Mengapa khemah roboh?

Posted: July 23, 2008 in Da'wah Kreatif

Dikisahkan,terdapat satu hikayat benar yang berlaku sekitar tahun 2005,3 orang pengakap handalan dari sebuah sekolah yang kurang ternama,dari sebuah daerah yang letaknya di ceruk mana entah telah dipilh untuk menjayakan satu perkhemahan per”camping”an inter school…

Nak diceritakan,tiga sekawan ni memang suka sangat la pergi camping..Tup tap2,lepas pemilihan yang panjang,tiga2 dah kena pilih,masalah nya,ada 3 orang lelaki dan 3 akhawat…kisah ni pasal 3 pengakap lelaki tu jer la..3 pengakap ni namanya San,Bob dan Apis(bukan nama sebenar)..hehe

Dipendekkan cerita,hari pertama camping,memang la rutin biasa adalah pasang khemah..so,3 orang ni dengan skil2 pengakap yang kononnya mantap memansang khemah…Habis jer buat khemah,buat la pulak tempat menjemur baju dan pagar daripada kayu buluh yang tinggal..

Malam pertama camping pun tiba,dengan keletihan yang ada,tiga2 budak ni pun tertidur dengan best nya dalam khemah tu..Tapi..

Jam 2 pagi,Bob mengejut San dengan keadaan yang basah kuyup,”san,khemah kita nak terbang dah ni…ada ribut kat luar tuh..”

San yang merangkap ketua pengakap sekolahnya pun bagi cadangan “kita tahan jer khemah ni dari dalam..sebab kalo dari luar,abis la..basa kuyup..leh demam jawabnya”

Ketiga-tiga pengakap ni pun setuju..dan bertahan la diorang ni sambil khemah dipukul ribut..khemah tu sekejap kekiri sekejap ke kanan..ni lah kesannya pasang tak kemas..haha..pelbagai anggapan buruk melayang di fikiran..ada yang membayangkan bahawa,bila bukak jer pintu khemah,dah ada kat atas pokok,sebab angin kuat sangat..ada jugak membayangkan,bukak2 jer pintu khemah,dah ada kat tempat lain..macam2 la…

Akhirnya pagi pun menjelma..dan khemah diorang dah roboh..sedih dan pilu~

Hari kedua menerpa dengan keadaan ketiga2 pengakap ni terpaksa membina semula khemah tuh..nasib baik 3 org..kalo sorang sedih la jugak..takder teman nak tolong buat khemah sama2..😦

Yang best nyer,skolah lain ada jugak yang khemah dah tercabut teruk,ada jugak yang elok lagi khemahnya,tapi ada goyang2 sikit..tapi diorang ada yang membarkan jer..sbb,pada fikiran diorang “khemah bergoyang jer pun,tak yah la susah2 nak kemaskan,buat letih jer”

so,budak 3 orang nih pasang balik la khemah tu,tapi kali ni lebih kemas,lebih kukuh dan lebih kuat untuk menahan segala angin ribut..

dikisahkan,malam tu ribut lagi…adui2..maybe sebab september kot..musim tengkujuh…Tapi,kali ni khemah kukuh jer,biasa la,kegagalan khemah yang pertama memberi banyak iktibar..dan diorang pun leh tido dengan nyenyak nyer..

Keesokan pagi nya,”wow” tengok balik kat luar khemah,banyak khemah yang dah terbang,ada yang dah terok macam kapal terbalik..sian jugak tengok,tapi apakan daya,diorang tak nak baiki balik khemah diorang lepas dilanda ribut,..kesian,dah la hari ketiga banyak aktiviti..

Dalam hati San bermonolog sendirian “Nasib baik Allah bagi ribut yang pertama tu buat khemah tercabut,kalau tak,susah la aku nak kemas balik khemah..dah la ari ni banyak aktiviti..”

Tu lah kisahnya per”camping”an 3 pengakap…dan tambahan pulak sekolah yang datang ntah dari ceruk mana ni menang anugerah khemah terbaik..Walhasil,apa iktibar kisah ni..Wallahualam..fikirkan sendiri..cuma nak berkongsi…

Kalau nak buat khemah tuh,buat elok2..yang pastinya,kalau khemah yang kita buat kali pertaa roboh,pastikan khemah yang ke dua lebih kukuh….

“Succes is a collection of some drops of suffering,tiredness and pain.Failure is collection of some drops of laziness, idleness,disability and offense…”-Dr Aeid bin Abdullah al Qarni

Comments
  1. bintangmalam says:

    salam alaik..
    saya mohon keizinan tuan punya blog untuk copy bahan2 dalam blog ne untuk dikongsi dengan sahabat2 yang lain…harap diberi keizinan untuk kebaikan bersama..
    wallahualam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s