‘Nakhbah’ a.k.a Disaster, Malapetaka

Posted: May 15, 2008 in Sirah

Apakah yang dapat ku lihat di sini? Ya Allah, suatu bentuk malapetaka! ‘Nakhbah’. Tanggal 15 Mei, maka genaplah 60 tahun usia ‘Nakhbah’ ini. Sedar atau tidak, usianya melangkaui usia merdekanya Malaysia. Apakah yang dimaksudkan ‘Nakhbah’ di sini ialah genapnya 60 tahun usia negara haram Israel ditubuhkan. Perkataan nakhbah merujuk kepada kemusnahan sebidang tanah yang dahulunya milik negara Palestin.

Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mencadangkan memisahkan tanah Palestin kepada negara Yahudi dan negara Arab, satu rancangan yang ditolak oleh masyarakat Arab. Mandat British terhadap Palestin sepatutnya berakhir pada 15 Mei 1948, tetapi kepemimpinan Yahudi, diketuai oleh bakal Perdana Menteri David Ben-Gurion, telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 14 Mei. Kemerdekaan Israel dengan cepatnya diiktiraf oleh Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan banyak negara lain.

Kejatuhan tanah Palestin ke tangan Israel merupakan suatu kehilangan yang besar kepada umat Islam di abad ini. Akan tetapi, pemimpin- pemimpin negara Arab ketika itu yang mengelilingi negara Palestin tidak mengambil berat akan kehilangan tersebut, bahkan lebih suka untuk menjaga periuk nasi masing-masing.

Masakan tidak, negara Arab yang kaya dengan senjata minyak boleh diperanjingkan oleh Israel laknatullah begitu sahaja. Israel dengan bantuan sekutu kuat mereka, Amerika menggunakan segala macam usaha bagi membentuk negara haram tersebut. Dianggarkan sebanyak $4 billion USD dibelanjakan setiap tahun oleh Amerika untuk kegunaan Israel.

Ana mahu menarik sahabat-sahabat semua agar mencontohi panglima perang yang masyhur yakni Khalifah Salahudin Al-Ayubi. Beliau bukanlah dari kalangan masyarakt, beliau berketurunan Kurdis. Akan tetapi, akan kesedara beliau akan tanggungjawab seorang Muslim, beliau telah ‘devote’ segala bentuk tenaga, harta dan kekuatan tentera bagi membebaskan Palestin daripada diduduki oleh tentera salib yang diketuai oleh King Richard the Lion Heart.

Hari ini, kita dapat lihat bahawa Palestin sekali lagi jatuh ke tangan mereka yang lebih teruk dari tentera salib itu sendiri. Yahudi laknatullah, atau lebih tepat lagi rejim Zionis telah membunuh ikhwah kita di Palestin sana tidak kira kanak-kanak mahupun perempuan. Semuanya menjadi mangsa kerakusan mereka. Tambahan pula, pembinaan benteng-benteng pemisah antara perkampungan Yahudi dan Arab boleh diibaratkan sebagai penjara terbesar di dunia.

Umat Islam dan juga Kristian di Palestin menghadapi tekanan yang hebat dari puak ZIonis. Tiap-tiap hari, terpaksa bersedia menempuh maut dan kebebasan bergerak nyata hilang sama sekali. Menjadi keutamaan kepada Israel dan Amerika untuk mengukuhkan penjajahan mereka di Palestin dan menghapuskan penduduk-penduduk lain, penghapusan etnik, ‘genocide’ and ‘ethic cleansing’.

Jadi, sedarlah kita wahai umat Islam dan juga umat manusia sekalian, bahawa rejim Zionis di Palestin hendaklah ditumbangkan dan dimusnahkan. Sebagai hak asasi manusia yang inginkan kebebasan mempunyai tanah air dan hidup aman harmoni, dan juga sebagai kewajipan umat Islam untuk mengambil berat akan saudara seIslam.

