Ada Apa 13 Mei?

Posted: May 13, 2008 in Sirah

“13 mei? Apa tuh?” Termangu-mangu kepala bila orang tanya tentang 13 Mei.

Perkataan yang tak sepatutnya ada pada anak muda Malaysia zaman sekarang.. Pesan Dr Mahathir “Belajar dari sejarah..” Jom kenal ada apa dengan 13 Mei…

Apa Yang berlaku waktu 13 Mei?

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Semua hal ni terjadi bertitik tolak daripada “Pilihan Raya Umum 1969“. Semasa kempen Pilihan Raya 1969 tu, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik terutamanya daripada parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini lah yang telah menimbulkan perasaan perkauman.

Dipendekkan cerita, waktu pilihan raya tu, Parti perikataan (sekarang ni Barisan Nasional) telah kehilangan majority 2/3 di Parlimen buat kali pertama. (teka kali kedua bila? hehe). Maka disebabkan tu la, parti pembangkang waktu tu membuat perarakan bagi meraikan “kemenangan” mereka.. Dan perarakan mereka pulak ada banyak versi dan tempat.. mari sama-sama saksikan..

Keputusan Pilihanraya 1969

Jumlah undi yang diperoleh oleh Parti Perikatan juga jatuh daripada 58.5% pada tahun 1964 ke 49.3% dalam pilihan raya ini, iaitu satu penurunan sebanyak 15.7%.

Pada keseluruhannya, parti-parti pembangkang memenangi 50.7% daripada jumlah undi, serta 49 kerusi dalam Dewan Rakyat. Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang berkempen atas manifesto yang menentang hak istimewa Bumiputera yang ditetapkan oleh Artikel 153 dalam Perlembagaan Malaysia memperoleh kenaikan undi yang utama. Gerakan, DAP, dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat, manakala PAS menang 12 kerusi.

Selangor

Waktu tu, kat Selangor parti pembangkang menang (tapi still 50-50), so, Parti Gerakan ( sekarang BN, dulu pembangkang) pun berarak la ke arah Kampung Baru, kubu kuat UMNO waktu tu. Dikatakan mereka berarak bawak penyapu, so macam-macam tafsiran la tentang penyapu ni, ada yang kata sebab diorang sapu bersih kerusi, ada jugak yang kata diorang nak sapu orang melayu masuk ke laut, dan orang melayu anggap penyapu ni bawak sial.. Apa pun, yang faktanya, diorang bawak penyapu, and then, ada yang meludah dan mencaci orang-orang melayu di tepi jalan..

Jinjang, Kepong

Kat kepong pulak, waktu tu, bajet jer ada seorang cina meninggal dunia, so, macam biasa la adapt diorang akan buat perarakan kematian. Tapi, masalahnya, ada pihak yang tak bertanggungjawab buat perarakan tu jadi perarakan kemenangan pilihan raya dan menghina melayu.

Panggung Odeon

Pasti ramai yang pelik, kenapa panggung Odeon. Ceritanya begini, waktu tu, kongsi gelap cina dah mengepung panggung Odeon ni, dan diorang suruh orang cina dalam panggung tu semua keluar, dan orang-orang melayu di dalam panggung tu semua dibunuh.

Kampung Baru

Kalau tadinya cerita cina, sekarang melayu nya pulak.. Selepas peristiwa melayu kena hina tu, orang-orang melayu yang rasa tak puas hati ni semua berkumpul kat Kampung Baru, Selangor, depan rumah Menteri Besar Selangor waktu tu dan paling penting, tarikh diorang ni berkumpul adalah 13 MEI 1969.

Waktu tu, semua dah siap macam nak pegi perang, ada bawa pedang, ada bawak parang panjang, dan macam2 lagi.

Yang menambahkan meluap kemarahan lagi, waktu tengah berkumpul tu, ada pulak cerita-cerita yang bikin panas kedengaran :

3 petang- pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor.

So, orang-orang melayu yang panas hati, apa lagi, jam sekitar 4 petang- dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung serta sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh.

Waktu tu, orang cina pun dah sedia dengan senjata diorang jugak macam tombak, lembing dan macam-macam lagi. Jadi, akibatnya, berlaku la pertempuran yang dasyat antara dua kaum terbesar di Malaysia ini.

Jumlah kematian

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.


APA JADI LEPAS TU?

Lepas tu, pasukan polis terhebat Malaysia, FRU pergi ke Kampung Baru ni, tapi, tak lama lepas tu, digantikan dengan pasukan Rejimen Rangers (terdiri daripada orang melayu, iban, cina, India, sikh),tapi, malangnya, pasukan ni sendiri menembak orang melayu. Jadi, waktu tu, orang melayu di Kampong Baru dah dikepung oleh orang Cina dan Rejimen Rangers tu sendiri.

