The Reds… The Blues… Champione..

Posted: May 24, 2008 in Da'wah Kreatif

Permainan menarik 90 minit perlawanan masa sebenar dan 30 minit masa tambahan pastu, kena pulak penalty yang akhirnya menyaksikan kemenangan milik pasukan The Reds Devil Manchester United. What A game!!

Jaringan Frank Lampart minit 45 menafikan terus gol Ronaldo pada pertengahan babak pertama. 2 sepakan yang hanya malu-malu kuching untuk menerjah gawang bagi memberi kemenangan buat Chelsea, dan dua percubaan Manchester United yang diselamatkan Peter Cech dan John Terry.

Sehinggalah penalty, Ronaldo yang digembar gemburkan bakal dinobatkan pemain terbaik dunia pula membuat spoil dengan sepakan penaltinya dinafikan oleh Peter cech yang tidak pernah mempunyai rekod menyelamatkan sebarang sepakan penalty pun sebelum ini. Nasib baik sepakan John Terry terkena tiang gol, dan akhirnya sepakan Anelka yang diselamatkan oleh Van der Sar memberikan Man United kemenangan berganda tahun ini.

Apa yang dirapukan ni?

Sebenarnya, ketensenan melanda diri ini bila mengingatkan exam fisio tadi, Habis semua soalan written macam blank jek. Dalam hati, just tuhan jer yang tau. Rasa nak menangis jer. Tapi itulah, dengan kudrat yang ada, tembak jer la apa yang patut.

Jadi apa kaitan dengan kisah bola ni?

Kaitannya? match ni 3 hari sebelum exam.

Tapi, yang paling penting, match final Champion League ni lah yang paling sesuai dengan mood exam.

Camner tu?

Haa… Jom kita preview balik hari match tuh..

Match tu sama la macam ketika kita berada di dewan peperiksaan, dengan perasaan fear, flight and fight(sympathetic), masing-masing nak try buat yang terbaik. Semua insan inginkan kejayaan. Bezanya mungkin mereka di Moscow, tapi, diri ini di Mesir.

Bila waktu frust-frust cam ni, teringat balik kat match tuh, baru lah tau, banyak sebenarnya factor untuk berjaya ni.. Jom sama-sama kita ambik pengajaran dari match tuh.

Strategi

Kalau dalam match tu, ferguson letakkan formation menyerang tapi ala bertahan. Formation yang guna 3 strikers,tapi 3 pemain Defensive midfield. Itu memang strategi bijak untuk melawan team yang bersifat menyerang. Strategi avram Grant? no comment. Pasang strategi awal2 untuk sebelum dan masa peperiksaan. Itulah filosofi bola sepak

Berbakat tak semestinya akan berjaya

Dalam match tuh, ramai yang berbakat, tapi, tidak dinafikan, Ronaldo merupakan pemain paling berbakat tapi, berbakat bukan jaminan untuk berjaya. Cuma bakat adalah modal untuk berjaya. malah bakat juga boleh memakan diri, Bayangkan jika John Terry berjaya sepak gol penalty tuh.. Menyesal la Ronaldo..

Jadi, gunakan lah bakat sebaiknya, jangan berlagak dengan bakat yang ada.

Kejayaan 99% usaha 1% Nasib

Pernah jugak dengar ungkapan cam ni sebelum ni. Cuma nasib tu, maybe peratusannya tinggi lagi kot. Tak dinafikan nasib memainkan peranan penting dalam hidup untuk berjaya, Mungkin kita rasa kita punya jawapan dalam exam tu memang merapu abis, sebab tak tahu, main tulis entam jek. Tapi, disebabkan pertolongan Allah, pemeriksa pun jumpa jugak isi2 dalam tulisan rapuan kita tuh, Alhamdulillah, dapat jugak lulus. Camtu jugak la match malam tu, waktu Chelsea dah macam di ambangan kemenangan, tiba2 John Terry pulak tak gol.

Lagi satu, untuk tambah fakta, seminggu sebelum match final tuh, Chelsea memang dah berlatih untuk penalty.. tapi… Nasib… nasib…

Duit Tak Membeli kejayaan

Haaa.. Yang ni penting. Duit sebenarnya tak memberi kejayaan, tapi, duit just pemangkin untuk berjaya. Tu pun kalau digunakan dengan betul. Bayangkan kalau Avramovich membeli player yang cikai2 jer untuk Chelsea, dapat ke tak masuk final champion league.

Yang Player power camni pun dapat 2nd runner up jer. Jadi, use your money wisely. Kalau guna untuk benda tak bagi faedah, susah la sikit nak berjaya. J

Sokongan

Sokongan penting jugak untuk berjaya, Sebab semangat yang kuat untuk berjaya boleh membantu menghilangkan rasa putus asa. Tu lah sebab nya penyokong-penyokong kedua-dua kelab ni menghabiskan sebanyak dalam RM13000 seorang just untuk menyokong kelab tersayang. Adakah anda menyokong org tersayang? Hehe

Kesihatan

Kesihatan penting jugak untuk berjaya supaya dapat memberi focus dan effect 100%. Tulah sebab Park Ji Sung tak main malam tuh.. sedih.. sedih.. Jadi, jaga lah kesihatan menjelang peperiksaan ni yek…

Banyak lagi kot pengajarannya,tapi simpan la buat pengajaran..

Yang baik jadikan pegajaran, yang buruk bagi la teguran..

Glory Glory Man U…

ACE

Comments
  1. Slazar says:

    silap tu, park tk terpilih pun walau dia tk de injury.
    sedih tk dpt tgk org asia main final cl.
    anyway, jage kesihatan~

  2. Jackster says:

    salam alayk…

    sape yg tulis post ni actually, da pening da coz xde nama kat bawah huhu

  3. Native says:

    Somehow i missed the point. Probably lost in translation🙂 Anyway … nice blog to visit.

    cheers, Native!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s