remind me!

Posted: May 3, 2008 in sastera

Assalamualaikum sahabatku,
Nak mintak tolong sikit boleh tak?

Tolong ingatkan aku,
Andai kata aku terlupakan Tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan aku,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupa jangan,
Usah dilupa hati dan perasaan.

Tolong ingatkan aku,
Supaya ingat pesanan guru,
Bukan sekadar peringatan
Tapi pendidikan berpanjangan.

Tolong ingatkan aku,
Dengarlah dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika dunia penuh lakonan,
Kerna al-Quran itu panduan.

Tolong ingatkan aku,
Di mana Islamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan,
Disingkat, diketat dan dijarangkan.

Tolong ingatkan aku,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.

Tolong ingatkan aku,
Kalau bercinta biar keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.

Tolong ingatkan aku,
Hidup ini umpama kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.
Tolong ingatkan aku,
Islam itu indah,
Islam itu mudah,
Islam itu Ad-Din.

Tolong ingatkan aku,
Diri ini milik yang ESA,
KepadaNya jiwa diserahkan,
Segala-galanya Dialah tumpuan.

Tolonglahya ingatkan aku…
Kerna aku insan bernama manusia,
Terima kasih, wassalam.

remind me please...

dedikasi untuk asyraf mohd zuki

(nak tolong ko berkempen ‘kempen jom jadi baik’ huhu)

from inside

Comments
  1. guildhunterz says:

    nnt aku igtkn ko slaloo…
    hikhik..

  2. carrot susu says:

    ‘berila peringatan, sesungguhye peringatan itu berguna kepada mukmin’

    p/s: guildhunterz tunggu gak ko ingat kan aku!

  3. hanyagerhana says:

    salam
    jack betoi x name hang tu..
    maaf ye huhu

    from inside

  4. Yusri says:

    good one!

    izinkan aku iklan entry nih..

  5. hanyagerhana says:

    yusri,
    ala keifak..as u like my fren

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s