muqarabillah

Posted: July 25, 2008 in Life is Real

Oh jiwaku, marilah merasai dekat dengan islam dekat jua dengan Allah Taala!

Ketahuilah jiwaku, natijah yang nampak seolah-olah islami tetapi sebenarnya terputus hubungan dengan Allah, ditolak oleh Allah dan pelaku-pelakunya diseksa pula oleh Allah. Satu hadis Rasulullah, yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah wajar kita renungkan.

Perkara pertama yang akan diputuskan di hari kiamat ialah seorang yang mati syahid. Maka dihadapkan dan ditanyakan beberapa nikmat Allah kepadanya. Setelah diakui banyaknya nikmat Allah,

maka ditanya: Apakah perbuatanmu terhadap nikmat itu?

jawabnya: saya telah berjuang untuk-Mu sehinggalah mati syahid.

Jawab Allah: dusta engkau, tetapi engkau berjuang suapaya dikenali sebagai pahlawan dan dirimu telah pun terkenal demikian. Kemudian, diperintahkan supaya diseret ke dalam api neraka.

Begitu juga nasib seorang pelajar yang telah pandai serta mengajar Al-Quran. Allah yang maha mengetahui itu tidak menerima semua amalnya dan mengatakan bahawa amalnya itu bertujuan untuk terkenel sebagai qori. Kemudian diseret mukanya ke dalam neraka.

Seorang hartawan yang suka menderma ketika hidupnya juga dicampak ke neraka. Ini kerana amalannya terputus hubungan dengan Allah dan bertujuan untuk dikenali sebagai dermawan.

Duhai jiwaku, tidakkah hadis ini cukup mengerunkanmu? sedangkan seorang mati syahid, qori dan dermawan pun dicampak ke neraka, inikan pula aku? sudahla sikit amalku, bercampur baur pula dengan karat mazmumah. Biarpun hidupku dekat dengan Islam, namun bersihkah engkau duhai hatiku?

Persediaan hati perlukan proses tarbiah tersusun bermula dengan tazkiayah an-nafs dan mua’lajatul uyub (mengikis keaiban). Mujahadah yang dituntut amatlah perit da bukan sedikit. Ia tidak boleh diambil mudah! Hanya dorongan iman dari hati yang diproses untuk dekat dengan Allah akan memampukan seseorang melakukan setiap apa yang diperintahkan oleh Allah menyeluruh. Inilah hakikat perhambaan sebenarnya dan hakikat pengabdian ini hanya akan lahir apabila jelas hubungan dengan Allah.

Hayatilah bagaimana dekatnya para Rasul dan pengikutnya dengan Allah dalam setiap detik nadi mereka berdenyut. Setiap nilai hidup dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara perlu dihubungakan kepada cinta Allah agar menjadi sebati di dalam hati dan lahir pula dalam tingkah laku kita. Kita cintakan Islam kaafah! Bukan sekadar sistem pentadbiran yang perlu Islamik tetapi sistem diri kita juga perlu Islami merangkumi hati, pemikiran dan amalan.

Berkata Hassan Al-Hudaibi:

tegakkan islam dalam diri anda, nescaya tertegaklah islam di muka bumi ini.

Wahai diri, bagaimanakah praktikalnya?

Kekuatan hubungan dengan Allah sahajalah yang menjadi tenaga penggerak hati, rasa, pemikiran dan sahsiah diri sejajar dengan syarat-syarat keislaman. Inilah rahsia kekuatan sebenar yang akan mencorak seseorang dengan corakan Allah (sibghotullah) walaupun di tempat sunyi ataupun di khalayak ramai, gelap atau terang, susah atau senang, setiap ketika, di mana sahaja. Inilah proses didikan yang dilakukan oleh rasulullah kepada para sahabat sehingga dikenali sebagai generasi al-quran yang unik.

Iman mereka diiktiraf oleh Allah dan apa yang wajar dicontohi ialah keimanan mereka, cara mereka berhubung dengan Allah dan rasul-Nya, kenyakinan mereka, cara berfikir dan tingkah laku mereka. Hakikat ini perlu diyakini dan dirasai untuk mengikut jejak langkah mereka. Sekiranya mereka menerima hakikat dekat dengan Allah sebagai titik tolak dalam melaksanakan Ubudiyyah kepada Allah ( iaitu menegakkan islam dalam diri dan di muka bumi), maka kita juga mesti menerima hakikat ini sebagi satu prinsip yang utama.

Hakikat ini perlu dirasai agar setiap rasa, pemikiran, tingkah laku kita selaras dengan kehendak Allah, jernih dengan fikrah islam yang dibawa oleh rasulullah . Itulah generasi al-quran yang unik.

Oh hati!

Kenapa ruhiyyahmu gersang?

Adakah kau jauh daripada Allah?

Aduhai…hati sebeginikaah yang akan membawa orang mengenali Allah?

Oh hati!

(petikan dari novel ‘Tautan Hati’-Fatimah Syarha)

from inside

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s