Kecik-kecik Bara Api…

Posted: April 25, 2008 in Kongsi Untuk Amal

gambar hiasan

“Mak, dosa kecil tu bahaya ke mak?” tanya adik kecil kepada mak. (setelah ditranslatekan kepada bahasa melayu standard.. hehe)

“Dosa kecil? bahaya sangat ke?” mungkin itu kata-kata hati seorang anak kecil yang mungkin kerana akalnya juga kecil.

Namun, seorang muslim tidak boleh memandang enteng terhadap bahaya dosa kecil. Rasulullah SAW berkata kepada A`ishah, “Wahai A`ishah, berwaspadalah terhadap dosa kecil.” (Ibnu Majah)

Mungkin ramai nak tergelak bila dengar dosa kecil. Mungkin sebab dah terbiasa cakap dalam hati” dosa kecik jer pun”. Memang, selalunya dosa kecil merupakan sesuatu yang manusia rasakan tidak penting ke atas dirinya untuk dihukum, tetapi, sedar atau tidak sekiranya dosa-dosa itu dilakukan dengan banyak, ianya boleh menghancurkan hati insan bernama manusia itu sendiri.

Dosa kecil boleh menjadi dosa besar dalam banyak perkara dan sebab. Salah satu daripadanya adalah apabila seseorang itu berterusan dalam melakukannya. Suatu dosa kecil bukan lagi kecil sekiranya seseorang itu melakukannya secara berterusan, dan dosa besar bukanlah lagi dosa besar sekiranya dia meminta keampunan kepada Allah swt selepas melakukannya.

Dosa besar yang dilakukan sekali adalah lebih mudah diminta keampunan daripada dosa kecil yang dilakukan banyak kali. Bayangkan terdapat suatu batu besar dengan setitis air jatuh ke atasnya secara berterusan. Sudah tentu ia akan memberi kesan yang lebih daripada apabila kita menyimbah air yang banyak ke atas batu tersebut. Idea ini (kesan hal kecil yang dilakukan secara berterusan membawa impak lebih besar daripada hal besar yang datang hanya sekaligus), adalah jelas walaupun dalam amal kebaikan. Sudah tentu amalan yang terbaik adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah walaupun ianya kecil. Rasulullah SAW telah memberi amaran kepada kita tentang dosa kecil, “berhati-hatilah ke atas dosa kecil.”

Perumpamaan bagi dosa kecil adalah seperti sekumpulan manusia yang turun ke suatu lembah dan setiap seorang daripada mereka membawa sepotong kayu sehingga mereka cukup kayu untuk membuat api dan membakar roti. Dosa kecil menghancurkan setiap insan yang melakukannya. (Riwayat Ahmad)

Sesungguhnya, syaitan amat resah mengenang patung-patung berhala yang tidak disembah, tetapi syaitan akan puas hati dan gembira dengan dosa kecil yang kita lakukan, kerana dosa kecil dikira amat besar sekali pada hari akhirat. Bila seorang melakukan terlalu banyak dosa kecil, dia akan dihancurkan olehnya. Dalam bahasa lebih mudah dan dalam bentuk perbandingannya, seperti jika seorang mengambil pil tidur yang mulanya tidak membawa sebarang kemudharatan, tetapi,jika diambil dalam kadar yang banyak, pasti akan membwa kesan buruk yang kepada dirinya sendiri.. Sendiri mau fikir la kan..

Tapi, itukah kita?

Jangan lupa kata pepatah melayu, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit…

Sebenarnya, bila mana seseorang hamba Allah iu melakukan dosa, dosa ini akan mencalit satu titik hitam pada hati. Tetapi, sekiranya dia bertaubat, dan meminta keampunan Allah, hatinya akan putih kembali. Tetapi, sekiranya dia melakukannya semula, seluruh hatinya akan diselubungi titik-titik hitam, sepertimana yang Allah sebutkan dalam al Quraan…“sekali-kali tidak! bahkan apa yang mereka kerjakan itu telah menutupi hati mereka.”

