“Pijat” Hunters

Posted: April 27, 2008 in Life is Real

VS

Bangun pagi, gosok gigi, garu tangan, garu kaki… Pagi ini, aku digigit lagi, tensen betul. Jadi aku buat kajian sendiri la. Sememangnya, benda-benda ini adalah gejala-gejala baru yang berlaku ketika musim panas di mesir.. Semua ni disebabkan serangan dracula kecik yang bernama pijat… Daripada lelaki yang berkulit kasar seperti buaya hinggalah insan perempuan yang kulitnya selembut sotong, semuanya menjadi mangsa gigitan serangga pemusnah ini.. Mari berkenalan..

Mari kenal apa itu pijat?

Pijat ni, dalam bahasa omputih orang panggil bed bugs, and dalam bahas asaintifiknya, Cimex. Ianya adalah haiwan bertelor. Ada macam-macam jenis, kalo nak tau, check la wikipedia.. Pastu, pijat ni ada macam-macam kaler kalo tak penah tengok lagi, ada gambar kat bawah ni..

Pijat ni, kaler dia adalah putih-putih sikit sampai adalah seakan-akan coklet kemerah-merahan.. jangan tertipu, pijat bukan satu kaler jer. Pijat yang dah hisap darah manusia selalunya kaler coklet. Kalo jumpa yang dah kaler coklat tu, pukul la, insyaAllah keluar darah korang. Pastu, bentuk pijat nih, kalo tengok dari atas adalah seekor binatang yang berbentuk bujur(oval) dan kalo dilihat dari tepi, adalah sejenis serangga yang amat flat sekali macam kredit kad.

Dan amat beruntung lah bagi kita, binatang bertuah bernama pijat ni, tak pernah dikurniakan sayap dan sesungguhnya ia TIDAK DAPAT TERBANG. Jadi, senang la bagi kome2 yang nak kejar dan tangkap pijat-pijat ni. Dan satu lagi, pijat ni sejenis serangga yang merangkak(crawling wikipedia tulis), jadi ia amatlah lambat. Korang bandingkan lah sama ada berlari or merangkak lebih laju.:)

Bila Dan Macam mana ia menyerang?

Sebenarnya, pijat ni suka menyerang pada waktu subuh or specificly, sejam sebelum subuh. Jadi, kalo korang nak sediakan perangkap tu, time ni la seswai. Tapi, kalau korang rasa korang pandai dengan berkata “takper la, kita berhati-hati jer la, jangan biar pijat makan darah kita, biar dia mati kelaparan”. Sebenarnya, waktu itu, anda bukan bijak, tetapi, amat jahil sekali. haha. Kerana sesungguhnya pijat boleh hidup 18 BULAN tanpa makan.

Pijat ni jugak amatlah tertarik dengan benda-benda panas (warm) dan karbon dioksida. Jadi, salah satu cara prevent dia adalah jangan bernafas ataupun tido dalam peti sejok.. fikir2kan..

Dan pijat ni, sewaktu dia menggigit manusia, ia akan mencucuk dua tiub yang ada lubang (macam injection la), satu tiub untuk inject saliva yang mengandungi anaesthetic dan anticoagulant (dah macam doktor bedah dah) dan satu lagi untuk minum darah korang lebih kurang macam straw la.

Kesan gigitan????

Binatang ni menggigit dengan tiada rasa sakit. Dan sesungguhnya ia menggigit dalam masa LIMA MINIT. Diulangi, LIMA MINIT. Dan inilah masa keemasan anda untuk membanteras gejaa gigitan serangga ini. Kesan gigitan macam kena gigit semut, kecik, bengkak, kaler putih dan takder spot merah pada kesan gigitan. Gigitan “Dracula kecik” nih akan meninggalkan kesan yang sungguh asyik sekali iaitu kegatalan yang melampau berpanjangan selama berjam-jam atau berhari-hari.. Insan bertuah yang terkena gigitan hendaklah cuba sedaya upaya mengelak daripada menggaru kawasan gigitan supaya tidak berlaku jangkitan lain (secondary infection). Beruntunglah, kerana, pijat ini tidak membawa penyakit berjangkit.. so, jgn risau sangat.. kena gigit jer pun… Tetapi, ia juga berpotensi menyebarkan Hepatitis B.. So, cepat-cepat la ambik injection anti Hepatitis B..

Di mana?

Pijat ni korang leh jumpa mana-mana jer, sama ada di hotel atau apartment kurang mewah. Sebab badannya yang leper, pijat ni senang la nak masok mana-mana kawasan yang ada ruang atau pun small ventricle. Menurut sumber aku, kat papan dan paip la paling tinggi kebarangkaliannya. Katil adalah lokasi utama.

Apa nak buat kalau jumpa pijat??

Apa nak buat? Takkan nak berjabat tangan dan berkenal-kenal kot? haha.. kalau terjumpa mana-mana pijat, tangkap dan simpan untuk barang specimen dan kajian.. yang kalau korang adalah saintis la.. Kalau tak pun korang hantar speciment tu kat Texas A&M Center for Urban and Structural Entomology ataupun University of Arkansas Department of Entomology yang mebuat kajian pasal binatang nih. Tapi, senang-senang bunuh jer kot. (insyaAllah aku nak tanya hukum bunuh binatang ni minggu ni).

Brapa banyak leh ada pijat ni??

Seekor pijat betina leh menghasilkan 5-500 telur.. so, dalam masa 6-10 hari, telur-telur ni dah boleh menetas. Jadi kira la guna jari berapa banyak binatang bernama pijat ni boleh ada di rumah kita???

Macam mana nak mencegah dan menghapuskannya??

1-Pukul guna kayu besbol dan seumpama dengannya.

2-Jemur bantal-bantal dan tilam anda lebih-lebih lagi di musim panas ini.

3-sembur racun serangga di tempat-tempat “jenyah” ataupun “sarang-sarang penjenayah” ini

4-Hubungi pembunuh-pembunuh serangga yang berhampiran..

Sampai sini jer kot, semoga dapat ilmu dan input yang berguna.. Kalau nak melawan musuh, kita kena tahu siapa musuh kita. Itu yang dinamakan strategi. Kerana sesungguhnya orang yang mengetahui itu tidak sama dengan yang tidak mengetahui.. Susun strategi, halangi pijat-pijat ini.. wassalam…

Comments
  1. Jackster says:

    salam alayk…

    wah3, mnarik gile ko nye post…
    ni 1st time aku smgt bace post yg pnjang2 haha
    tahniah2 =D

  2. guildhunterz says:

    haha…
    smgt btol najib buat research psl pijat nieh..
    bgs2..
    ganbate..
    aja aja fighting..

    ~BOLE~

  3. akhukum says:

    Bersabarlah dengan solat dan doa..dan USAHA!! 🙂

    1. Dicadangkan boleh cari Anti Histaminic (Tablets), jumpa Doctor/Pharmacist/Abang2 Clinical Years. Untuk kurangkan kesan ‘ciuman’ pijat.