Sama-samalah kita berusaha sedaya upaya dan saling mengingati akan peristiwa ‘Nakhbah’ ini walaupun dengan doa sahabat-sahabat semua.

Allahu Akbar!! Islami ya Quds!!

coretan slazar

Comments
  1. Jackster says:

    salam alayk…

    dah 60tawn pn, n quote yg agak menarik dalam artikel ni
    “usianya melangkaui usia merdekanya Malaysia”

    bersamalah fikirkan..

    wallahua’lam

  2. abudi says:

    ya Allah, bantula kami…

  3. loving touch says:

    Salam.

    Usaha buat ape yg kte blh buat. Ikhlas + istiqamah. moga blh dibawa mnjadi hujah di hadapanNya kelak ttg ape yg telah kita sumbangkan utk palestine.

    1) BOYCOTT : Mujahadah semua~ ” kita x kan mati kalau memboikot tetapi ada yg akan mati kalau kita x boikot”

    2) DERMA : Sumbangkan lah walau pun sdikit, wujudkan tabung palestin dalam setiap rumah, 25 sen shari pun takpe.

    3) sebarkn risalah + kefahaman ttg ‘palestin adalah tggjawab kita’ kpd semua yg kita mampu reach eg. family, kawan2, etc.. melalui email, video, handout, pameran, ceramah + sbg nya.

    4) DOA : sgt2 penting. stp kali berdoa jgn lupakn palestin. esp. bile bgn qiam + waktu2 lain yg doa mustajab. tmasuk Qunut nazilah.

    5) Jauhi maksiat: kerana dosa2 yg kita lakukan turut menyumbang kpd kemusnahan n kerendahan umat islam kini. Byk kan taubat.

    6) Byk lg. buatlah segala apa yg kita mampu buat. boleh refer kepada pesann pemimpin palestin buat ummat islam sedunia ttg ape yg mereka ingin kita lakukan.

    Wallahua’lam.

    “AlQuds Inna Qadimun”

  4. open ur blindfolds says:

    kat malaysia ad wat demo ttg nakhbah ni dkt dpn bgnn PBB kt m’sia.. best sgt~ byk isu yg d expose. a’lillah makin ramai yg ada kesedaran..
    palestine isu ummat, isu global

    jgn rs sronok je hidup dlm zon selesa.. mkn McD, KFC x rsa ape2.. mmg byk khilaf.. tp itu adalah indicator iman.. nak korban sket je utk saudara kita kat palestin.. dorg korban nyawa lg utk kita

    mustahil dorg biarkn umat islam hidup aman damai mcm kt m’sia. percaya lah~ jgn nnt ble kte kene, br rasa nyesal.

    dorg ada gtau, dorg mnta ust hadi mnta pd speaker dewan utk tangguh sidang parlimen, spy ramai2 dpt sertaio nakhbah 2+ besar2an wat kt m’sia. tp di tolak mentah2 mcm 2 je. sayu sgt klau bca surat 2. xtau lah hati2 mereka 2 letak kt mane.

    Moga Allah x tutup n keraskn hati kta mcm mrk

    p/s: Bush pn trun israel smbut hari sambutn 60 thn penubuhan negara ‘haram’ israel. la’natullahu ‘alaihim

    ape kata ganti kn video2 n movie2 cite english, japan, korea kte dgn movie2 n video2 palestine? tinggal kn jahiliah, tingkat kn amal+ iman. tambahkn pengetahuan n maklumat ttg palestin ya ikhwan~ cb kte nyembang ttg palestin dgn kawan2 mcm kte sembang latest gossip about artists n people around?

    we love alQuds~

    wallahua’lam.

  5. Human Right says:

    tp smbutn mmpringati nakbah yg kat m’sia 2 xsrmai kt london.. bganda2 beza nye ramai dorg..
    malu sgt org non muslim lg concern dr kte..
    tgk ucapn dorg.. dorg pn snggup boycott n korban mcm2 lg utk palestine…
    mg Allah bg hidayah pd mrk.. kte??
    herm……………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s