Booster?

Posted: May 18, 2008 in Kongsi Untuk Amal

Dalam semua orang sedang diserang demam peperiksaan, sehingga ada yang telah sampai ke tahap ‘exam stress sindrome’ dengan menunjukkan symptom-symptomnya seperti ‘insomnia’ dan ‘hyperphagia’, namun kita tidak sedar yang ada satu pasukan yang sedang sibuk melekakan kita agar kita jauh denganNya.

Ketahuilah penipuan yang dibuat oleh mereka agar kita mampu mengelak daripada terperdaya dengan tipu daya mereka. Syaitan sengaja menjadikan kita leka dengan belajar sehingga kita lupa dengan suruhan Allah.

Analogi mudah:

Kita masih boleh melengah-lengahkan solat sedangkan iqamah sedang dilaungkan di masjid. Gara-gara ingin habiskan target sehari, kita gadaikan subuh berjemaah kita di masjid dengan ‘stay up’ hingga larut malam.Dulu kita mampu mentadabur Al-Quran tetapi sekarang membacanya pun mungkin tidak sempat lagi. Itu belum lagi dengan zikir mathurat dan qiamulailnya. Entah lari ke mana semuanya. Kesian rohani kita kurus kering pada tika ini.

Dari luaran memanglah nampak baik kita belajar bersungguh-sungguh ni tetapi awas itulah strategi meraka untuk melalaikan kita daripada melakukan perintah Allah. Sama-samalah kita muhasabah diri. Tepuk dada tanya iman!

Sepatutnya pada saat ini kita mesti makin dekat denganNya. Hubungan dan pandangan denganNya yang kita dahulukan. Sebab kita tahu kita hambaNya yang hanya mampu merancang tetapi tidak mampu menentukan. Kita perlu yakin yang Dia yang memberi ilham untuk menjawab dalam peperiksaan nanti bukan kerana belajar kita. Walaupun banyak kita belajar sekalipun jika kita tidak menjaga hubungan denganNya, maka mana tahu pada hari peperiksaan itu kita demam ataupun ‘blank’ atas sebab Dia murka dengan kita (na’uzubillah min zalik). Yakin hanya Allah mampu lakukan segalanya dan niat yang bersih belajar hanya keranaNya, insyaAllah akan Dia permudahkan segalanya…

Ikhwah, oleh sebab itu ada berapa garis panduan untuk kita amalkan agar kita masih mampu menyukakan Allah:

  • Solat lima waktu secara berjemaah di masjid pada awal waktu serta sunat rawatib
  • Baca Al-Quran dak maknanye – satu muka
  • Bangun malam –sekali seminggu
  • Puasa sunat –sekali sebulan
  • Zikir dan mathurat pagi dan petang

Inilah yang paling kurang kita lakukan pada musim peperiksaan ini. Memang tidak dinafikan, masa sangat tidak mencukupi untuk kita menghabiskan semua pelajaran. Tetapi janganlah pula ia diajdikan alasan agar kita jauh denganNya. Ingat, kita bersemangat untuk menegakkan Islam lagak pejuang Islam tetapi jika ujian dunia ini sudah meruntuhkan Islam dalam diri kita jadi bagaimana hendak tertegaknya Islam ke seantero dunia. Fikirkanlah…

‘Jadikanlah peperiksaan ini hanya sebagai ‘booster’ yakni pencetus tetapi bukanlah sebagai matlamat untuk kita belajar agar terpelihara niat kita belajar kerana Allah ta’ala.’

(warning: stress will inhibit your Brunner’s glands, then it will lead to peptic ulcers, so don’t stress!)

from inside

Comments
  1. irfan says:

    Sungguh benar kata2 ini.InsyaAllah semoga kita tak lalai hanya kerna dunia.

  2. irfan says:

    Nak tambah sikit.Sebaik2 pendakwah ialah yang menggunakan bahasa ringkas, mudah difahami,
    Mintak sikit.Boleh tak tambahkan nota kaki untuk istilah2 sains yang disebut.
    Macam perkataan ni –> hyperphagia

    sekian.

  3. hanyagerhana says:

    tq n maaf. ni nota kaki ye

    nota kaki:
    hyperphagia- makan banyak
    imsomnia-sukar tido

    maaf sekali lagi
    kami akan cuba mengatasi kelemahan kami

    from inside

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s