    2. Nak hilangkan parut boleh guna Lotion+Sental ngan Sponge Mandi yang kasar tu.

    3. Pasal hukum bunuh pijat. Cuba la cari. Pastu post ye. Cuba fikirkan pasal kaitan hukum bunuh nyamuk-pacat-lintah-lipas-etc.

  4. abudi says:

    moge coloni pepijat ni merahmati ko ang2 sbb jadikan diorg public figure huhu!

  5. hanyagerhana says:

    makaseh la sebab komen..hehe..mohon moderator lain xmarah la aku tulis bab pijat nih..kalo ada idea lain,tambah2 la…

  6. anazmie89 says:

    pijat nie memang salah satu masaalah yg dihadapi oleh pelajar2 ketika musim panas menjelang .jadi membunuhnya xlah menjadi satu dosa bagi kita.kerana binatang tu termasuk dalam golongan binatang yg bawa mudarat bagi kita.tapi jagn seksa dia dahla.klu nak tahu lebih lanjut, tanyalah oarng2 alim disekeliling anda. waallahuallam..

  7. abudi says:

    menarik..
    tapi anazmie pe maksud menyekse tu?
    klu pkai spray bhn kimia dikatekan menyekse x?
    org jahil..

  8. encik tembikai says:

    aku rasa yang dikatakan menyeksa itu adalah dengan merendam binatang bertuah ini ke dalam air sabun(macam org jepun buat)…or dengan pukul kaki binatang ni satu-satu dengan kayu besbol sampai mati..hehe…sajer jer..

  9. Jackster says:

    @ mungkin dengan bagi electric shock as for death-sentenced prisoner =D
    @ jugak mungkin dengan penjarakan pijat ni, x bg diorang balek jmpe family @ rampas diorang pnye tiket flite nk balek

    haha sronok gak mrapu pagi2 ni.. sori ye kawan2, gurau je =)
    again, aku suke post ni, mnarik.. hehe

  10. guildhunterz says:

    camne nk pkul pijat pki kayu besbol??
    sape ade video boleh r pass kt aku bole~
    hahaha

  11. copuk says:

    wa..menarik3..
    “Kalau nak melawan musuh, kita kena tahu siapa musuh kita”
    btoi3..
    pe kate..pasnih ko kenalkan aku ngan musuh laen yg bername ‘lipas’
    bley najib??hehe..

  12. nash_gh says:

    rumah soleh je kot ade lipas..hehe..

  13. Jackster says:

    umah soleh alhamdulillah slamat dari lipas.. pijat pn xde ;p

  14. guildhunterz says:

    haih..
    arituh aku nmpk lipas r kt dapur ko bole..
    jgn nk tipu.. 😀

  15. warouq says:

    slama aku belajar psl arthropod sekor ni,aku tak penah la plak jupe cimex jenis halimunan..tp aku pelik apsal kat umah aku ade cimex jenis bole wat gerakan sejurus..ade kesan tapi natangnye takde..tau2 je bgn pagi dh mcm polka dots dh kulit aku tp menatang pijatnye aku tak jumpe2..

  16. akulagi83 says:

    mungkin die menggunakan teleporter..
    almaklumlah kan..zaman techno..
    🙂

  17. nei says:

    saya betul2 nak tau cara nk hapuskan pepijat nih…
    supaya leh hilangkan..kakak rumah saya abis bengkak2 badan sb kena gigit dgn pepijat nih…spray dgn reset pon xjd…plzzz…

  18. hanyagerhana says:

    klu budak2 kat mesir gune air sabun basuh pinggan..cube la spray kat pijat tu..insyaAllah mati…selamat mencube

  19. ade ejal says:

    waaaa…aku mmg sdg berdpn ngan masalh pijat nie/..tension btol aku masalhnyer dia dh mnyebabkan aku susah nk tido mlm…n tilam aku ,almari aku abiss adoiii..cam ner nk buat nie… ader x sapa2 tau jenama penyembur racun bagik pijat nie tolong ar aku wehhh…..

  20. silently says:

    aiya.. cuba hampa search ‘bedbug’ kat wikipedia..

    awat hang kata dia byk waktu senja? ‘dawn’ yg dmaksudkan kat situ BUKAN SENJA, tp FAJAR.. n waktu drakula ni aktif.. BUKANNYE 1jam sblm SENJA, tp sejam sblm SUNRISE aka SEJAM SBLM TERBIT MATAHARI

    aiya.. hang da bagi ajaran sesat ni najib.. haha

  21. mac says:

    aku tau 2 sbb nape pijat ni dkatakan halimunan a.k.a invisible

    1. rasa gatal kna gigit tu datang 5minit lps ko kna gigit.. so lepas dia puas gigit tu, dia lari la.. 5minit pastu rasa gatal,tgok2 dia ilang da

    2. pijat ni pandai gile maen nyorok2.. kalau selimut berlipat sket ke.. tkpun dia nyorok celah2 buku pharma ke etc

    tp tk silap aku.. pijat ni byk dtg ms subuh kan? kira hikmah nye nk mudahkan ko bgun subuh p msjd la maknanye.. ye dak?

  22. wany says:

    salam..
    sgt2 menbantu posting anda ini..terima kasih..huhu
    saya adalah mangsa gigitan pijat yg dasyat..dh dekat sebulan kn gigit..hidup bergantung ngan ubat gatal je nih.. 😦
    pasni nekad nk bakar tilam kt hostel….

  23. nei says:

    wany,…
    nei paham pe yang wany rasa skrg…tau x nei search internet pijat nih leh membiak 5-600ekor setiap masa..can u imagine that berkuasanya menatang 2..
    ish3..tau xkitaorg satu rumah abis bengkak2 badan kena gigit dgn pijat 2.kitaorg dh pening pale pk mcm mn cara nya nk hapuskan pijat nih..bnd ni xabis kalu kita bakar tilam or toto yang kena dgn pijat2…once dia dh membiak memang susah nk hapuskan then kalu bnd 2 dh melekat kat baju memang lagi parah..skrg nih pe yang nei buat just spray dgn reset jek….
    today….
    nei dapat satu solution daripada internet ada org nih dia bg cara.ini cara-cara nih :- Untk hilangkan pijat, taburlah sedikit garam di setiap penjuru dan di sekeliling katil. Kalau yg tak gunakan katil, cuba tabur di dlm alas tilam (mattress cover).
    hope u try la ye wany…saya pon akan cuba…

  24. najib says:

    haha…sian nyer..kalo budak2 akhawat rasa susah sgt sampai nak bakar tilam ke,or sampai nak bakar rumah sebab pijat nih,ada satu lagi solution..ada satu krim or losyen yang kalo sapu kat badan leh buatkan pijat takut nak dekat..tanya la kat farmasi..lupa dah apa nama dia..huhu

  25. nizam says:

    bagus tul u nyer artikel ni… umah aku punye byk pijat, sekarang dh kritikal sgt sampai dlm kereta pun ada.. ;-(
    spray x jalan dah.. so aku nk cuba guna garam.. heheheee…

  26. ayie says:

    sama2 la aku pon akn menentang abes2san menatang nie…

  27. hellme says:

    rumah aku pun teruk gak pijat merata2 ada…
    aku rasa dah kritikal gak….
    setakaat nie cuba cuka n minyak gas….
    tp x berjaya pun setakat nie… kurang skit 2 ada la…
    tp dalam 2 -3 hari dia jadi balik..
    lagi pun rumah aku susah sebab family…
    so paham2 la perabot n macam2 byk..
    susah nak hpus kan….
    aku x cuba garam lagi tp next aku akan try.
    kalu korang ada idea lagi pls la send kat sini sama2 la kira share k kawan2!!!

