Kerana Terlalu Sayang

Posted: April 22, 2008 in Life is Real

“Fuhh.. disconnect lagi.. apasal la internet ni.. bengang betul.. mesti buat hal setiap kali nak chatting ngan awek. Berapa kali dah jadi camni.. spoil betul!..”

Akhi (Saudaraku) Pasti situasi mirip atau sama seperti di atas pernah dialami oleh anta bukan? Pasti. Setiap kali terdetik dan cuba untuk melakukan sesuatu yang melencong dari batas agama, anta gagal dan tidak jadi melakukannya.

Ana teringat, waktu dalam usrah mingguan bulan lepas, waktu kami membincangkan tentang ‘Kesan-kesan beriman dengan Malaikat’. Ana begitu terkesan. Besarnya peranan Malaikat dalam hidup kita. Di samping menjadi tentera Allah bersama Muslimin di medan perang, mereka juga menjadi penjaga kepada kita. Menghalang musibah yang tidak ditakdirkan ke atas kita. Anta mesti pernah mengalaminya bukan? Anta hampir-hampir dilanggar kereta, tetapi terselamat secara tidak sengaja. Hampir-hampir. Malaikatlah yang menjaga anta.

Naqib meneruskan bicara. “Akhi, pernah bukan, kita nak tengok perempuan tu sebab cantik.. tiba-tiba kita teringat kita terlupa bawa kunci. Terus kita tidak jadi pandang perempuan tadi. Sebab fikirkan kunci kita. Inilah penjagaan Allah kepada hambanya. Malaikat menjadi perantara. Menjauhkan kita dari dosa. Tapi akhi, anta kena ingat, selepas Allah gagalkan kita, jika kita masih berusaha dan mencuba untuk melakukan dosa, maka Allah akan tinggalkan kita.”

Sebak dada ana. Allah sayangkan aku? Ya! Terlalu sayang. Tapi aku banyak dosa dan maksiat yang Allah haramkan. Allah masih sayangkan aku? Ya! Terlalu sayang.

Kerana terlalu sayang pada anta. Lihatlah pada diri anta. 1001 kelebihan dan nikmat Allah bagi. Walaupun anta buat sesuatu yang Allah larang, Allah tidak pernah menghentikan rezekinya kepada anta. Sebab Allah sayang anta. Allah mahu anta kembali kepada Allah. Nikmat itu semua Allah bagi pada anta dengan tujuan yang sangat besar. Anta berkhidmat untuk menyebarkan agama Allah. Mengembalikan manusia agar hidup dengan Taqwa, Sabar, Pemaaf, Malu dan sebagainya. Ada harga dunia perlu dibayar untuk nikmat itu semua. Bayarannya amal soleh.

Ya Allah, sejauh mana aku korbankan diriku untuk redhaMu? Sejauh mana aku bermati-matian untuk Islam? Sejauh mana aku merasakan Allah matlamat aku? Rasulullah contoh ikutan aku? Al-Quran pegangan aku? Jihad adalah jalanku? Syahid cita tertinggi aku?

Aku bertanya diri sendiri. Aku pun menjawab sendiri.

Comments
  1. Me says:

    sob sob……

  2. panglima islam says:

    Salam…
    amat2 setuju dengan kenyataan di atas.. Ana merasainya banyak kali.. Alhamdulillah…
    Tadi pun sekali lagi ana dijaga dari melakukan dosa. Masa nak sidai baju, ana (belum pakai cermin mata), rasa cm malas nak pakai lagi. Tup2 perempuan arab depan mata di balkoni imarah depan… TApi alhamdulillah sbb mmg xnmpak. Sbbnya ana ‘rabun’ (xpakai cermin mata) yg pasti mmg pompuan la..
    dan byk lagi kejadian2 yang mmbuktikan Allah SWT sygkan kita.
    Ana yakin semua org pernah rasainya…
    Wallahua3lam

  3. neo rantissi says:

    wah, tersentuh hati ana baca post ni, nasykurullah ‘ala kulli hal insyaAllah

  4. Allah jdikan O2 UTK Kita bernafas,ader Tuhan suruh byr? tkder..Allh jdikan tumbuh tumbuhan,ader Tuhan suruh gani balik? tkdr..subhanallah..Kau Maha Pemurah Tuhanku..begitu byk dose ku lakukan..

  5. Tinta says:

    Assalamualaikum..
    Congrate to your blog..1st time read this blog make me think a second how great ksh syg Allah to people, but how people appreciate that might differ from others..
    Hope you success in your life..

    Tinta88
    5Nabil

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s