Siapakah…

Posted: April 25, 2008 in Da'wah Kreatif, Kongsi Untuk Amal

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata “Inna lillahi wainna ilaihi raji’uun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada dan sentiasa mengumpulkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah orang tidak mahu memberi bermula dari sedikit yang dia ada, baik ilmunya mahupun hartanya. Dia sentiasa berkata, “Tunggulah dah ada banyak nanti, baru bagi,”ataupun, “Tunggulah dah PhD nanti baru ajar orang lain”. Malangnya jika sedikit yang dia ada tidak mampu memberi, apakah bermimpi untuk memberi hanya pabila ia sudah banyak? Fikirkan…ilmu yang anda perolehi, walaupun sekadar Alif, Ba, Ta, ajarkanlah pada mereka yang tidak tahu langsung, harta yang anda perolehi, pabila sedikit anda kata cukup-cukup untuk tampung makan sendiri (waktu itu anda hanya makan fatirah) tapi bila dah kaya, anda kata duit yang ada ni pun untuk bayar ansuran rumah banglo dan kereta Mercedes yang anda miliki…kalau begitu, bila baru boleh anda MEMBERI? Jangan tunggu saat anda di alam kubur baru terfikir semua itu tidak boleh ditanam bersama…

Sekadar berkongsi, mungkin ada yang dah baca artikel ini, tapi setiap kali lepas baca, sejauh mana kita amalkan@sampaikan…

Point pertama dan terakhir adalah yang paling best bagi ana sendiri, insyallah sama-sama ambil manfaat.-purnama

Comments
  1. sinar says:

    Siapakah orang yang sibuk?
    “Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s”

    just tertanya-tanya..mmg statement ini beginikah..maka adakah kita kena jdi org yg tidak cbuk..terkonfius pula definasi sibuk disni yg bagaimana…kurang jelas..sekali baca phm mcm lain,2 kali bca paham mcm lain..maaf..

    anyway..well done..renungan yg baik buat dri..teruskn usaha..mga Allah lancarkn urusan kalian

  2. hanyagerhana says:

    salam alayk…

    bukanlah dimaksudkan agar tidak menjadi seorang yang sibuk,
    sebagaimana definisi ‘orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya’, sibuk yang cuba dimaksudkan adalah lalai dalam menunaikan hak Allah,
    sibuk dalam mengerjakan hak Allah (dakwah, study etc) tidak termasuk dalam pengertian sibuk di sini…

    wallahua’lam

    – Jackster

  3. sinar says:

    ok..ic..that one i think right..syukrn again merungkai persoalan yg bermain di minda..

  4. hanyagerhana says:

    Maaf atas kekeliruan…

    sibuk ada bermacam-macam, yang penting, sesibuk mana pon kita diatas muka bumi Allah, apabila dipanggil untuk menunaikan solat, sepatutnya itulah yang lebih aula bagi hambaNya yang mukmin muttaqin, kerana apa?

    Of course…solatlah item pertama yg bakal ditanya diakhirat kelak…maka sibuk yg lain tu (cth:bertungkus lumus revise utk exam), tolaklah dulu ketepi, tunaikan solat fardhu, paling lama pun 4 rakaat je, mudahkan (salah satu tips bagaimana utk berehat dari kesibukan dan release tension is SOLAT)…so, why not?

    Ramai org menyatakan dirinya sibuk sampai solat fardhunya diakhir waktu. Cuba anda fikirkan, masa yang mengatur anda atau anda yg mengatur masa dalam hidup anda?

    Sibuk tiada salah, cuma aturlah masa anda dgn sempurna…cth: jgnlah tiba2 buat meeting start lps asar, tamat bila dah masuk isya’, kan x kena aturan waktunya tu…rite? Lainlah kalau ada hajat yg mudharat (ini masuk kes lain)

    Aih pjg la pulak…harap paham la ye? thanx, good question anyway🙂

    -purnama

  5. sinar says:

    bertambah-tambah paham Alhamdulillah…

    mmm kesibukan di jalan dakwah tak bermakna perlu mngabaikan hak seorang hamba kepada Khaliqnya..tiada kesempurnaan pula rasanya kiranya abaikn solah semata2 utk buat amal islami tapi benda fardhu di pandang enteng..

    ::seorg MUslim mesti bijak mengatur masa~tym management penting~tapi ini lah yg kekadang kita lemah::perlu diislahkan selalu
    sykrn anyway..moga Allah berkati perjuangan kalian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s