  28. hellme says:

    aku dpt lagi 1 tip daripada kawan aku dia kata nie org kampung punya tips…
    diaorg kata pakai kambing…
    kambing yg busuk kalu boleh..
    letak dalam rumah korang dalam seminggu macam 2…
    pastu korang buang la…
    sorry aku post dua kali dekat2…
    aku baru ja dpt tahu benda nie…
    heheheh!!!..

  29. nei says:

    biar betik…!!!
    nk letak kambing dalam umah?????
    adui hai beb….
    nei de dapat solution baru nih akak umah cakap tp xtau la betul idok….
    guna daun durian belanda…tp kan daun nih memang payah nk jumpa nya…
    so korang guna garam jadi x????dapat kurang kan x pijat2 nih????

  30. hellme says:

    aduh beb daun durian belanda 2 x jalan aku dah try….
    garam 2 kurangkan skit boleh la… 2 pun bukan kurang sgt…
    dia kalu kita ada budak2 kecil kat rumah boleh la…
    letak pastu tabur keliling…
    setakat nie kurang la….
    aku rasa kambing 2 boleh tp xtaw sapa yg ada modal kambing nak eksperimen…

  31. yen says:

    dulu masa aku kene serang pijat aku serang balas guna ridset.. tiap2 mlm mesti kasi spray tilam sampai aku sendri x bleh nak bernapas. then mlm2 time tdo pasang lingkaran ubat nyamuk bawah katil. berkesan gak.. lama2 kurang

  32. ayang says:

    aku dah kena..dah ar baru pindah..kite nak cat ar rumah..sekali nak bukak tikar getah..pijat ni blh lak lepak2 sekeluarga kat bawah tu..senang jer nak hilang kan…kapur barus tu dilenyekkan..kemudian di campurkan dengan minyak tanah…pastu siram kan kat tempat pijat tu melepak…memang berkesan ar…
    so selamat mencuba ye…

  33. mangsa pijat says:

    Salam…saya baru jerk bersalin…adik beradik suma berkampung kt umah time saya bersalin & dok kt wad,…balik2 umah dengan bersepah2 bantal ateh katil…penah tertengok ada menda merayap kt ateh katil…igt menatang apa…wat dunno la…silap besar lepaskan menatang tu….rupanye pijat..tu pon hubby yg bgtau..punya la jahil tak kenal pijat…

    skang ni tgh riso takut baby kena geget….tdi ada jiran kasi tau…selain durian belanda leh cuba daun serai wangi….lom cuba lagi…dh mlm..sok la soh hubby carik…sesape nk cuba leh kasik testimoni k…

    mlm nk letak garam dulu….sian hubby kena geget sbb dia kena tido bawah…. kalo dah kurang saya update sini..

  34. limi raub says:

    pijat nie mmg susah nak nk apuskan.skali dia koin umh kita,mmg xleh wat ap..tensen woo nak tdo pn ssh…ttup jer lampu dia operasi la…klu sket xper ni dah satu batalion tp cara letak ubat gegat kt sarang dia pn boleh kurangkan populasi pijat tu walaupn tak 100%..try la

  35. thaqib says:

    SAYA!! saksi kepada perlakuan pijat tersebut.

    lokasi..kat blkg tapak tangan. Saiz pijat, kecik cam pasir. mula2. beliau merangkak dengan penuh sopan, tatih..tatih..tatih! seolah2 takde mende berlaku. Tanpa segan silu,beliau bersedia mengambil port dipertangahan jalannya, dan beliau terus setting susuk tubuhnya ke atas. bila dipandang dari tepi, kepala beliau dititik asalan. manakala, abdomen belakang menonjol kebelakang. posisi 45 darjah.

    tak nampak pulak dua injection, tapi yang pasti, ketika berlakunya proses ‘pembekaman’ tersebut, tiada rasa sakit, ichy atau inflamasi. Tempoh masa kerjaya tersebut tak dapat dipastikan.

    diperhatikan darah masuk sikit demi sikit. tak pasti berapa particle per saat. tapi, perubahan warna dan saiz pada bhgn belakang pijat menandakan beliau sedang rakus ‘menterjemahkan’ hakmilik darah2 tersebut.

    kemudian, setelah saya rasakan sudah cukup bukti2 baki mensabitkan kesalahan beliau tersebut, saya terus membuat keputusan menjatuhkan hukuman mati dipenyek ibu jari. Mandatori!

    Asas imbangan saya adalah, kerana beliau masih muda, jika dibiarkan hidup, mungkin beliau akan melakukan durjana yang lebih besar.

    Wuargh!

  36. RAfiQ says:

    sebenarnya saya pun mempunyai masalah dengan mangkuk seekor ni.. dah la tak hensem pastu ada hati nak merayap kat badan.. ape lagi, jumpa je terus kena tenyeh.. sini ada beberape tips agar pijat tak panggil geng dia berkampung sekiranya dia ditenyeh.. kita jangan tenyeh pijat tu… sbb bau aroma dia akan memanggil pijat and the geng berkampung buat kenduri doa selamat kat tmpt member dia di tenyeh tu… cuba korang beli BedLam Insecticide tu kat mane2 penjual racun. gerenti pijat and the geng akan berambus dari rumah kita. insyallah…

    • nanan says:

      salam.. nak tanya adik beli kat mana bedlem insectide nie..kat kedai penjual racun perosak example.. farmasi atau kedai hardware..please reply kat akak as soon as possible..tak tahan anak kena gigit..tq

  37. nor says:

    tension betul ngan pijat nier..sakit ati wehhhhhhhhhhh….nie kes jenayah betul la pijat nier..habis badan gatal2 dan bengkak2..tiap2 bulan kena asyik kena makan ubat penahan gatal jer,..yang heran semua kena kat tangan je,…kat lain tak kena..cubalah beri petua hilangkan pijat nier..nier kes pertama kali kena nier..toto yang baru beli pun kena pijat juga..semua siap bergaduh dalam umah nak atasi pijat..huhuhuuuhuhuhh……..

