DAKWAH DI ALAM MAYA?

Posted: April 15, 2008 in Life is Real

“Aduh! Depan internet lagi. Bila aku nak insaf ni?”

Persoalan yang selalu berada di hati anak-anak muda zaman terutama kita pada zaman ini.. Kita? Siapa kita tu? Kita la, yang ada depan komputer ni.. Kadang-kadang internet dah menjadi suatu kemestian dalam kehidupan seharian dan sudah menjadi ketagihan bagi diri anak muda muslim itu sendiri bagaikan rokok bagi si perokok. Tapi, bezanya cuma, rokok sememangnya membawa kesan buruk sehingga ada fatwa yang memberi hukum haram kepada si perokok. Kalau bagi si perokok, walau bagaimana cara, manhaj, ataupun skil merokoknya sama ada merokok berdiri, baring mahupun terbang ala superman atau ultraman sekalipun, tetap rokok itu membawa mudarat. Namun, lain kisahnya bagi “ketagihan internet”. Kalau seorang muslim menggunakan “skil” dan “manhaj” yang betul, slogan “sesungguhnya berdakwah adalah kewajiban bagi setiap Muslim” pasti hidup dan dapat direalisasikan walaupun berada di dunia maya ini.

Firman Allah s.w.t.

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik” –alQuran-

Sabda rasulullah :

“Sampaikanlah dariku walau satu ayat” –alHadith-

“Kalo sekarang banyak orang telah berhasil melakukan jual-beli di internet, kenapa dakwah tak bisa berhasil?” –islamicBloggers

URGENSI DAKWAH MELALUI INTERNET

  1. Internet adalah media yang memiliki jangkauan yang sangat luas, yang tidak dibatasi oleh ruang dan waktu.
  2. Menurut data yang dikeluarkan oleh The World FactBook pada tahun 2006, seramai lebih kurang 11 300 000 (46.3%) penduduk Malaysia dan 1 million (15.8%) penduduk dunia menggunakan internet dalam kehidupan seharian.
  3. Internet adalah suatu media terbuka yang dapat diakses dan dimanfaatkan oleh semua.
  4. Media Internet dapat dijadikan sebagai Sistem Informasi Pendidikan Islam, Sistem Informasi Kajian Islam, dan wadah untuk belajar Islam secara online
  5. Melalui internet, kita dapat mengikuti perkembangan dakwah Islam di pelbagai kawasan dunia lainnya, serta dapat bertukar info dan pengalaman dalam berdakwah.
  6. Dakwah di alam maya tidak perlu menyiksa gendang telinga orang yang bukan sasaran dan tanpa harus menindas hak-hak orang yang tidak bersalah.
  7. Mad’u mampu menerima dakwah dengan lebih tenang, mampu untuk mendigest input yang diberi mengikut kemampuan diri masing-masing, tanpa ada risiko ketinggalan kerana turbo si pendakwah yang terlalu laju dan berapi-api.
  8. Jangan sampai kecanggihan teknologi ini hanyalah dimonopoli musuh Islam untuk menguasai wacana melalui media massa.

KEKURANGANNYA?

Pasti ada kerna itulah lumrah kehidupan kita di dunia ini. ‘jawabannya ada pada satu prinsip bijak ini : the man who is behind the gun!’ Semuanya bergantung kepada individu itu sendiri samada si daie ataupun si mad’u.

APA YG KITA BOLEH BUAT??

  1. Friendster: taaruf
  2. Yahoogroups: sebar maklumat
  3. Blogging (hanyagerhana): ekspressi pendapat
  4. YM status: sebarkan laman2 web yg bermanfaat
  5. Kuliah Online
  6. Mcm2 lagi… fikirkan sendiri kerana anda lah penggunanya..=)
Comments
  1. abudi says:

    hurm nampakye umat islam mesti maju selangkah ke hdpn drpd org kafir!
    gune internet tok dakwah..menarik!
    tapi awas jgn sampai daie tewas
    sibuk dgn keasyikan internet hatta lupe cinta allah perlu diraih dulu
    jd jgn lupe wat pelan tindakan kerja ye para daie!
    ingat kite hanya mengajak
    allah yg memberi hidayah
    jd Die dulu yg patut kite rapat
    agar Die yg jd kaki dan tangan kite..
    k jgn putus ase tok berdakwah k!

