Islam Dihina Di Malaysia

Posted: April 29, 2008 in Life is Real

Terkejut ana pagi tadi bila bukak jer email, terpamapang satu email yang menarik perhatian.. tajuk email tuh lebih kurang macam ni la

[Fw: Fw: ISLAM DIHINA DIMALAYSIA..tolong baca dengan penuh pengertian..]

so, bila ana start jer baca, memang tertarik la dengan isi yang dibentangkan. Sebelum ni, dapat jugak email yang mengatakan Mufti perak bagi surat kepada yang Sultan Perak.. Memang banyak permainan dimainkan kepada umat Islam di malaysia sejak akhir-akhir ni..

Tak nak crita panjang la, Just nak crita dalam ni, korang tau x aper itu IFC? macam nama kelab bola ada la jugak, tapi, malangnya, kepada peminat-peminat bola, ni bukan kelab bola, tapi kelab yang memperjuangkan nasib orang bukan islam di malaysia. Diulangi, BUKAN KELAB BOLA.. Mungkin pernah dengar kan tentang nasib Lina Joy dan memorandum yang depa ni antar kat Pak Lah supaya memansuhkan beberapa benda yang ada kaitan dengan Islam daripada Perlembagaan?

Kalo nak tau, teruskan membaca bawah ni ana masukkan beberpa perkara tuh :

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun

– Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, “awak nak ikut ugama apa?”… Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama

– maknanya, perkataan “Islam” yang ada kat mykad kita itu,diorang
minta
di”tiada”kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia
tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga
kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain

– mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?… Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga

ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia?

Emmm…. lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim.

Apa-apa pun, just nak bagi information jer. Jangan jadi katak bawah tempurung walaupun kita ada jauh daripada tempurung-tempurung kelapa di malaysia tu. Moga input yang berguna..

Ace🙂

Comments
  1. unknown says:

    Bukankah kita sekarang berada di atas TANAH MELAYU ? jd mengapa timbul persoalan memihak kpd agm lain sdgkn kta berada di TANAH MELAYU?
    fikir2kanlah….

  2. carrot susu says:

    jadi kite as org islam melayu yg tinggal kat malaysia ni pe yg patut kite buat?

  3. Jackster says:

    salam alayk…

    unknown, ana x phm sgt sbnrnye ape yg nta cube ckp kat atas tu..
    tp mungkin boleh kongsi skt…
    um, setiap kepercayaan bukan Islam ada hak masing2, bknlah bermakna kita x bg hak langsung kat depa, tp agak melampau jika hak yang diberi adalah melebihi hak kepada Islam tu sndiri…
    n kita x bolehlah nk tolak hak2 depa smata2 sbb kita kat Tanah Melayu, coz masyarakat kita masyarakat campuran, berbilang agama, n bilangannya bukanlah minoriti, malah bilangan bukan Islam di Tanah Melayu sekarang ni dah lebih 1/3 jumlah keseluruhan penduduk…
    depa pilih nk masuk agama bukan Islam, kita xde hak nk paksa depa convert Islam, tp hak kita utk dakwah kat depa..

    tp kalau tgk la kan, IFC ni act bukti bhw org2 bukan Islam ni jahil ttg Islam, maybe sbb tu pelik2 je diorang nye tuntutan..

    ana bukan jawab soalan kat atas coz ana x phm soalan tu btl2,
    ana juz kongsi pendapat secara umum..

    wallahua’lam

  4. bLurr says:

    salam..

    klau xsilap, kes ni berikutan kes Lina Joy tuh.

    Btw, majoriti komuniti IFC ni adalah ex-Muslim a.k.a golongan2 yg murtad… Tidakkah mereka sedar dengan tertubuhnya IFC ni, maka secara automatiknya, memberi peluang kepada gologn bukan Islam untuk masuk campur dalam hal ehwal Islam. Memang dalam perlembagaan ada menyebut tentang kebebasan beragama but there’s no point mereka nak masuk campur dalam agama lain..

    Orang-orang bukan Islam berhak untuk menuntut hak mereka mengamalkan agama sendiri tetapi tidak sampai mempersoalkan dan campur tangan dalam urusan Islam….Begitu juga sebaliknya…

    Wallahua alam…

    (correct me if im wrong..)