  38. anti pijat says:

    salam, wei,taolongla,kami pun tak larat kene gigit..sian baby aku ni,berpuluh2 gigitan skali kena gigit

  39. ribena says:

    aku plak terlibat ngan mahkluk pijat ni da nak msk setahun lbh..
    da mcm2 cara da buat nak kasik sume pijat2 ni mampos tp still pijat ni bermaharajalela kat umah aku..aku cume lom bakar je umah ni klu aku bakar kang aku nak dok mane plak tol x..so terpakse laa aku n family bhadapan ngan pijat ni..sampai hampir kering la drh kiteorg kt umah ni….
    wat mse skang ni aku basmi bende ni ngn ridset je..tu jek tmampu bt..
    aku ade bace 1 mende ni name die co go ape tah..die leh bunuh laa menatang kecik ni..klu sape2 ade info,plez laa kasik tau k

  40. pijatbuster says:

    Kelakar pun ada…Lucu pun ada baca komen-komen kat sini. Memang menarik.
    Rumah aku dulu pun ada….beribu duit aku habis…sebab buang barang-barang seperti carpet, sofa, tilam aku dan etc. Sebab aku memang geli…melihat kesan-kesan hitam yang di tinggalkan. Itu jam aku kerja, tak sadar menatang da rumahtangga kat dalam rumah aku. Bila aku sadar aje…da too late…aku siap jadi pijatbuster…! Mana ceruk…malam gulita pun aku boleh tahu dan rasa yang dia ada. Kekadang rasa cam nak bakar aje seluruh isi rumah!

    So mula-mula aku main lenyek aje..nampak seekor aku lenyek. Tetapi lelama bukannya hilang malah makin banyak! So start tu aku main spray…mana-mana celah corner aku nampak aku spray. Aku pastikan rumahku kena hawa panas matahari dari luar. Aku jemur bantal tilam aku. Mana brg yang boleh aku angkut keluar aku akan taruk kat luar, spray dengan shieldtox, pastu aku akan masak air panas mendidih dan curahkan ke atasnya! Inna lillah semua.

    Dan lagi satu…nak tdo jangan lupa mandi dulu bersih-bersih..sebab menatang ni memang suka bau badan kita. Menatang ni memang xpert pura-pura….nampak sopan..jalan pelan-pelan..jika kita tgk..dia diam…tetapi jika kita diamkan..kita di kerjakan. Perghhh!

  41. pijatbuster says:

    Kelakar pun ada…Lucu pun ada baca komen-komen kat sini. Memang menarik.
    Rumah aku dulu pun ada….beribu duit aku habis…sebab buang barang-barang seperti carpet, sofa, tilam aku dan etc. Sebab aku memang geli…melihat kesan-kesan hitam yang di tinggalkan. Itu jam aku kerja, tak sadar menatang da rumahtangga kat dalam rumah aku. Bila aku sadar aje…da too late…aku siap jadi pijatbuster…! Mana ceruk…malam gulita pun aku boleh tahu dan rasa yang dia ada. Kekadang rasa cam nak bakar aje seluruh isi rumah!

    So mula-mula aku main lenyek aje..nampak seekor aku lenyek. Tetapi lelama bukannya hilang malah makin banyak! So start tu aku main spray…mana-mana celah corner aku nampak aku spray. Aku pastikan rumahku kena hawa panas matahari dari luar. Aku jemur bantal tilam aku. Mana brg yang boleh aku angkut keluar aku akan taruk kat luar, spray dengan shieldtox, pastu aku akan masak air panas mendidih dan curahkan ke atasnya! Inna lillah semua.

    Dan lagi satu…nak tdo jangan lupa mandi dulu bersih-bersih..sebab menatang ni memang suka bau badan kita. Menatang ni memang xpert pura-pura….nampak sopan..jalan pelan-pelan..jika kita tgk..dia diam…tetapi jika kita diamkan..kita di kerjakan. Perghhh!

  42. Mazlyn says:

    Salam semua,

    Kisah saya:

    Saya jadi makanan pepijat semenjak beli tilam baru, seminggu lepas bersalin anak ketiga bulan, februari lepas.

    Sebelum februari 2009, tak pernah tahu kewujudan pepijat. Tilam baru tu tidur memang sedap, tapi bila bangun, merah sini, gatal sana. Pernah nampak dua tiga ekor, 2 anak, 1 mak. Anak2 merayap atas katil, mak nya menyorok dalam selimut.

    Terus lenyek sebab takut mengganggu baby. Hairan juga kenapa ada darah dalam perut dia lepas kena picit. Tapi masih tak tahu binatang tu pepijat. Ingatkan merah2 kena gigit nyamuk. Ingatkan kulit sensitif.

    Bila suami mula kena gigit jugak, baru la cari dalam internet. Sah, serangga yang dibunuh sebelum nih, pepijat.

    Terus saya umumkan perang terhadap pepijat!

    Langkah pertama: Cuba dapatkan sebanyak mungkin info dalam internet. Walaupun tidak mudah, tapi ada cara nak membasmi pepijat ni.

    Langkah kedua: Katil dan tilam bilik saya dan anak2 di bersihkan, buka semua cadar dan selimut, sarung bantal, basuh. Tilam dan bantal semua dijemur diluar sebab pepijat ni tak suka matahari. Dia tidur waktu siang, malam cari makan. Macam vampire.

    Langkah ketiga: Kalau boleh guna sarung bantal dan selimut yang putih atau cerah, senang nak nampak kalau ada pepijat merayap2.

    Langkah ke-empat: Guna spray racun serangga, spray satu bilik. Nampak macam2 serangga mati, tapi takde pulak nampak pepijat. Takpe. Usaha dulu.

    Langkah kelima: Sebelum tidur, dan kalau terjaga tengah2 malam, spray insect repellant/pencegah gigitan serangga pada baju, kaki dan tangan.

    Alhamdulillah, dalam 3 minggu takde kena gigit. Lepas tu ada satu gigitan, jadi ulang balik langkah 1-5, campur kali ni, Langkah keenam, cuba vacuum segala tempat yang ada dalam bilik. Sebab pepijat suka menyorok kat celah2 dan lubang2 kecil.

    Langkah ketujuh, segala barang2 yang tidak diperlukan dikeluarkan dari dalam bilik, simpan dalam kereta atau buang buat sementara.

    Langkah kelapan, perkakas yang perlu ada dalam bilik, dijemur di matahari panas dan divacuum.

    Setakat ni, ok. Tunggu dan lihat. Kawan saya kata ada ubat pepijat boleh beli kat kedai. Nanti nak cari. Tapi setakat ni nak cuba garam dulu.

