Ku rindu seruan-Mu

Posted: April 13, 2008 in sastera

Labaikallahuma labaik

Labaikalla syarikalla kala baik

Inna hamda wa nikmata

Walakalmuk la syarikallah

Bergema seruan ini dalam perjalananku dari tan’im ke rumah suci-Mu. Ketika diriku dibaluti kain ihram itu, terasa seperti aku sudah mati lalu pergi menemuimu. Sudah bersediakah aku menghadapi maut-Mu yang pasti itu? Ah, perasaanku tika itu bercampur baur. Sukar untuk digambarkan. Selama 6 jam menyusuri tanah tandus itu membuatkan aku terkenang betapa perit pengorbanan kekasih-Mu dalam menyampaikan risalah-Mu. Tergambar rasul-Mu berpenat lelah ke Taif lalu dilayan dengan tohmah dan cerca. Adakah aku mampu menghadapi seperti itu demi meneruskan perjuangannya? Aku buntu, namun Kau berfirman

‘Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah…’ Fushilat 33

Berdegup pantas jantungku pabila melihat Masjidil Haram semakin ku hampiri. Kakiku melangkah babul Umrah lantas terlihat ka’bah-Mu. Aku terkaku dan air mata kesyukuran mengalir menyaksikan tersergamnya bait-Mu. Terus aku bersolat sunat serta sujud syukur menyembah-Mu, yang maha kuasa kerna Kau sudi menerima diriku yang hina ini sebagai tetamu-Mu. Seusai itu, aku terus tawaf baitul ‘atiq-Mu. Ketenangan yang tidak pernah aku rasakan menyelinap di sanubariku tika mengelilingi rumah-mu serta Maqam Ibrahim dan Hijir Ismail. Ya Allah, betapa gembiranya hati ini dapat berhadapan dengan rumah suci-Mu. Makin aku hampirinya makin terasa dekat dengan diri-Mu. Apatah lagi tika ku kucup hajarul aswad-Mu terasa syurga di depan mataku. Tapi ya Allah, aku malu pada-Mu. Aku tidak layak untuk syurga-Mu. Diri ini kotor penuh dengan noda dan dosa. Lalu ku pohon doa di multazam-Mu seperti firman-Mu;

‘Ya tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Kau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang rugi’ Al A’raaf 23

Kepuasan yang tidak tehingga pabila aku minum air zamzam-Mu, air terbaik di muka bumi-Mu ini. Terasa semakin segar dan bertenaga setelah meminumnya membuatkan aku terus menunaikan rukun umrah yang seterusnya yakni saie. Berulang alik dari bukit Safa ke Marwa sebanyak 7 kali menyedarkan aku bagaimana Kau menguji isteri khalil-mu, Siti Hajar. Demi mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail, dia sanggup melakukan pengorbanan ini. Hatta Kau muliakan kasih suci ibu ini dalam firman-Mu

‘Sesungguhya Safa dan Marwa dari syiar-syiar Allah…’ Al Baqarah 158

Ku panjatkan kesyukuran pabila aku tiba pada rukun umrah yang terakhir, bertahallul. Saat rambutku dicukur ku berdoa ‘Ya Allah, dengan setiap helai rambutku yang gugur ini, Kau hapuskan satu dosa dan Kau kurniakan satu kebajikan. Amin’. Tatkala melihat diriku botak, terasa diriku seperti baru dilahirkan semula. Moga aku menjadi suci seperti bayi yang bersih dari dosa.

Bukit Thur, Gua Hira’, Padang Arafah dan Jabal Rahmah ku ziarahi semasa keberadaanku di tanah haram-Mu ini. Dengannya, aku dapat menyelami sendiri sejarah Islam zaman kekasih-Mu. Semoga Kau tambahkanlah imanku dan cintaku kepada-Mu dan rasul-Mu. Sepertimana Kau berfirman

‘Katakanlah: berjalanlah di muka bumi ini kemudian perhatikanlah…’ al an’am 11

Tawaf wida’ ku kerjakan buatmu pada hari terakhir aku di tanah suci-Mu ini. Terasa berat hatiku untuk meninggalkan masjidil haram-Mu. Sedih dan pilu aku melihat rumah suci-Mu buat kali terakhir. Saat itu, berjanji aku pada diriku akan aku kembali lagi. Ya Allah, ku rindu seruan-Mu!

from inside

Comments
  1. hanyagerhana says:

    buat eckm, najib, aman, hazwan, ikmal n sume sahabat yang sedang berusaha membuat urusan untuk ke umrah..(x larat nak sebut sume huhu)
    moge dipilih oleh Allah untuk jadi tetamu Die. amin ya rabbal alamin..
    pepon, doa bebanyak k!

    pikai jom p haji hujung taun ni sesame nak x?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s