  2. pemenang says:

    duduk di dalam komuniti yang baik begini saya memang bersyukur, kalau tak hanyut entah ke mana di bawa, tapi kan, secara jujurnya kadang-kadang saya berasa rimas dengan terlampau ramai pendakwah2 yang kadang menganngu privacy saya ( dia x paham kenapa saya buat itu ini) sedangkan ianya melibatkan perkara yang sunat, saya ada sebab saya tersendiri untuk melakukan perbuatan itu( tak kkan semua nak beritahu orang kan?)ni obviously dalam rumah lah.. pendakwah yang suka dakwah jugak KENE HASIL JANGKA PANJANG BUKAN SETAKAT AJAK ORANG TU BACA MATSURAT PAS TU DIA BACA TU DAH KIRA BERJAYA, oleh kerana sikap mereka yang sedemikian saya ambil tindakan menjauhkan diri dari mereka dan keluar teori ekstrem KALAU X PANDAI BERDAKWAH BAIK X YAH MEROSAKKAN ORANG LAIN JER….tapi i-allah still ada golongan pendakwah yang berkesan di dalam komuniti kita nih…

    saranan saya

    a)pendakwah ajak orang bukan untuk ikut pendakwah tapi untuk ikut tuhan
    jika hanya ajak untuk ikut si anu2 kesannya hanya jangka masa pendek
    kadang2 si madu ni ikut si pendakwah sebab tak nak kecewakan pendakwah tuh tapi sampai bila..bukankah kita kena buat kerana Allah?

    b) teori ekstrem tapi mungkin betul : kalau korang tak belajar agama macam Ustaz Hasrizal tak yah la nak dakwah2 merosakkan orang lain jer…teori ni mungkin nampak jahat tapi cuba fikir kebenarannya…pengalaman saya..beza tau baca blog seorang medik pendakwah dengan seorang ustaz daie macam Ustaz Hasrizal.
    blog seorang medik pendakwah : meletakkan ayat2 al-quran di samping huraian ringkas yang kadangkala gagal ubah mindsetting manusia melayu yang tak paham bahasa arab dan benda tersebut diulang2,
    blog seorang alim saifulislam.com: dia ubah mindseting orang dulu dan lihat hasil dia, serius banyak persoalan hidup aku terjawab oleh saifulislam.com, dulu aku sangsi kenapa kena serius dalam kehidupan, selepas baca http://saifulislam.com/?p=1738 aku baru tau kenape kene serius dalam hidup?

    c) ajak orang apabila yakin dia dalam keadaan menerima,x yah la ajak bila madu dalam keadaan denial state
    kalo pendakwah ajak diorang dalam keadaan denial state pas tu diorang lawan korang kata diorang melawan tarbiyyah adil ke?

    d) dakwah untuk jangka masa panjang bukan tengok result dalam masa yang pendek

    e) kelemahan pendakwah :daie same sendiri pun tak sehaluan menyebabkan madu pening pale lantas memilih jalan hedonisme apa punca? aku pun tak tahu

    f) pendakwah sekali sekala kena fikir songsang ( fikir secara kreatif)contoh: orang fikir dengan meletakkan banyak ayat2 al-quran dalam blog kita orang akan terima dakwah kita tapi sonsangkan idea bahwa dengan banyak ayat al-quran hanya akan membuatkan madu malas nak baca mungkin sebab tak paham bahas arab, benda tu dah tau dah dan macam2 lagi even saifulislam.com tak letak banyak ayat al-quran yang madu baca tak tau nak aplikasi macamne dalam kehidupan…

    g)pendakwah kene juga belajar psikologi manusia sebagai contoh tahu camne lelaki berfikir atau perempuan atau tabiat anak sulung ke ape2 ke

    h) kadang saya hairan apbila daie2 nih menabik dada bangga berdakwah tapi ambil medik tajaan JPA kaya asal tak ambil agama belajar al-azhar kalau ikhlas, bagi saya kalau ilmu dakwah pun ada pengkhususan , abagaimana mungkin seorang daie dapat berdakwag dengan berkesan ( maksud saya jangka masa panjang) jika ilmu hanya diambils ecara part time,

    maaf kritikan ini mungkin emosional tapi bagi saya inilah luahan hati dan saranan telus saya….