    Masalah pepijat lagi senang nak basmi masa mula2 dikesan…gitu la info yang dapat dari internet. Sesiapa nak cuba spray penghalau gigitan serangga boleh email saya…

  43. sitihorizon says:

    haiya..sy pon tension dgn mende ni….

    ada sekali tu sampai demam kne serang..p jupe doktor dpt cuti 2mggu sbb doktor kata chicken pox. terpaksa balik umah sbb doktor xnk student lain brjgkit. Best ke balik? time tu xbest sbb exam is around the corner.. (T-T)

    ~teruk la doktor tu…xcheck betoi2..huhu

    camne sy tau mende tu kesan gigitan pijat ni? walaupon dah lega demam, sy tetap kne gigit dgn mende ni..waaaaa..pengalaman 2thn yg tewuk!

    ~koloni pijat ni dah semakin byk.. =(

  44. sayangibu says:

    salam alaik…. syukran awi2 la ye. sblum ni asyik dengar org cite je. skrang dah sampai jordan dan dah rasai sendiri. kira pengalaman gak la kena pijat ni. syukran la ye sudi kongsi maklumat tentang pijat. sekarang hambo dah kenal siapa pijat yang sebenarnya… huhuhuhuh

  45. lolipop says:

    hye…
    umah sy byk sgt pepijat…
    kat tilam,bantal,sofa n etc…
    da puas spray,picit smpi mti
    tp still ad lg…
    cmanerla nk hapuskan die smpi xder lgsg????
    spray serangga ape yg berkesan tok hapuskan diorang nih

    • Admin says:

      mcm2 spray ada..baca la kat botol spray tu ada yang guna utk serangga merangkak..jangan beli untuk nyamuk nyer ek and jangan sembur mcm sembur spray nyamuk..cara guna lain….:)

  46. mangsa says:

    salam semua… hari ni aku isytiharkan perang pijat.
    selama ni aku dok terkejut dari tidor sakit kena gigit.. cek tak dak pula.

    hari ni aku jumpa binatang tu aku picit2..nah terpancut lah segala isi perut dia yang asalnya mungkin dari perut aku-darah..

    bnyak giler..aku buat CSI jumpa dia lepak di pelipat tilam, hujung2 toto dan dalam toto bagi yg kecik2. Dah banyak pesalah aku mandatori hukuman penyek sampai mati.

    hari ni abis aku spray toto, tilam aku dengan penghapus lipas – Cap Baygon.

    syukur satu perkara, aku dah lama kena gigit, tapi badan aku tak bengkak dan tiada kesan merah.. tapi kawan aku, sampai la ni dok garu sampai dah bermalam malam tak leh tido,..gatal dan bengkak tak surut.

  47. aan says:

    trimas atas info yang sangat berguna ni..oleh itu, saya berharap agar info ini boleh diperbaiki lagi dengan penambahan- penambahan seperti macam mana nak dapatkan racun untuk pepijat ini agar kos pembasmian serangga ni dapat dikurangkan…

  48. tam says:

    pijat ni berani sbb kita bg pijat je yang serang kita.cara yang plg mujarab sbnrnya adalah bl kita serang dgn gigit dia(bkn dia tp pijat le hehe..) blk mesti dia plk yg kecut dan lari lintang-pukang sbb dia gigit kita tak mati tapiiii klu kita yg gigit pijat ni blk cuba bayangkan…(pijat ni la yg bayangkan sebaiknya…) tu je lah pakcik blh nolong.maknanya gunakan taktik saling serang-menyerang dan jgn asyik defensive je.ttg pijat nyerang waktu nk dekat fajar menyinsing ni gamaknyalah dia(pijat nk ingatkan kita jgn lupa bgn solat subuhhh tp pd yg dah solat tu tp tido blk dan msh diserang jgk mgkn sbb dia dah terbiasa mgigit waktu tu..hehe.wsalam.

  49. cahaya says:

    benci betol ngan pijat habis x boleh tido malam..bodohnya pijat

  50. sitibai says:

    Salam semua…. anda semua tensen dengan pijat? saya pun tensen gak dengan makhluk kecik ini, sampaikan anak-anak saya demam2 dibuatnya kerana kena gigit pijat dah pulak tu kulit berparut kerana asyik mengaru kerana gatal digigit pijat…cerita pijat dalam hidup saya bermula bila rumah mak saya ni dijajah oleh pijat kira2 3 bulan yang lepas, kesian mak saya…….oleh kerana anak saya ni dijaga oleh mak saya jadi pijat itu telah berhijrah ke rumah saya pula melalui anak saya tu so apalagi bila pijak dah menjajah habis segala perabot bilik tidor saya dijadikan markas diaorang sampaikan saya buang set katil saya tu kerana pijat dah buat headquaters dia kat situ, telah bermacam petua dicuba tapi tak jalan juga….. tapi ada seorang hamba Allah yang baik hati telah memberi petua ini iaitu dengan menyembur thiner(pencair cat- dapatkannya di kedai hardware atau kedai runcit mamak pun ada) di tempat yang kita rasa ianya adalah markas pijat. Sembur setiap hari bila nak pi kerja dan jangan sembur time nak tidor nanti pengsan lak bila bau thiner tu….amalkan setiap hari sehingga anda rasa dah ok tapi bila dah ok jangan lupa sembur selang 3 atau 4 hari coz kadang2 telurnya masih ada belum habis menetas……..dan hidup mak saya sekarang ni sangat gembire kerna dah takda pijat dan itu pun setelah 4 buah tilam spring dibuang kerana dah jadi markas pijat hehehhehe…….cubalah saya gerenti ianya akan berkesan. Insyallah

  51. adam says:

    aku guna baygon utk lipas tu.. aku sembur keliling tilam..terutama sebab kat situ ada telur dan kat situ yg biasanya dia menyorok..asal jumpa pijat jer aku bunuh terus.kalau dibiarkan nanti dia membiak lagi.. selama sebulan peperangan berlaku antara kami..dan akhirnya dia menghilang..masih ada saki baki tapi boleh dikatakan berjaya..tido pun dah ok dah skrang ni.

    biasa menyerang waktu malam.. jika terasa gatal terus bangun dan cari dia atas tilam.
    gunakan cadar putih @ terang.
    selalu cari dan hapus telur2nya

  52. lia says:

    sy mangsa pijat baru je dlm 2 bulan…kaki dah mcm kena pox merah2…
    sy rs pelik bila kemas uma sy perasan ada binatang kecik kaler hitam merangkak n lompat2 mcm kutu.adakah itu pijat?naik geli plak sy tgk ni 1st time ni…

    • sue says:

      kt umah sy pun ade gak cm kutu..warna itam.lompat2x..mostly mention dia merayap je..xciter plk psl lompat2 plk..tu sejenis pijat gak ke?

