Demam Mem ‘BLOG’

Posted: May 3, 2008 in Kongsi Untuk Amal

Hari demi hari, semakin banyak blog yang hadir, seperti bunga-bungaan di waktu spring sekarang ini, hadir menguntum tanpa perlu dipinta.

Pelbagai warna, pelbagai gaya, pelbagai bahasa, pelbagai ekspressi. Itulah warna-warni blog yang diperhati. Walaubagaimanapun, sebagai seorang muslim mukmin, kita sekali-kali tidak boleh menganggap blog bukannya ibadah. Tidak dikira dosa pahala di dalamnya. Tidak dihitung amal padanya. Tidak sekali-kali tidak. Allah tidak akan pernah lupa menghitung tetapi manusia itu yang lupa.

Jadi, sebagai ingatan untuk diri sendiri ini yang sentiasa lupa, apa kata kita cuba muhasabah elemen-elemen di bawah;

1. Niat
2. Isi Blog
3. Bahasa
4. Amal
5. Prioriti

1) NIAT :

Hadith 1 dalam susunan Hadith 40. Susunan pertama sebagai indicator ialah yang paling utama, bukan? Kita akan diganjari oleh apa yang kita niatkan. Jadi apa niat kita dalam mem’blog’? Nampak stereotype, tetapi sering dilupa. Percayalah, hanya hati yang bersih akan berjaya mengetuk hati-hati yang lain. IKHLASkan niat.

Memblog untuk mendapat Redha Allah. Menyampaikan kalimah-Nya. Menyambung tugas para anbiya’. Meneruskan usaha para pendakwah zaman berzaman. Menyebarkan kalimah islam, kalimah sejahtera kepada dunia. Itulah niat yang PALING MULIA. Bukan kerana pujian manusia. Bukan untuk merebut ranking blog paling popular. Bukan untuk dikenali ramai. Bukan juga medan berdebat kata. Bukan manusia yang mengganjari amal soleh kita tetapi Dia Yang Maha Esa. Jadi, apa yang diingini daripada manusia?

2) ISI BLOG :

(i) Mengingatkan pembaca kepada Allah. Mengembalikan jiwa kepada hakikat iman dan islam.

(ii) Bermanfaat. Bukankah antara 10 sifat utama yang ingin kita peroleh adalah berguna kepada manusia lain? (Rukun Amal, Risalah Ta’lim.)

(iii) Kreatif. Kembangkan kreativiti untuk menarik pembaca. Tahniah kepada posts yang kreatif dan menarik hati🙂

(iv) Kemas dan benar kesahihan faktanya.

3) BAHASA :

(i) Bahasa yang sesuai dan sopan. Gunakan gaya formal jika perlu.

(ii) Difahami ramai. Singkatan kurang digalakkan. Istilah yang dikhuatiri tidak difahami pembaca sebaiknya ditulis maksud seperti istilah2 medical, bahasa Latin dan sebagainya.

(iii) Bahasa yang menunjukkan kasih sayang, kerana da’wah kita adalah berasaskan hubb (sayang) kepada semua.

4) AMAL :

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan?” (Surah As-Soff; Ayat 2)

Walaupun menulis di alam maya, kehidupan kita adalah di alam nyata. Azab seksa yang pedih tetap tersedia bagi sesiapa yang menyuruh melakukan kebaikan tetapi diri sendiri tidak melakukannya malah melakukan juga kemungkaran. Na’uzubillah. Wahai saudara2 seperjuanganku, sama-samalah kita amalkan apa yang kita nukilkankan di blog insya-Allah.

Tunjukkan contoh akhlak mulia walau di mana kita berada. Taqwa dan akhlak mulia adalah dua yang terberat atas neraca amalan kebaikan kita di Akhirat kelak. Manusia juga kadangkala lebih terkesan dengan perbuatan berbanding kata-kata ibarat pepatah inggeris, ‘Action speaks louder than words.

5) PRIORITI :

Rasulallah menjawab persoalan para sahabat tentang amal yang paling utama untuk dilakukan; sangat banyak. Maka Rasulallah membantu untuk memilihnya dengan dua panduan iaitu; amal yang paling Allah redha dan paling sesuai pada waktu itu.

Jadi, ayuhlah mem’blog’ lah pada waktu yang sepatutnya. Jika sedang menulis dan azan berkumandang, maka jawablah seruan Yang Maha Agung itu dahulu dan bersegera ke masjid untuk solat berjemaah. Jika esok exam sedang menunggu, maka sabar-sabarkanlah hati untuk mentelaah yang lebih utama buat bekalan hari peperiksaan.

Apa-apa pun, teruskan usaha anda ikhwah sekalian! Sebagai usaha dan tanda prihatin terhadap keperluan da’wa di dalam dunia cyber. Moga jiwa-jiwa manusia yang rindukan rohani mereka diisi dan disuburkan tetap memilih bacaan-bacaan yang baik untuk menjadi santapan. Wallahu a’lam.

Comments
  1. abudi says:

    orang kate kalau kita ajak org wat satu kebaikan
    allah akan bagi hidayah dulu kpd org yang ajak tu
    betol ke?
    lagipon org yg ajak tu sebenarye ingatkan diriye sendiri gak kan?

  2. irfansalmi says:

    nahnu qaumun amaliyyun….
    kami kaum yangmelakukan amal……..

    ramai manusia yang mampu berkata2…namun sedikit yang mampu beramal
    dari sedikit yang mampu beramal…labih sedekit mereka yang mampu istiqomah

    yang mana satu kita??

  3. ais kacang says:

    sokong ngn hujah irfansalmi…
    menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan~
    & moga kita sume x termasuk dlm golongn yg x beramal ngn kata2
    (Surah as-Saff, 61:2)

  4. sinar says:

    mga semua thabat atas jalanNya…
    buat apa2 pon kalau bukan kerana-Nya sia2 juga..

  5. saffaa says:

    pesanan dari seorang ukhti..

    “Buatlah apa sahaja.Pilihlah jalan yang mana sekalipun.Selagi Allah redha.Kalau niat tu ikhlas Lillahi Taala..insyaAllah..Kita takkan berhenti di tengah jalan.Biar banyak mana pun duri yang kita akan pijak..Biar semua darah dalam badan ni habis keluar sebab luka tu..Allah akan tolong kita sampai hujungnya..”

    Bersama tajdid niat..

  6. nuurhakeem says:

    afwan, siapa nie?
    kekuatansuper tu bernada sangat peribadi.
    walaupun bg ana dia takdelah peribadi sgt…klu peribadi tak tulis kat blog
    dan yg keduanya..ia adalah himpunan pengalaman sendiri agar ana tidak pernah lupa apa yg pernah ana lalui.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s