  5. rem says:

    siyes sakit ati gile tatakala daku membaca tuntutan merepek derg2 yg bkn islam ni..ape sudey jd ngn mesia skang?

    kate je negara islam..

    ari tu ngn isu c*m*l*t ,skang ngn isu islam plak..

    ape respon kerajaan tatkala mendengar tuntutan ngarut ni?kalo harap mufti je yg bising2 bersuara x jalan gak..

  6. hanyagerhana says:

    sedangkan umat Islam sndiri x kenal Islam,
    yg bukan Islam lagila x taw pape ttg Islam…

    dalam satu video utube, ade sorang muallaf tu ceritakan,
    diorang kat barat sering dimomok oleh krjn bhw Islam ni agama pengganas,
    n mereka percaya mende tu sehingga mereka takut nk dekat dgn Islam…
    & yg menariknya, muallaf ni ceritala cmne die boleh masuk Islam dlm keadaan Islam diburuk2kan mcm tu,
    die cite la, yg die ni mmg pecaya dgn fitnah2 tu,
    tp one day die dtg melancong kat MESIR (bace elok2, MESIR ye tu kwn2 huhu), n die tgk msyrkt Islam kat sini smua peramah n innocent, n terlintas la kat hati die, xkn msyrkt yg mcm ni yg dikatakan pengganas, then time tu la die stat nk knal Islam n akhirnya masukla Islam…

    so kite nmpk la kat sini, akhlak org2 Islam tu sndiri maen peranan dalam dakwah, bkn skadar dgn kata2 =)

    tp ironinye kan sahabat2ku,
    ramai je org bukan Islam kat MESIA (yg ni MESIA, jgn silap bace lak hehe), yang duduk skali dgn org Islam, blaja skali pn ade, tinggal skali pn ade..
    tp tgkla ape hasilnya, IFC..

    kepada yg x phm, act ana nk ckp, umat Islam kat MESIA nye akhlak blm ckup baek utk dijadikan aset dakwah kepada masyarakat..
    ni realiti, kat MESIA da mcm2 gejala da skrg yg pelik2, tp yg terlibatnya org Islam gak, xphm btol.. (cntoh: tu c*m*l*t alah tu, nk sbut tajuk pn geli ni haih, punk, skinhead, black metal…😉
    beza kan tu, teruk2 org MESIR yg kite salu kutuk2 ni,
    lagi bagus dari MESIA upenye… huhu

    (jgn salah phm lak, act ana cume nk ajak antum berenti kutuk2 arab MESIR ni, kadang2 kite nmpk x elok tp sbnrnye Allah sje nk tunjuk yg x elok coz nk uji kite, pdhal yg baeknye byk je..)

    wallahua’lam

    – Jackster

  7. ais kacang says:

    Salam’alaik..
    altambahan utk wt pembaca lebih beremosi~
    :: Orang bukan Islam yang memeluk Islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari Islam tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.
    :: Orang yang bukan Islam berhak menuntut harta pusaka ahli keluarga yang telah mati dalam Islam.
    :: Orang bukan Islam tidak boleh dilarang dari menggunakan perkataan-perkataan suci Islam.
    :: Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut semua agama iaitu Kristian, Buddha dan sebagainya perlu diajar di semua sekolah di Malaysia.
    :: Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan dari membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

    sape org melayu islam yg xtersentap ati ye bace permntaan mengarut IFC ni,dop tw laa..ada yang kata “kita perlu bersaing secara sihat.” Tapi ini orang mintak kesama-rataan AGAMA?? Nak bagi jugak? Nak tolak-ansur lagi??? Dan masihkah kita tak boleh bersatu menunjukkan perpaduan kita dalam hal ini??? atoi!!ni la masalah umat akhir zaman~

    ni nk suggest kn korg hayati lgu M.Nasir tajuk Anak-anak Kita. cm leh jd lgu tema bnda2 ni plop~

    -Jangan dipaksa anak berbuat kebaikan, jikalau orang tuanya tidak pernah menyembah Tuhannya-

  8. diary says:

    tuan..boleh saya repost dalam blog saya x?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s