      • emaleisha says:

        ish…saya pon kene masalah yg sama…bkn pijat..mule2 carik2 gak kt celah2 tilam tp takde..ingatkan pijat rupenye menatang kecik itam leh lompat lak tu…eii seram…dah la byk…ni tgh beperang la ni… lau pijat tahan jugak dia rayap..ni siap leh lompat… byk kali aku dpt dia tgh isap kaki aku..ape lg aku tenyeh la ..kuar darah…eiiii….aku pon tak tau ni spesies ape…cmne nak ilangkan ek…dia punye gtal masyaallah…..mengeyam…kaki aku dah takde rupe kaki dah…mcm2 da aku cube, ridsect, serai wangi…tak jd la…dia ni merata tmpt ade dlm umah aku…lau pijat tu dia celah2…ni tak ngah duduk2 kt atas kapet pon ade…kadang atas kosyen..ade skali tu dia tgh isap ke dahi anak aku…eiiii geram aku…lau tgk mate kasar mmg tak tau pon mende ni ade..tp bile perati btol2 smpai naik juling anak mate aku bru jumpe…aku da dpt bepuluh eko..sume aku tenyeh..ade yg telepas lak tu…geraaaammm sbb dia leh lompat….tolong sape2 lau tau cmne…aku sampai kene gi klinik..doktor pon sarankan aku pindah umah je…tp nak pindah tu ongkosnye kene la ade gak…nak tunggu ongkos tu mau sebulan dua lg…tunggu sebulan dua mmg kaki aku n badanda mcm ape la gamaknye….

  53. Sidd says:

    argh aku ialah baru kenal mereka2 ni!trimas bebanyak pasal post2 dalam ni membantu sangat2..aku dah dekat sebulan duk bgn tido,gatal2.tak cukup ngan tu,tangan,kaki,muka aku bengkak2.
    satgi aku g klinik,doktor duuuuuuk la kata aku ni allergic la,tak jaga makan la,dan apa yang membuat aku dihimpit rasa bersalah yang tersangat, aku gi fitnah chicken wing yang aku beli kat pasar malam.tak cukup ngan tu,aku siap maki arwah2 ayam kat Nandos tu ha.aku berdosa!malam semalam aku berkenalan ngan sekor beruk kecik ni,sedang dia baik me-landing kat bawah tilam aku.tak sempat dia jawab salam,aku capai tisu,tutup and tenyeh.meninggal kat situ jugak.ni aku ngah bersiap-siaga nak g Ong Tai Kim depan rumah,beli ridset,baygon,mosquito repellent dan cari bodyguard baru yang mampu protect aku.
    insyaallah aku pindah umah mak aku pas ni!(kerana terlalu takut kena gigit lagi!)

  54. Admin says:

    Ada beberapa benda yang boleh membantu jugak.Tapi,mungkin temporary jer.Contohnya,bila ada kelapangan,try la sembur bilik.tilam,katil dan permaidani serta celah-celah tingkap dengan racun serangga.Pilih racun serangga yang betul,yang khas untuk SERANGGA YANG MERANGKAK.bukan yang terbang.
    Pastikan masa nak sembur tu guna sarung tangan dan tutup mulut guna kain supaya tak berlaku organophosphorus insecticides poisoning..
    Dan kalo rasa tak puas ati gak kat pijat ni,jemur tilam lepas disembur tu.dan basuh semua cadar dan sarung bantal..semoga selamat semua yang menjadi mangsa pijat..:)

    p/s-jangan garu bekas gigitan,nanti tinggal parut.beli la krim@powder kat pharmasy utk elakkan gatal..:)

  55. leena says:

    hye..
    sy tertarik ngn blog nie..
    act,rumah sewa skg kena serang pepijat tue..
    so,we all smua tgh pening coz atau mcm mana nk bunuh bnda alah tue..
    guna penyembur serangga pun tak berkesan..hu3..
    sdih btol..

  56. naniey says:

    thnx ye bab wat posting ni… sye pye kulit abes bertompok sbb kne ggit pijat ni…

  57. Lie says:

    Wah…menarik2….aku tension tahap cipan betol lah….macam mana rumah aku dah jadi sarang penjenayah nih…..padehal apartment aku duduk ni bari je launch…..n semua penghuni adalah yang pertama…..dan barang2 umah sume baru….tu yang pelik….aku plak kat level 7, amacam dia bley sampai umah aku erk?

    kalau menurut rumus mathematics….adakah kebarangkalian yang pijat2 ni datang sewaktu penghantaran barang2 aku…..ya…dari lori kot?

    encik admin….tulun la aku….nak hapuskan penjenayah ni…..tiap2 sabtu aku asyik nak vacum rumah…..lau x vacum…darah aku lak kene vacum….

    thanks…

  58. adam says:

    cari dan tenyeh sampai mati pijat yg anda jumpa.. jika badannya masih lutsinar.. yg tu juvenil, yg dah color merah terang, yg tu blum isap darah/ starving, kalau yang merah pekat,merah hati,hitam…haha..itu pesalah.sah sah dah isap darah.

    Lokasi..atas tilam, dalam toto
    tempat sembunyi.. celah2 pelipat tilam, toto, dlm toto/comforter
    tempat bertelur.. celah2 pelipat tilam, toto, dlm toto/ comforter

    Nak kurangkan serangan.. pakai cadar baru yang jenis sarung terus tu.jadi kalau ada dlm di tilam..dia tak dapat kuar. jangan lupa alas sekali lagi dengan kain lain pula.

    jika nak tidor rumah org.. hati2..jangan bawa pakain atas lantai, dlm almari.. cuba pilih pakain dari ampaian terus.. elakkan daripada org lain pula mangsanya

  59. sy tak suke pepijat… gatal2 dan membawa penyakit. Saya mengumumkan perang keatas pepijat!

  60. keroneroz says:

    huh..aku baru prasan bilik aku diserang pijat lps blik cuti raye nih,,,
    abis sumer tmpt aku sembur pakai ridsect,,,setakat nih ade kt toto tilam n bantal,,,
    toto n bantal aku dh buang,,,yg kt tilam abis aku kutip satu2,,,hope xde yg terlepas,,,
    2,3 arini nmpk mcm dh xde,mb bru peringkat awal,,,lau ade lg,kene buang jgk kot tilam nih,,,huhu,,,

  61. azi says:

    SAYA ADALAH MANGSA PIJAT YANG KAT OTEL.. HOTEL C… V…. KUALA LUMPUR….BILIK 1315…TINGKAT 13.. I BTOL2 FRUST DENGAN BILIK HOTEL NI.. BILIK MEMANGLA NAMPAK BERSIH DAN OUTSTANDING, TP X SANGKA ADE MENATANG PIJAT. MULAI SAAAT INI TAKKAN DAKU MENJEJAKKAN LAGI KAKI KE HOTEL ITU…. BENCI BETOL DENGAN PIJAT NI..ADE KE PATOT GIGIT TANGAN DAN BADANKU YANG PUTIH NI… ABIS DAH BERPARUT2… SENTAL DENGAN SABUN N SPAN MANDI PUN X HILANG2 GK. YANG AKU HERAN, GATALNYE YANG AMAT, SAMPAI BERHARI2… PARUT PULAK DAH SEBULAN LEBIH DAH X HILANG PUN. BENCI BETOL PIJAT NIH… EEEEEEE..

