Tanggal 17 April, syahidnya Arrantisi…

Posted: April 17, 2008 in Life is Real

Firman allah:

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun”

Sabda nabi;

صدق الله وصدقه الله

“Dia telah membenarkan Allah dan Allah telah membenarkannya”

Detik 17 hb April , 4 tahun dahulu.. pergi nya seorang syahid yang telah menjualkan diri dan hartanya kepada Allah demi membeli syurgaNya yang mahal harganya…

Dr Abdul Aziz Rantisi….. seorang pakar kanak-kanak(Pediatrist), khirrij(graduan) universiti Iskandariah, Mesir. Tidak sampai sebulan pun beliau memimpin HAMAS, beliau telah diserang dengan helikopter apache buatan amerika milik tentera yahudi…. beliau satu ketika dahulu pernah ditanya mengenai kematian…

“semua orang menunggu kematian…ada yang mati diserang apache ada yang mati kerana serangan jantung…antara serang apache dan serang jantung sama sahaja……

DAN SAYA LEBIH MENGUTAMAKAN MATI DGN APACHE….”

Lihat lah kata-kata yang diungkapkan…… ia bukannya skrip yang dihafal…. bukan juga kata-kata yang dipinjam dari orang lain…. tapi adalah kata-kata yang terungkap lahir dari hati yang memahami hakikat jalan dakwah yang dipenuhi ranjau… dan dari jiwa yang telah melalui jalan ini dalam menegakkan agama Allah…. dalam menuntut kembali tanah suci Islam Al-Quds.

Rantisi sering dipenjara bukan sahaja oleh pihak yahudi.. malah dari pihak berkuasa Palestin sendiri… dan salah satu asbab penangkapan nya hanyalah kerana beliau mengangkat senjata dan mengatakan kepada pengikutnya. .. ini sahaja jalan nya

Mungkin ada di antara yang mengimpikan hidup yang selesa… tamat universiti… berkeluarga… hidup gembira bersama anak-anak… ada pekerjaan… berkelah di hujung minggu… tetapi Rantisi mengetepikan semua itu dan menjalani hidup yang penuh pengorbanan demi menjadikan kalimah Allah di puncak dunia, dan menikmati kehidupan syurga yang lebih kekal abadi….

Ayuh kita hitung diri ini….. apakah yang telah aku sumbangkan untuk agama yang aku anuti ini… apakah jawapan yang mampu kita berikan apabila ditanya tentang bantuan kita kepada saudara di palestin dan dalam mengembalikan al-Quds ke pangkuan muslimin.

Lihatlah ikhwahku, adakah kita masih ingin berpeluk tubuh? berdiam diri apabila melihat satu per satu saudara seislam kita dihina, difitnah, diseksa, ditindas, dibunuh? dimanakah kita sebagai khirrijin perubatan dari Mesir? Ayuh kita susun langkah menjejak jalan pejuang syahid ini… Mulakannya dengan membina kekuatan dalam diri yang kukuh dan jangan lupa akan senjata kita yang paling mujarab iaitu DOA.

Allahumaj’alna minhum……. ameen.

(ihsan daripada irfan)

d’inferior

Comments
  1. nash_gh says:

    jom kita mengimpikan menjadi sepertinya…bahkan mungkin lebih baik..amiin..

  2. abudi says:

    emm arrantisi contoh terbaik graduan doktor mesir
    yg mampu mengoncang dunia
    kita juga yg bakal menjadi graduan doktor mesir (insyaAllah)
    persoalannya ape yg mampu kite lakukan?
    untuk jadi cam rantisi mesti ade pelan tindakan yg mantap
    lagipun sebelum sampai ke mesir
    mesti ramai yg dah bina hasrat itu dan ini
    sudah tercapai ke? jike belum..
    ape tunggu lagi, sebelum terlambat jom kite bertindak..
    gerak terus untuk merebut mutiara2 di celahan pasir-pasir
    ikhwah, terus maju jgn mundur!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s