehingga perasaan ini menjadikan manusia jauh daripada Tuhan yang Maha Esa, sehingga sanggup mensyirikkan Allah dengan makhluk yang bergelar manusia?

Allah Maha Mengetahui dalam setiap apa yang Dia jadikan maka kita sebagai hamba-Nya perlulah lebih bijak dalam membuat pertimbangan, tidak wajar bagi kita untuk melafazkan cinta itu kepada sesiapa sahaja dengan sewenang-wenangnya kerana akibat daripada itu adalah tidak tertanggung oleh sanubari manusia yang maha lemah ini.

Cinta remaja merupakan satu kesilapan yang menjadi kebiasaan bagi setiap remaja yang kehilangan punca dan kekuatan untuk mempertahankan perjuangan mereka. Seringkali remaja menjadikan istilah cinta itu untuk menghalalkan setiap yang diharamkan oleh Allah, menghilangkan kegerunan kepada bahaya percintaan semata-mata mencari keseronokan yang sementara. Alasan mendapatkan calon supaya masa depan terjamin bukanlah satu alasan yang kukuh malah tidak layak dijadikan alasan untuk mengabaikan perintah Allah supaya memelihara perhubungan antara berlainan jantina agar tidak terjebak ke dalam kancah kemaksiatan.

Cinta yang sebenar adalah apabila dituruti ikatan yang sah iaitu perkahwinan. Cinta di alam perkahwinan merupakan seindah-indah cinta manusia yang telah dikurniakan oleh Allah kepada setiap hamba-Nya yang beriman.

Jackster

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s