  62. aqpoo89 says:

    hahaha..sakit prot aku bce komen2 kowg..b4 bce..aku rasa geram sgt kt pijat ni..after bce..aku pun xtw ape prasaan aku kt pijat ni…aku pun sdg brkrisis ngn natang nih..da dkt staun brperang..x sattle2..pening2

  63. joey24 says:

    cis ! celaka pny ‘pijat a.k.a.vampire’, punya lah hampeh, tengah2 aku bca post2 korang ni seekor “dead sucker” ni sempat kenyang dgn fresh blood aku yg O positive..memg sah ‘drakula’ ni ada window period dlm proses ‘inject + withdraw’ xrasa langsung, sakit ke, ngilu ke, gatal ke, ape2 pun xde,tp lepas die da kenyang, perghh..gatal siot..mmg xtahan, garu untuk temporary antidote, then,aku nmpk MR.PIJAT cuba nk lari ( tp kesian..tangan aku lagi laju ) aku yg da bengang pa lgi LENYEK a.k.a PENYEK!!! haha (hepi sekejap..sbb puas hti dpt bunuh parasit( the PIJAT) juga w/pun 20saat jer)..Actly, sy pun derita dgn puak2 pelampau ni..rasa nk bakar je tilam tapi nk bkr kt mane, ni apartment, aku level 9 pla, xkn nk trun bwh g bakar..aiya..mlm ni nk try guna garam ikut suggest korang…so doakan aku okey…

  64. Ema liesha says:

    Aku ade masalah seumpama digeget pijat. Tp tula aku siap tunggu memalam nak tgk pijat ni. Puas aku belek tilam. Celah2 tp sekor pn tk jumpe.tp ade je gegetan2 kt bdn aku .bintat terok. Da luke2 aku garuk. Gatal dia jgn ckpla..mengeyam smpai behari hari tambh pulak bintat2 baru yg aku dpt setiap kali aku bgn tdo. Tensen. Phobia pn ade. Aku wat mcm2. Sembo ridsect pn tk jd. Sampai la aku dpt jumpe mende tu ngah isap kaki aku. Bkn pijat rupenye.mcm kutu tp kecik lg. Aku pn ketit la kuar darah. Eei meremang aku tgk menatang tu. Aku pn try tgk2 kt area aku kene geget tu.rupenye atas kapet n kosyen pn ade. Dia itam n ingat abok itam. Dahla nak tangkap tu kene trus tangkap.boleh melompat siot. Ya allah. Phobia aku. Aku kutip2 dpg bebelas aku ketit. Sumenye kuar darah. Siap ade yg kuar darah segar lg. Ni aku tgh usahakan tabor detergen kat atas kapet. Aku dpt petua dr website mengenai fleas atau kutu.chk2 kt website. Rupenye name dia kutu bdn atau fleas. Menatang ni dr binatang. Sape2 tau cmne nak haposkan mende ni tolongla bitau. Sedang merana sesangat ni. Kaki aku da rupe cm tiang jamban da.

  65. nur muhd says:

    nak tengok pijat bangun jam 2malam dan pereksa di_celah2 tilam katil dan bantal.cara bunoh pijat gunakan baygon buat serangan ini dalam semingu beturut2 mesti berjaya jangan leka.

  66. Nel says:

    aku pun salah satu mangsa binatang nieeeee! tension nyee. habis gatal2 badan aku.

  67. Nel says:

    aku pun salah satu mangsa binatang nieeeee! tension nyee. habis gatal2 badan aku. aku nak kerja pun tak boleh. kat tempat kerja asek menggaru jeee. hadoii.

  68. fara says:

    utk yg tkena pijat…silalah sebelum kuar umah g keja spray menggunakan spray baygone…selepas tu balik keja spray dgn spray dettol…utk yg dah tkena kat bdn cuci dgn air dettol yg dibancuh dgn air pns..insyaAllah elok lpas tu x gtl sgt.

  69. ann says:

    salam,

    ini pengalaman yg saya lalui..
    try sapu minyak geliga aroma sblm tido…gosok@calit kat mana2 part body
    @ yg x sempat sapu tp dah kena gigit pun bley sapu minyak geliga aroma
    Insyallah if b4 tido sapu minyak nie…pijat takut nak dekat
    dan bila x sempat sapu n tkena gigitan pijat….sapu minyak aroma geliga…kurang@hilang gatal2 dgn segera.
    TQ

  70. mimie says:

    kengkawan,
    dulu mase study pon facing prob yang same..tapi dalam ramai my fwen i sorang je yg xkene geget gan monster nih..
    1st at all i pon heran + pelik..my fwen lagila..
    then we all found da answer..
    sebabnye i pakai losyen kat badan..i mmg peel kalo nak tido lumur losyen 1 badan..
    so u all try la yep mane tau mujarab..maybe dis monster xsuke bende wangi2 kowt..hek3.
    xkesahla losyen pape pon..skang i dah practice kat my baby evry nite takowt kene geget gan bug time tido, so far till now she was 1yr 2 month badan die masih suci dari digeget bug…hehe.
    gud luck..u all..

  71. nonoi says:

    camane nak buat kalo pijat dah masuk telinga?

  72. helpmeeee says:

    saya nk bela kucing..tp kucing tu byk kutu r(pirah lam bhse ganu)…sy takot klau pirah tu ade lam bilik sy,ats lantai ke,karpet ke…bhye x???mne la tau takot2 pirah kat mesir ni bhye skit huwaaaa..mcm mne nk buat huhu

  73. Saya pikir serangga yang bisa mijat….koq aneh….ga tahunya …..hihiihhiiingeri juga..!

  74. ridhuan says:

    cara tradisional nak bunuh pijat.. kunyah daun durian belanda, kemudian sembur dekat tempat pijat ni bersarang atau berkeliaran… insya’allah…

  75. atiemya says:

    Aku br jer jd mangsa pijat ni…badigol punye pijat,teruk kenenye…seminggu lbh aku MC…da berhabis ubat aku telan..siap inject lg coz x tahan gatal…skang pown stil merah2 and gatal lagi..korang de petua len x…help me……sangat x tahan ngn gatal ni

  76. AKU BENCI PIJAT says:

    Gara2 beli sofa baru. Rumah aku tetiba ada banyak pepijat. Macam pesta.

    Aku sampai jadi expert menangkap pijat ni kalau ada PhD lama dah aku jd pakar.

    Sarang dia selalu celah2 lipatan tilam/bantal/sofa/tot. Dia paling suka bantal/toto kapas untuk

    bertelur. Cepat2 bunuh sebelum dia bertelur pd malam jumaat.