    abudi…..teruskan usahamu
    setakat ni ko memang daie yang berjaya
    apa pon ikutlah saranan di atas ye………..yang baik ambik yang jahat tinggal

    aku akan silap,ALLAH takkan silap…

    bye2

  3. pemenang says:

    lagi satu sesetengah orang macam aku kurang suka mende2 retorik yang kadang cam lakonan jer..ukhuwwah la ape la..padahal tak rasa apa pon..harap maaf luahan jujur

  4. abu syaukah says:

    salam,gua juz nak komen sikit..bukan blog,tapi,komen tentang komen..emm,apa2 la..adakah pendakwah perlu belajar tinggi2 untuk berdakwah?kalau macam tu,rasanya ayat amar ma`ruf nahi munkar tentu Allah turunkan “khas untuk golongan agama sahaja”..bahkan saidina abu bakar mula berdakwah ketika masih lagi waktu ayat quran baru turun sikit..kadang2,ada hati manusia yang kena didakwah dengan ayat Quran jugak..hati manusia berbagai..quote-“Pendakwah kene juga belajar psikologi manusia”..sori la dgn teguran aku ni..aku pun jahil gak..ayat quraan tau pun sekerat duer jek..biasa la..ngaji tak tinggi..gua chow..
    satu lagi,dakwah mesti guna dua2.mulut and perbuatan..rasulullah dakwah guna mulut…Ultraman tak guna mulut..Rasulullah Pendakwah=Ultraman bukan pendakwah..(fikiran songsang aku)..

  5. hanyagerhana says:

    moga yang baik simpan buat pedoman,yang buruk jadikan sempadan..

  6. Abu Mujahid says:

    Komen saya. Waktu dengar ceramah ‘Amar Ma’ruf Nahi mungkar’ kat ARMA. Perintah Allah untuk dakwah kena pada semua. Wallahu A’lam. Mungkin boleh rujuk Ustaz-ustaz. Ustaz Hasrizal misalnya.

    Mencari cahaya.

  7. pemenang says:

    bukan saya suka 2 songsang kadang2 ada mad’u yang nak berubah tapi akibat daie yang tak memahami peranagai manusia yang bermacam-macam lantas madu tak mau berubah-bukan sengaja saya reka idea ekstrem nih

  8. pemenang says:

    bukan saya suka 2 songsang kadang2 ada mad’u yang nak berubah tapi akibat daie yang tak memahami peranagai manusia yang bermacam-macam lantas madu tak mau berubah-bukan sengaja saya reka idea ekstrem nih

  9. slm jihad iman. insyaAllah, sma2 gunakan platform it yg ada di jln dakwah ataupn utk kbaikan.mg islam dpt tersebar luas..mabruk alaikum for the best establishment of this blog.slm..

  10. wan ahsani says:

    salam
    yup,semua orang perlu tahu dai’e tak perfect (ubah dulu mind setting tu),jd tak boleh rasa down ke kecewa ke (perasaan negatif lain).malah kita pun boleh berdakwah kepada mereka (dai’e) kalau mereka salah.

    kita sebagai orang yang kena dakwah perlu ada niat kalau betul-betul nak berubah,seperti aku betul2 nak berubah,nak cari kebenaran.(bukan berubah sebab kekasih kita ni ‘alim ke,terpengaruh dengan sesape ke,dll),barulah perasaan sangsi untuk terus mencari Islam tu takde,kerana niat berperanan besar dalam kehidupan manusia,sehinggakan makan pun perlukan niat =) sekadar pandangan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s