Mama Sayang kamu!

Posted: May 12, 2008 in Sirah

Semalam, semasa malas-malas nak study, ada lah seorang kawan ni ajak bermuzakarah.. Pastu kawan ni bagi tazkirah.. menarik gak la.. Terasa nak kongsi dengan kawan-kawan gak.. Jom baca..

Sahabat, jom kita lihat bagaimana ibu-ibu para nabi begitu cekal menghadapi ujian dan sangat mengantungkan diri mereka kepada Allah yang satu.

Contoh yang pertama: Siti Hajar-ibu nabi ismail a.s;

Sanggup berlari-lari mencari air untuk anaknya apabila Allah memerintahkan nabi Ibrahim meninggalkan mereka di tanah gersang yang kini dikenali sebagai tanah haram. Diatas kecekalan Hajar ini, Allah telah menghadiahkan zam-zam untuk mereka. Bukan itu sahaja malah kelakuannya menjadi syiar islam ketika ibadah haji dan umrah dilakukan iaitu saie. ibu ini diuji lagi dengan kali ini Allah memerintahkan anaknya untuk disembelih. Dengan keimanan yang kental dan percaya anak adalah pinjaman daripada Allah, beliau merelakannya. Akhirnya sekali lagi Allah memberikan kemuliaan kepadanya. Bukan setakat anaknya dikembalikan malah hari raya qurban disambut setiap tahun.

Contoh yang kedua: Ibu nabi allah Musa a.s;

Sanggup melepaskan anaknya ke sungai atas ilham Allah. Walaupun akan berpisah dengan anaknya tetapi kerana terlalu yakin dan tawakal yang tinggi kepada Allah, beliau mengalirkan nabi Musa. Disebabkan pengorbanan ini, maka hiduplah seorang rasul yang membawa risalah Allah di tengah-tengah kelompok diraja Firaun.

Contoh yang terakhir: Ibu nabi Isa a.s, Maryam;

Berseorangan mengandungkan Isa tanpa seorang bapa. Bukan itu sahaja malah beliau berpenat lelah melahirkannya tanpa kehadiran orang lain. Hanya pergantungan yang tinggi diletakkan kepada Allah. Sehingga Allah memberi rezeki dgn hanya menyuruh Maryam mengetuk pokok kurma, sehingga terjatuhlah kurma-kurma yang masak ranum bagai rezeki yang turun dari langit. Allah juga memuliakan Maryam dengan namanya digunakan sebagai salah satu surah dalam kitab suci Al-Quran.

Sahabat, lihatlah Allah amat menjunjung pengorbanan seorang ibu. Sesungguhnya syurga itu di bawah tapak kaki ibu. Redha Allah juga terletak pada redhanya seorang ibu. Allah memuliakan para ibu tiga kali tahap para bapa. Hatta memandang wajah seorang ibu itu juga dikira sebagai satu pahala apatah lagi mengembirakannya.

Adakah kita menghargai ibu kita sebagaimana ajaran islam? Fikir-fikirkanlah..

Ibu kita selalu lafazkan kata-kata hikmat ni ‘mama sayang kamu’ tetapi berapa kali kita ucapkan kata-kata ni ‘saya sayang mama’ untuk dia. Jangan sampai kita tidak sempat melafazkannya.

Jadi kawan-kawan, kalau dah baca tazkirah ni.. Cepat-cepat call mama.. i.A bila dengar suara dia, orang yang malas studi tu terus semangatnya berkobar-kobar nak belajar.. Minta juga diorang doakan kita berjaya untuk exam ni. Jangan lupa sebut ‘saya sayang mama’saya sayang mama! ye!

(post sempena hari ibu- terfikir siapalah yang mengasaskan hari ibu ni ek? orang kafir atau orang islam? walau apa pun, bende ni tetap baik.. so takde masalah rasanya untuk raikannya)

from inside

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s