    Cara2 nak perangkap guna cadar putih. Bila dapat detect, cepat2 tangkap dan picit kepala dan

    perut. Binatang ni pandai berlakon pura2 mati. Korang jgn terpedaya..Dalam erti kata lain KILL

    THEM ALL..kat umah aku benda ni tak panggil pijat tapi WHAT THE FUCK! sbb parut yg digigit

    memang buruk macam parut kudis. AKU BENCI PIJAT!

  77. izuddin says:

    adoii rumah aku pun dah kena pijat ni..serang PIJATTTTTT

  78. putri-sepi says:

    saya adalah mangsa serangan pijat..adoii..xtw nak hilngkan macamna..skrg da jadi parut,..x cantik laaa..=(

  79. haha nice artical 🙂 MMG PEPIJAT MENJADI MUSUH AKU lepas aku pindah masuk rumah sewe.. **** betoi. jalan yang aku ade hanyelah bakar rumah tu walalalala ok x?
    haha
    pape pon thanks 😀

  80. mazlinda saad says:

    menatang ni mmg x leh bg muka……rumah aku pon dah di srg pijat mcm2 petua dah buat setakat ni alhamdulillah kurenglah sikit populasinya……jenuh jgak di buatnya naik hilang sabar

  81. joey says:

    teman pon diserang kutu badan berwarna hitam…ddk kat flet org sebelah bela kucing banyaknya mcm safari…sabor ajelah nak tegur nanti masam muka lak…doakan agar hilang kutu nie dr rmh teman…

  82. pemangse pijat.. says:

    ni sy ni pn mangse pijat..dok kt opis ni pn da garu2 gtl..agaknye die dok lam bju x..ptt ar kdg2 gtl..wa3 xthn..tdo xckup..sehari kdg2 2 tdo 1 jam or 2 jam je dok perang..sy da listkn sume komen n cdgn yg korg bg..pasni slamat tinggal ar pijat!!ha3 sape ade cdgn lg leh ar post bebyk kt cni ek..serangan dorg ni wt sy x pokus coz mlm2 bjge cr markas dorg..cr smpi dpt..da try ridset n daun durian belande tp ngok cm cm dorg xde pape efek pn lg sonot dok parti bloood sucker ade ar..wa3 (-_-)

  83. mangsa pijat says:

    asalamualaikum semua, tolong la sye mcm mana nak hilang kan haiwan pijat ni?? sye dah tak sangup da,ada sesiapa tau cara nak hilang kan die ni tak??? badan saye dah teruk sangat

    • petua hapus pijat says:

      pijat memang membengangkan…btw..tadi aku buat research sikit….tiba2 terjumap blog pasal pepijat ni…actually aku dah setahun duk rumah yang aku duk ni..and baru lebih kurang sebulan lebih ni dilanda pepijat…..gatal2 tdo malam…..so carik la petua2 lama….then..aku jumpa ni..just to share……::

      Petua hilangkan pepijat

      Anda hanya perlu mematahkan beberapa dahan kecil (termasuk daun) pokok durian belanda dan letakkan di bawah tilam dan bantal tempat anda tidur. Biarkan daun itu hingga kering dan digantikan dengan yang baru. InsyaAllah pepijat tidak akan datang lagi.

      selamat mencuba!

  84. pijatkiller says:

    assalam semua, saya pun tgh berperang dgn pepijat nie….satu rumah habis, rasa nk pindah jer . tilam, katil 2 habis dibuat markas. semua saya dah buang. makin saya bersihkan makin menganas di menternak 😦

  85. pijatkiller says:

    mcm2 dh saya cuba…tapi tak berkesan…sian anak2 saya bengkak tgn n kaki kena gigit…dlm bag sekolah pun dia ikut..:(

  86. anti pijat! says:

    sy pn same,mule2 xtau kenape habis satu badan merah2 g klinik dh 2 kali then i xmakan seafod sbb ingt gatal2 dsebabkan seafod.upenye kat umh yg dsewa ade bende tu.habis kulit smua merah2 setiap ari garu sedeh giler berparot2.dh mcm2 cara gune nk bunuh bende ni tp ari2 jmpe gerammmm sgt 😦

  87. FiFi DoRaLin says:

    dah 2,3minggu sy gatal2 ingatkn kne pnyakit kulit..tup2 pagi td ms nk tukar cadar tilam ati trgerak nk belek2 kt area bucu2..ya rabbi dh berumah tangga pijat upenye..yg peliknye die geget sy je huby xkene plak..abes kulit lawo2 skang dh byk kudis n parut kesan kne garu..

    harini try search psl pijat trus jumpe pijat hunter ni..byk info dpt kt cni xsabor rase nk jalankn ops pijat..tenkiu share

  88. flamesboy says:

    cara nak hapuskan pijat
    1.beli botol spray kosong
    2.beli 1 botol besar Dettol
    3.gunakan dettol td utk spray kat bahagian
    yang ade pijat,contohnya dlm lubang dinding
    celah2 tilam,dlm prabot..hasilnya..tdo la anda sepuas hati tp igt sebelum sembur pkai pnutup mulut sbb bau dettol trsangat la kuat..korang
    jgn rase konfident sgt bile mlm pertama pijat tue xde..rajin2 ulang..jgn smpi the pijat strike back!salam

  89. nur_wa says:

    salam.sy dah try tips2 yg dinyatakan di atas.sy gune sheltox, garam, ubat gegat, kapur anai2 (mcm kapur tulis)..dh x nampak pijat bekeliaran atas bantal or katil.abis dok tabur garamkt celah2 lipatan tilam.pastu dok tenyeh kapur sepanjang lipatan tilan.pastu letak ubat gegat then sembur sheltox..bau agk kuat tp buatla time siang..kalo wat time nk tido confirm x leh bernafas…
    dah penat asyik dok beli tilam n bantal baru, dok cari mcm2 tips kat tenet nak ilangkan pijat…at last bjaya gak hapuskan pijat ni…

  90. azman says:

    Pijat…kecik punya hal…insyaallah saya boleh tolong…call je 017-9264415…dari sekecil2 hama sampai sebesar2 makhluk perosak tmasuk semut,lipas,tikus,cicak,burung,larva/lalat,pijat,lebah,tebuan,ular,anai-anai dll,…hehe

  91. azamrockers says:

    realiti beb..aku bwu kena serang seminggu..mmg naik gile jadinye..abis aku belah2 tilam aku..ari2 x leh tdow..asal kol 4 atau 5pg je aku terjaga sbb kaki gatal tahap cipan…pergh…arini aku dah spry ridset kt tilam aku yg aku belah2 mcm roti…hahahahaha fobia lak nk tdow…huhuhuhu pijat ni mmg dah semakin popular kn…emm thnks utk tips2 korang…mmg aku cuba satu tips yg korang kongsikn….thnks

  92. hantu pijat says:

    Tq bro jap lagi nak cari kayu besbal nak pukul pijat jahanam ni

Leave a reply to naniey Cancel reply