Bagaimana kita? Adakah apa yang kita telah lakukan telah menutupi hati kita? seperti sebuah lagu, “buta mata, tak nampak jalan di dunia, kerana mata sudah buta..”

Tapi, kalau buta hati? mungkin kah tak nampak jalan ke akhirat sana?..

Pernah satu ketika, Rasulullah mahu menunjukkan bahaya dosa kecil ini kepada para sahabat dalam kaedah yang lebih practical pada hemat saya. Sewaktu hari di mana Allah mengurniakan kemenangan kepada Rasulullah SAW dalam Perang Hunain, baginda menyuruh semua sahabat baginda duduk di atas suatu padang pasir. Baginda bersabda, “kumpulkan apa-apa yang kamu boleh jumpai, sama ada seketul tulang, gigi, atau apa sahaja”. Selepas sejam berlalu, mereka mengumpulkan barangan tersebut di hadapan baginda. Kemudian Rasulullah berkata, “Bolehkah kamu lihat semua ini? Beginilah caranya dosa itu berkumpul dalam diri seseorang itu. Setiap daripada kamu hendaklah takut kepada Allah dan berhenti melakuakan dosa kecil mahupun besar. Setiap darinya akan dihitung ke atas seseorang itu”

Anas bin Malik pernah berkata ,”Kamu membuat kejahatan yang sekecil rambut pada penglihatan kamu, tapi ketika zaman Rasulullah kami menganggapnya dosa besar.”

Ini menunjukkan bahawa, suatu yang kita anggap kecil pada mata kita, sebenarnya dianggap suatu yang amat besar ketika zaman Rasulullah dan para sahabat. Hitunglah guna jari, sudah berapa lama masa berlalu sejak anas bin Malik menungkapkan kata-kata ini. Sebesar manakah mungkin dosa yang kita anggap kecil pada zaman ini dilihat pada mata Rasulullah dan para sahabat?

Sesungguhnya, orang mukmin menganggap dosanya seperti gunung besar yang akan menghempapnya, manakala orang munafik pula menganggap dosanya seumpama lalat yang hinggap di hidungnya dan dia cuma menghalaunya pergi. Disinilah letaknya tinggi rendah ilmu seseorang.” …Sesungguhnya, orang yang mengetahui itu tidak sama dengan orang yang tidak mengetahui….”.Semakin banyak ilmu kita, sudah tentu semakin banyak yang tahu tentang dosa yang kita lakukan. Kadang-kadang, terdapat juga kalangan hamba Allah yang tanpa segan silu mengisytiharkan amalan buruknya, contoh:

Seorang penjual barang berasa bangga dan berkata “hahaha… Kau tak tengok ke aku dah berjaya tipu dia dan ambik duit dia padahal barang tu barang tak elok pun..”

Atau seorang gadis berasa bangga apabila berjaya menyakitkan hati kawannya seraya berkata “korang tak tengok ke camne aku sebarkan rahsia dan skandalnya sehingga dia dah tak tau nak etak muka kat maner… haha”..

Dan banyak lagi contoh-contoh lain yang mungkin saya sendiri tak tahu.. Mungkin anda lebih mengetahui kerana ia sentiasa berada di sekeliling kita.

Sedar atau tidak, hampir setiap hari, malah mungkin setiap jam kita terjebak dengan dosa-dosa kecil. Bezanya cuma adakah kita berterusan melakukannya atau tidak. Pilihan ada di tangan kita. Kita yang memegang remote control dalam memilih channel hidup kita. Remote control ada banyak butang, pilih la butang yang terbaik untuk diri kita, jangan tekan butang OFF sudah.:)

Lastly, buat renungan..

“Jangan melihat pada kecilnya hadiah, tetapi lihatlah pada kebaikan orang memberikannya kepada kamu; dan janganlah melihat pada kecilnya dosa, tapi, lihatlah pada kehebatan yang kamu berbuat dosa padanya (Allah)….

-Ace

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s