Iman & Islam

Posted: April 22, 2008 in Life is Real

pair of perfectionSejauh manakah kita sebagai seorang yang mengaku Islam dan beriman kepada Allah SWT benar-benar memahami konsep Islam dan Iman yang sebenarnya, bukan sekadar menyatakan apa yang telah termaktub di dalam buku-buku teks dan kitab-kitab karangan para ulama’ sebaliknya mengeluarkan satu pandangan ataupun kefahaman yang sebenar-benarnya yang lahir dari hati nurani kita sendiri?

Mudah untuk melafazkan namun sukar untuk menzahirkan ya’ni (iaitu) dengan perbuatan. Untuk menzahirkan dengan perbuatan, kita perlukan kefahaman yang jelas dan bukan taqlid semata-mata agar amalan kita tidak diiringi unsur-unsur riak dan takabbur agar dirahmati Allah insyaAllah.

“Iman itu bukanlah angan-angan dan juga bukan perhiasan: tetapi Iman itu adalah
sesuatu yang menetap di dalam hati, dan dibenarkan dengan amal.”
(H.R. Ad Dailami)

Sejauh manakah kita mengetahui dan memahami bahawa amalan hidup seharian kita tidak dapat lari daripada Islam.

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam keamanan (Islam) secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (Surah al-Baqarah: 208)”

Tiada Islam sekadar melafazkan kalimah shahadah, tidak sekadar dalam solat, tidak sekadar dalam zakat dan puasa, dan tidak pula dalam ibadah haji dan umrah semata-mata. Kita perlu sedar bahawa setiap amalan, perbuatan dan tingkahlaku kita, tidak dapat tidak, perlukan acuan yang lengkap dan sempurna ya’ni Islam.

Amat mudah bagi musuh-musuh Islam untuk melemahkan umat Islam iaitu dengan membutakan umat Islam mengenai agama mereka dan melarikan kefahaman umat Islam daripada ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Apabila umat Islam itu sendiri tidak mengenal iman dan Islam maka kesatuan umat Islam akan menjadi amat lemah, segala tindakan mereka akan pincang, setiap kata-kata mereka akan janggal didengar.

Maka menjadi kefardhuan kepada setiap umat Islam untuk mengenal apa itu iman dan Islam, agar tidak mudah diperkotak-katikkan oleh golongan yang sentiasa cuba menjatuhkan Islam.

(i tried to keep this as simple as possible as this entry was actually for me to read it myself.. juz hope i could share sumthing with all of u..)

-Jackster®

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s