Dhia’ Assyams Laisa Nur Alqamar!

Posted: May 1, 2008 in Da'wah Kreatif

Semasa sibuk membaca risalah KKK, tertarik dengan persamaan

‘biarlah diri ini letih demi kebaikan orang lain + orang lain gembira dengan pertolongan kita = kelak hidup kita diberkati dan mendapat kejayaan’

Berkata seorang teman, “Nanti akhirnya jemulah orang yang membuat kebaikan tu”.

Analogi mudah- Seorang pengarah kempen kecewa apabila objektif program tidak tercapai. Akhirnya putus asa sehingga tidak bersemangat lagi untuk meneruskan. Maka hilanglah seorang manusia yang proaktif dalam masyarakat. Ah, alangkah ruginya!

Terfikir sendirian, mengapa perkara ini terjadi? Sedangkan dalam La Tahzan, jika kita yang memberi yakni membuat kebaikan, ia membuatkan hati menjadi tenang. Mungkinkah kerana kurangnya orang yang memberi dalam hidup ini? Baru ku sedari yang diri ini asyik menerima daripada memberi.

Tetapi jika manusia jelas dengan matlamat yang sebenar iaitu redha Allah, maka perkataan jemu itu tidak mungkin timbul. Hari ini kita sibuk nak mencapai objektif tetapi terlupa HAKIKAT matlamat itu sehingga kita menjadi lemah.

teriknya matahari bukan kelamnya bulan

Begitu jugalah kita dalam mengajak orang kepada Allah. Sebagai contohnya, setiap hari kita mengajak kawan kita solat di masjid tetapi dia tetap enggan. Kita tidak boleh cepat berputus asa. Kita kene yakin bahawa hidayah itu milik Allah. Kita hanya mampu berusaha, Allah yang menentukan.

Lagipun akhi, Allah memandang pada usaha bukan natijahnya. Dengan usaha itulah, kita mencari redha -Nya. Biar pahit yang ditelan tika kini, namun madu yang dihirup disana nanti. Jika kita cepat jemu, berputus asa, lemah dan tidak bersemangat dalam usaha dakwah, maka hilanglah seorang manusia pengerak islam. Ah, alangkah ruginya!

Cuba aplikasikan juga dalam belajar. Kadang-kala, kita dah puas studi bersungguh-sungguh. Tetapi masih belum juga beroleh mumtaz sehingga rasa tidak mahu belajar lagi. Persoalannya adakah mumtaz adalah segalanya? Pastinya tidak kerna redha Allah yang kita cari.

Sekali lagi kalau kita jelas hakikat matlamat itu, maka kita tetap istiqamah belajar. Sebabnya kita tahu allah memandang pada usaha bukan natijahnya. Namun jika kita tetap terkulai layu lalu hilanglah seorang manusia bakal bergelar doktor. Ah, alangkah ruginya!

Jadi, jom kita cuba memberi kepada semua orang tanpa kenal rasa jemu dan letih. Bukan setakat seperti cahaya bulan yang kelam malahan seperti sinaran matahari yang menyinari sehingga ke celahan atap zink rumah.

ok ikhwah, dhia’ assyam laisa nur alqamar!

from inside

Comments
  1. kalampuncak says:

    kadang2 kite terlalu menilai pandangan orang terhadap kita, sehinggakan kita lupa bahawasanye pandangan Allah itu yang lebih utama.

    kite juga terlalu mengejar Mumtaz atau CGPA 4.0 tapi kita lupa bahawa Allah sebenarnya mengganjari usaha kita.

    apalah sangat nilai sijil itu berbanding nilai usaha yang Allah nilai andai kata usaha kita dibulatkan dalam mengejar redhaNya.

    teruskan mencoret, moga kerja ini diangkat nilainya di sisi Allah…

  2. guildhunterz says:

    wah..
    mntp2…
    tp kn..ape maksud dhia’ assyam laisa nur alqamar!??

    sori r..
    bhse arab aku x mntp cam irfan..😀

  3. hanyagerhana says:

    ape maksud dhia’ assyam laisa nur alqamar!??

    makne ye sinaran matahari bukannya cahaya bulan
    dalam artikel ade kate:
    ‘Bukan setakat seperti cahaya bulan yang kelam malahan seperti sinaran matahari yang menyinari sehingga ke celahan atap zink rumah’

    ni la semangat kite yg perlu ade dlm proses tok cari rijal yg telah hilang.
    lagipon satu fakta:

    dalam alquran
    allah gune perktaan dhia’ = sinaran tok syam = matahari
    n nur = cahaya untuk qamar = bulan
    (kepade yg alhafiz, mungkin bole bg ayat ye..x hafal la huhu)

    dalam hadis
    rasulullah sebut ‘assolah annur, assiam addhia’, assodaqah alburhan..pnjg lai r hadis ni (kepade yg almuhadis tu, mungkin bole bg hadis ni..klu xslh de dlm riadus solihin..)

    p/s- guildhunterz, harap berpuas hati dgn jwpn..moge bole amik manfaat!

    from inside

  4. adam says:

    manusia sangat suke pd penghargaan
    tu mmg sifat manusia
    walau pe pon niat sesorg tu
    klu die wat kebaikan ape skali pon
    kite patut hargai
    agar kebaikan itu diteruskan
    hatta kejahatan dapat dihapuskan dgn bnyakye kebaikan

    penghargaan tu mcm ca2+ lak
    increase ca2+ = increase muscle contraction (klu x silap r, da lupe da muscle, first years ye course katekan..x betoi bg tau ek..huhu)
    so increase penghargaan = increase kebaikan!

  5. guildhunterz says:

    alamak…
    pjg sgt..
    tido jap ye bole~

  6. hanyagerhana says:

    Salam,

    هو الذي جعل الشمس ضيآء والقمر نورا

    (surah Yunus, ayat 5, sila rujuk Al-Quran utk ‘tasykil’ yg tepat dan kesudahan ayat)

    ini merupakan salah satu contoh ayat yg ana tau…ada lagi yg lain rasanye, kredit to from inside

    -purnama

  7. akulagi83 says:

    berhenti sejenak..
    kita tajdid niat…
    hanya redha ALLAH..;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s