Dia sahabatku

Posted: August 4, 2008 in sastera

Aku dedikasikan puisi ini khas buat sahabatku, renungkanlah..

Dia sahabatku
entah siapa gerangannya
entah mana asalnya
perilakunya menarik mataku
perkenalan yang tidak diduga
tatkala diri ini keliru di jalan Allah yang satu

Dia sahabatku
makin aku selam hatinya
makin aku rapat dengannya
bait katanya menyentuh hatiku
keakaraban yang  tidak disangka
tika jiwa ini karam di muara hiasan dunia

Dia sahabatku
menjadi obor
kala aku meraba dalam kegelapan
buat mencari nur ilahi yang makin kelam

Dia sahabatku
menjadi tongkat
kala aku mendaki cerunan gunung
buat mengapai redha ilahi yang makin pudar

Dia sahabatku
menjadi bahtera
kala aku meredah lautan bergelora
buat menagih kasih ilahi yang makin sirna

Dia sahabatku
aku sedar aku yakin
Allah ciptakan dia untukku
sebagai teman dunia dan akhirat
kerna dia ku temu tika di jalan Allah
kerna dia ku kenal tika di jalan Allah
kerna dia ku akrab tika di jalan Allah

jika persahabatan ini takdir ilahi
jika persahabatan ini kehendak ilahi
jika persahabatan ini ketentuan ilahi
akan ku semai ia biar ia tumbuh
akan ku siram ia biar ia segar
akan ku baja ia biar ia subur
itu janjiku wahai sahabatku
moga bertemu dan berpisah kita
kerana khaliq Allah yang esa..

(post ni sempena ‘happy freindship day’ walaupun aku tidak tahu mana asal usul hari ni)

from inside

Comments
  1. azizan ajiji says:

    salam perjuangan..
    bila mok blt m’sia syeikh?
    erm, bp nbr ktk kah?
    tk nbr kmk..
    ada ms, msg la.
    0132463657.
    ok, selamat..

  2. azizan ajiji says:

    Salam. entri baru, “aik, sekarang di KL, rasa macam di sarawak”
    xizhan88.blogspot.com

  3. najib says:

    syeikh,sebenarnya blog ni adalah blog kongsi beberapa org..hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s