Islam Itu Indah

Posted: May 26, 2008 in Life is Real

Tidak kita rasakan suatu itu indah dan berharga andai tidak kita kehilangannya. Apatah lagi jika apa yang kita kehilangan itu suatu permata yang berharga bagi seorang hamba di muka bumi ini. Bagai satu keseksaan dan kesengsaraan andai Islam yang menjadi pegangan kita selama ini terlepas dari genggaman hati nurani kita. Bagai satu kerugian yang tidak terperi andai kita terpengaruh dengan dakyah-dakyah kafir la’natullah dan memilih selain Islam sebagai cara kehidupan.

Melepaskan Islam sebagai status agama bukanlah suatu yang dibimbangi kerana ini amat sukar untuk dilakukan, namun melepaskan Islam sebagai satu cara hidup amat mudah dan sering diamalkan.

Islam itu indah, namun bagaimana hendak kita mengetahui keindahannya andai tidak kita laksanakan aturan yang telah ditetapkan oleh Islam, bagaimana hendak kita memahami bahawa Islam itu membawa kepada kebahagiaan yang abadi andai budaya Barat yang menjadi sebatian dalam hidup kita.

Kita sering terlupa, dan kadangkala kelupaan kita boleh membawa kepada kepadahan yang tidak tertanggung dek sanubari.

وَمنْ يطعِ اللهَ وَرَسولهُ وَيخشَ اللهَ وَيتقهِ فأُولئكَ همُ الفائزُونَ

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut melanggar perintah Allah serta, menjaga dirinya jangan terdedah kepada azab Allah, maka merekalah orang-orang yang beroleh kemenangan. (Surah Al-nur 24: Ayat 52)

Mengapa tidak dikatakan Islam itu indah, jika Islam itu mengajar manusia makna kehidupan?

Mengapa tidak dikatakan Islam itu indah, jika Islam itu menuntut manusia mengamalkan persaudaraan sejagat yang tidak terbatas oleh warna kulit dan batasan negara?

Mengapa tidak dikatakan Islam itu indah, jika Islam dapat menunjukkan kepada keamanan yang dicari-cari oleh sekalian makhluk?

Mengapa tidak dikatakan Islam itu indah, jika Islam itu membawa kepada ketaatan kepada kedua ibu bapa dan kesejahteraan keluarga?

Dan mengapakah sebenarnya Islam itu dikatakan indah, jika bukan kerana kesyumulan cara hidup yang diatur oleh Islam, yang tiada dapat dicipta oleh sekalian manusia namun diajarkan oleh Allah Maha Berkuasa?

قلْ إِنَّ صلاتي وَنسكي وَمحْيايَ وَمماتي للهِ رَبّ العالمينَ(162)لا شرِيكَ لهُ وَبذَلكَ أُمرْتُ وَأَنا أَوّلُ المسلمينَ

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Surah Al-An’am 6: Ayat 162)

Created : Jun 16, ’07 9:14 AM

Jackster®

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s