Dan disebabkan hal ni, akhirnya, pasukan terkuat negara, Askar Melayu ambik alih pemerintahan dan Darurat diisytiharkan pada pukul 7 malam 13 Mei 1969.

Kemudian MAGERAN ditubuhkan untuk membaikan keadaan, dan tak lama lepas tu, Tun Abd Razak mengambil alih kepimpinan daripada Tunku Abd Rahman. Dan disebabkan kebijaksanaan Tun Abd Razak pada waktu itu dengan menggubal Rukun Negara, Dasar ekonomi Baru, dan sebagainya, akhirnya berjaya meredakan sedikit natijah peristiwa 13 Mei ini.

MAGERAN dibubarkan pada 1971.

Takkan Satu Malaysia Merusuh kot?

Jawapannya tidak sama sekali.

Waktu tu, yang amat pasti, Sarawak dan Sabah tak terlibat sebab 1969 ni, kali pertama Sarawak dan Sabah menyertai pilihan raya.

Namun rusuhan kaum tak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.

Takkan takder cina kat negeri tu?

Tu yang jadi persoalan, adakah peristiwa 13 Mei ni disebabkan “rusuhan kaum” atau pun “tsunami politik” pada waktu itu. Wallahualam.

Sori la panjang-panjang, cuma memberi info.. Hehe.. Semoga ilmu yang sedikit ini berguna untuk semua..

cuma untuk pengajaran dan ingatan buat anak muda yang sayangkan negara,tiada kaitan dengan politik negara..negaraku cemelang gemilang dan terus gemilang terbilang…

sumber :

http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

Sejarah mengajar kita supaya tidak mengulangi sejarah..

p/s-bahan bacaan 18PL

Ace

Comments
  1. Jackster says:

    salam alayk…

    baek kirenye klu leh attachkan sumber artikel..
    tp kalau x silap la, ni sumber dari wikipedia kan,
    kat sini http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei

    maybe mostly dalam wikipedia ni btl,
    tp disebabkan xde sumber yg btl2 boleh dipercayai,
    ye la, kategori artikel ni je pn da boleh dipersoal
    (Kategori: Rencana yang tidak mempunyai sumber petikan | Sejarah Malaysia) – cek kat bawah skali,
    so kesahihan artikel stil boleh dipertikai..

    blaja dari sejarah tu pnting, tp sumber sejarah tu lagi penting,
    klu salah sumber, salah la fakta yg kite akan dapat..

    btw nice article.. btl2 bukak mate tntang 13Mei, slame ni xde pn nk amek taw sgt, ye la, dlu da blaja dlm sejarah form4 kan hehe

    wallahua’lam

  2. ace says:

    lupa pulak,kebanyakan fakta dari wikipedia ,pastu,biografi tunku abd rahaman,mageran,buku 13 mei,malaysia today and banyak lagi dari internet dan sumber yang boleh dipercayai kesahihannya..sbb byk,tu la malas nak tulis..:)

  3. kpc says:

    slm….oit! baek ko attach sumber artikel nih….bahye gler…..silap2 ko kne tgkp ISA…xpon baek ko delete je…bahye r isu nih….

  4. Ace says:

    aku pun rasa kontroversi gak,tapi mayb lepas 2 , 3 hari,aku delete kot pos nih..hehe..takut jugak..

  5. saffaa says:

    salam
    ada jugak dengar punca-punca ‘sebenar’ peristiwa 13mei ni
    tapi ni isu sulit dari Biro Tatanegara.
    Takpe..Setiap kejadian ada hikmahnya.Tulis pasal 14 mei pulak lepas ni yer..

  6. pemenang says:

    jangan2 delete..eksperimen tengok ape jadi kalo tak delete…

  7. Jackster says:

    hurM.. act, aku rase artikel ni x la langgar akta ISA ke ape,
    bkn sebarkan fitnah pn, juz copy paste artikel kat Wikipedia,
    klu kerajaan x puas ati,
    1. amek tindakan kat Wikipedia la coz sebarkan artikel ni
    2. reply comment kat sini, bgtaw ape yg btol.. sries artikel ni x langgar fakta buku Sej Form4 pun..

  8. ACE says:

    bukan copy and paste la..digubah semula…kebanyakan ayat dah aku tukar…aigo…and bukan semua dari wikipedia…TQ

  9. abudi says:

    ace sok 16 mei wat lak ttg hari guru ye! huhu

  10. huhu ye la, mksud aku wikipedia tu sumber artikel, tu je hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s